Thursday, 19 July 2018

Kelebihan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmu - Sheikh Hamza Yusuf


Credit Youtuber : Islam Rewards

Kita mendapat satu anugerah yang agung dari Bahasa Arab. Allah telah menganugerahkan umat ini satu kurniaan maka kita perlu mempelajarinya dan menggunakan sebaiknya. Dan akhirnya kita perlu menyedari ia sebenarnya satu jalan keluar dari gejala kegilaan kesan dunia moden yang menghasilkan suasana yang tidak memberikan apa-apa makna.

Ia mengembalikan kepada manusia itu kefahaman yang mendalam, malah saya maksudkan anda boleh membina ilmu kosmologi berdasarkan ilmu bahasa Arab. Sudah ada ilmuwan yang telah pun melakukan perkara itu. Kerana Bahasa Arab itu sememangnya menjelaskan dan mentafsirkan alam. Ia benar-benar menafsirkannya. Dan kita percaya pandangan ilmiah inilah sebenarnya paling muktabar. Sesiapa sahaja yang mengkajinya secara dalam akan menemui kesimpulan yang sama.

Monday, 16 July 2018

Memahami Isu UEC - Segelintir Rakyat Malaysia Tak Nak Belajar Bahasa Malaysia dan Sejarah Malaysia



Bermacam-macam pendapatlah berkenaan isu ini. Bagi yang menyokong sudah tentu memberikan pelbagai dalil dan dalih. 

Mari kita ikuti pandangan dari orang keturunan Cina sendiri yang melihat isu ini dari konteks kenegaraan Malaysia dan siasah umat yang sebenar. 

Petikan..

Untuk makluman, pelajar UEC ada mengambil BM, tetapi BM mengikut standard UEC, bukan datang daripada KPM. BM UEC jauh lebih mudah berbanding BM SPM. Malang sungguh negara ini, rakyatnya tidak mahu bersusah sedikit pun untuk menguasai bahasa negara. Tetapi mereka sanggup bersusah payah dan berhabis duit untuk memastikan mereka menjadi secina-cinanya.

Kasihan Melayu pelajar SPM, mereka perlu belajar setengah mati belajar BM, bahasa sendiri, untuk dapat kredit, tiba-tiba pelajar UEC tidak perlu ambil BM standard SPM, tetapi mengikut standard guru-guru Cina mereka.

Sebab itu, ingin saya ingatkan bukan soal 60 tahun atau berapa tahun UEC tidak diiktiraf di bawah BN, ini soal pembinaan negara bangsa. Bandingkan apakah Cina Malaysia setanding dengan Cina Indonesia (Indonesia Tionghua) yang menguasai sepenuhnya Bahasa Indonesia. Jangan pergi jauh, tanyalah Ahok, bekas Gabenor Jakarta yang sedang dipenjarakan hari ini.

Selain itu, syarat mudah KPM untuk sijil ini diiktiraf supaya silibus subjek sejarah hendaklah juga mengikut sibilus SPM. Tetapi persatuan ini berdegil. Mereka menggunakan silibus BM dan Sejarah mengikut citarasa mereka sendiri, tanpa mahu memenuhi piawaian KPM.

Selanjutnya boleh dibaca di..


Sunday, 15 July 2018

Kulinari : Nasi Lemak Royale


Dah lama pakcik hidup, baru ni lah pakcik berpeluang menjamah nasi lemak royale. Maafkanlah kelemahan serta kejahilan pakcik yang tak terer ini. Hihi..

Apa die nasi lemak royale. Pakcik rasa benda ni datang dari utara. Asal-usulnya ciptaan peniaga keturunan mamak. Rasa pakciklah. Sebab tu pakcik jumpa dekat restoran pun macam restoran mamak. 

Mungkin dari Pulau Pinang, wallahua'lam. 

Tapi pakcik nak cerita rasa dia.

Saturday, 14 July 2018

Punca Parti Mata Satu Marahkan Jim Carrey


Pengacara rancangan : Apakah itu? Adakah itu tanda kumpulan tertentu?

Jim Carrey : Macamlah kau tak tau apa benda tu! Kau betul tak tahu apa benda tu?

Pengacara rancangan : Memang aku tak tahu.

Jim Carrey : Kau tak tahu, Jim Fallen pun kononnya tak tahu, David Letterman pun konon tak tahu. Semua komik dan industri hiburan kononnya tak tahu. Apa bendanya ni (membuatnya sekali lagi). Kann??

