Saturday, 11 July 2015

Akhirnya Bercerai Sudah..


Bukan sedikit pakar-pakar dah cakap. Orang putih kata Marriage of Convenience. Aneh bukan, kenapa berkahwin jika sudah tahu sifat masing-masing tidak akan mampu bertahan dan serasi dalam kontrak berkenaan.

Tahaluf Siyasi.

Inilah konsep yang dijual-jual dan dijaja sebagai konsep yang mengharuskan perkahwinan tersebut. Sedangkan masing-masing adalah jauh bertentangan sifatnya. Sehingga bolehlah disifatkan seperti dua koboi yang bermusuhan. Yang memiliki keinginan membunuh yang tinggi tetapi tetap bekerjasama kerana ada "common enemy".
Lepas tu nak pertikai pulak kewujudan majlis syura. Ini yang susah nak terima ahli mee segera ni. Cepat masak cepat pula kembang.

Masuk PAS tapi tak faham dan kenal apa itu PAS. Apa itu jamaah. Kenapa PAS itu dikatakan jamaah. Apa sifat-sifat jamaah dan apa rukunnya. Apa yang menyebabkan jamaah itu cacat sehingga fatal daripada menjadi sebuah jamaah Islam.

Kalau orang bukan PAS sekalipun, jika dia memahami isu-isu ini, dia akan dapat memahami. Mungkin orang yang masak dengan ilmu takwil macam Sheikh Imran Hosein tu dan mengkaji perbuatan alam dengan berpandukan wahyu, sudah dapat membaca kesudahan perkahwinan songsang seperti ini.

Kenapa songsang? Kalau tak songsang kenapa majlis syura mufaraqahkan hubungan dua-duanya serta merta. Adalah sesuatu yang dilihat fatal pada tafsiran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi asas penubuhan dan operasi PAS itu.

Dengan itu, anehlah juga sesiapa yang dulu masuk PAS secara tiba-tiba sekarang ni keluar tiba-tiba dan masuk DAP atau PKR. Bukan ke dulu masuk PAS sebab PAS menjunjung Al-Quran dan As-Sunnah sebagai paling tinggi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...