Pengacara rancangan : Apa benda tu?

Sunday, 1 July 2018

Makna Quantum Mechanics dalam 60 saat - Brian Cox


Baiklah, versi yang paling asas yang saya tahu adalah.. versi Feynment. Versi ini menyatakan partikel-partikel melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan kiraan kemungkinan tertentu. Kemungkinan sesuatu partikel itu berada di satu tempat lain kemudiannya adalah berdasarkan satu kaedah yang mudah. Dan ini dinamakan sebagai reaksi.

Ia adalah berkaitan dengan kemampatan partikel tersebut, masa dan jarak. Jadi, secara mudahnya anda mengira kuantiti kecil ini yang dipanggil reaksi dan anda tambahkan nilai masa. 

Saya berikan contoh, seperti satu duit syiling di dalam sebuah bilik. Apakah kemungkinan dalam masa akan datang ia berada di tempat yang lain?

Dan untuk setiap duit syiling di dalam sebuah bilik itu, anda boleh kenakan pengiraan bagi mengetahui kemungkinan ia akan berada di situ di masa akan datang dengan satu kaedah yang mudah. Itulah dia. Ia dipanggil corak yang mengformulasikan Quantum Mechanic. Itulah asas kepada semua perincian yang lain. Anda boleh dapatkan perkara lain daripada asas itu. Jadinya, itu adalah satu kaedah yang mudah, apa kiraan bagi kemungkinan sesuatu itu beralih tempat dari A ke B. Itu sahaja. 

Terjemahan bebas : Incikposmen

Tuesday, 19 June 2018

Edisi Siasat : Kes Rakyat Mendakwa Teraniaya Hilang Duit Dari Akaun CIMB


Daripada cerita seorang kakak yang meminta untuk memviralkan satu kejadian yang berlaku kepada dirinya sendiri. 

Daripada Youtube di atas, kakak ni mendakwa akaun CIMBnya telah di-hack oleh seseorang dan duitnya sebanyak RM1,000 telah dipindahkan ke dalam akaun Ambank seorang individu bernama Nurul Nazifah. 

Beliau tidak mengenali individu berkenaan.

Daripada ceritanya tidak dapat dipastikan apakah mode of transfer yang berlaku. Adakah melalui Maybank2u, arahan transfer di ATM atau permohonan transfer melalui kaunter bank?

Maklumat ini tidak dapat diketahui melalui cerita yang disampaikan. Kalau info ini diperolehi kita dapat tahu secara jelas bagaimana pemindahan wang dari akaun milik kakak ini kepada akaun orang lain dilakukan. 

Dari situ kita dapat mengenalpasti sekurang-kurangnya pihak yang terlibat dalam proses pemindahan wang berkenaan. 

Perlu diambil perhatian, kakak ini dengan tegas mendakwa dirinya tidak pernah membuat sesuatu yang boleh menyebabkan proses pemindahan wang berlaku.

Kakak ini juga telah membuat laporan polis. 

Friday, 1 June 2018

Jentera Fitnah, Logik Facebook dan Taici

Pasca Pilihanraya ke-14. 

Setakat hari ini, semua masih lagi semacam terkejut. Samada yang menang atau yang kalah. Segala-galanya tidak menentu dan bila-bila pun boleh berlaku sesuatu yang diluar jangka.

Siapa sangka yang Malaysia akan menerima seorang Perdana Menteri yang berumur 92 tahun. Walaupun penuh pengalaman dan bekas Perdana Menteri tetapi faktor usia dan kesihatan turut mempengaruhi performance seseorang itu. 

Atau adakah sebahagian rakyat yang sebenarnya begitu kejam dan mempunyai persepsi seseorang itu boleh menyelesaikan masalah dengan magic stick. Dalam sekelip mata sahaja masalah boleh diselesaikan dengan sekali hayunan kayu magic. Siapa ada magic stick maka masalah negara perlu diberikan kepadanya. Tai ci?



Bolehkah dikatakan sebahagian rakyat telah men-taici masalah negara kepada seseorang yang dianggap mempunyai magic stick? Adakah perbuatan taici-mentaici masalah ini  akan menjadi budaya atau penyakit kepada masyarakat sehingga jika ada masalah negara sahaja pada masa akan datang, rakyat akan melakukan taici mentaici.

Dimanakah collective responsibility? Tanggungjawab secara berjamaah.

Friday, 18 May 2018

Kecenderungan untuk mengikut gerombolan orang ramai - Sheikh Hamzah Yusuf


Di dalam psikologi terdapat kajian yang menunjukkan bahawa manusia cenderung untuk mengikut arus orang yang lebih ramai. Terdapat sifat pada manusiawi itu yang menunjukkan kita adalah mahkluk yang berkumpulan, sebagaimana binatang yang cenderung untuk bergerombolan. Ia dinamakan sebagai "Herd Mentality".

Tidak banyak makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini yang tidak cenderung berkumpulan. Manusia adalah salah satu daripada makhluk itu. Al-Quran banyak mengisahkan cerita-cerita kumpulan yang lebih kecil melawan kumpulan yang lebih besar.

Guru kepada Sheikh Hamzah sendiri iaitu Sheikh Abdullah Ibnu Baiyah apabila memberi ulasan mengenai revolusi rakyat, mengatakan ketika itu berlaku fenomena timbangan kebenaran itu diukur atas sentimen revolusi yang berlaku. Bukannya atas timbangan atau ukuran yang sewajarnya.

Dalam erti kata yang lain apa yang dianggap betul dan benar adalah berdasarkan persepsi orang ramai yang menjayakan revolusi berkenaan. 

Maka apabila sesuatu revolusi itu bermula, Anda samada dikategorikan sebagai menyokong revolusi atau melawan revolusi berkenaan. Keadaan ketika itu menghalang perdebatan yang sihat berlaku. Kerana ketika itu sedang berlakunya fitnah. Tiba-tiba sahaja tidak ada orang yang boleh bersuara secara terbuka kecualilah orang itu dipancung atau diserang oleh penyokong-penyokong revolusi. 

Inilah yang telah berlaku di Perancis. Apabila berlakunya revolusi, sebahagian orang yang dulunya bersama terpaksa disingkirkan. Sehinggalah proses penyingkiran itu berlaku melibatkan pembunuhan orang-orang yang asalnya menyokong revolusi berkenaan. 

Tuesday, 15 May 2018

Kisah Bisnes : Ajaran Sesat Yang Tidak Terdaftar-daftar?


Ada sejenis wirid dan mantra dalam amalan kumpulan, puak, kultus tertentu. Yang dikesan diamalkan oleh mereka yang berada dalam sektor pengurusan organisasi. Asal wirid tersebut dalam bahasa inggeris adalah seperti ini; 

Rule Number 1, Boss is always right.
Rule Number 2, if the Boss is wrong see Rule Number 1.

Peraturan Nombor 1, Ketua adalah sentiasa betul.
Peraturan Nombor 2, jika Ketua tak betul 
sila rujuk Nombor 1. 

Terima kasih. 


Persoalannya, sejauh manakah ini benar? Sejauh manakah Boss is always right?

Isu ini mungkin sangat relevan dalam suasana ketika posting ini dibuat. Terdapat organisasi yang sudah jatuh dan barulah ada yang mengaku selama ini mereka dalam delusional dan tidak memberikan maklumat yang tepat kepada pembuat keputusan (Boss).

Friday, 11 May 2018

Apa Yang Bakal Berlaku

Gambar hiasan semata-mata
Saya teringat satu hari almarhum bekas Mufti Negeri Sembilan berkata kepada kariah di sebuah masjid lebih kurang seperti ini "Lepas aku mati nanti kau tengoklah apa yang berlaku". 

Pada ketika itu konteks percakapan beliau tidaklah positif. Tetapi sudah tentu manusia itu sebagai fitrahnya insan tidak mengetahui apa yang berlaku pada masa akan datang. Malah manusia itu bukan sahaja tidak tahu apa yang mendatang tetapi juga tidak mengetahui secara tepat apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku.

Apa yang boleh dilakukan oleh manusia adalah membuat jangkaan untuk masa hadapan. Dengan jangkaan inilah keluar yang dipanggil "projection". Ilmu yang berasaskan matematik dan corak sebab akibat yang pernah berlaku. Dengannya manusia dapat membuat ramalan berkenaan sesuatu pada masa akan datang. 

Itulah yang berlaku pada zaman ini, ada sesetengah akibat sesuatu peristiwa dapat diramalkan dengan tepat atau hampir tepat sebagaimana ada pihak dengan menggunakan kaedah tertentu meramalkan keputusan Pilihanraya Umum dalam negara baru-baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...