Monday 4 May 2015

Masalah dengan filem Interstellar.


Sorang minah ni cakap dengan aku yang dia percaya yang kita boleh kembali ke masa lampau. Ok, dulu memang ada filem terkenal menceritakan pasal benda ni. Back to the Future. Sekarang ni pon, selalu diulang tayang di Astro. 

Aku ingat semua orang tau lah yang filem macam ni hiburan semata. Dan bukan real. Takde asas sains pon.

Tapi bila minah ni cakap yang kepercayaan dia itu saintifik. Aku pun heran. Aku pun tanyalah dia macam2. 

Dia kata macam sains dalam filem Interstellar. Apa tu filem Interstellar dan apa masalah filem ni yang menggangu kepercayaan akidah orang Islam?


Tapi melalui apa yang diperkatakan oleh minah ni, aku dapat memahami yang filem ini memberikan beberapa impak dari segi kepercayaan. Antaranya ialah.

  1. Kita boleh kembali ke masa lalu.
  2. Kita boleh kembali ke masa lalu dan menyertai alam ketika itu dengan melakukan perbuatan yang menimbulkan kesan kepada alam.
  3. Perbuatan kita dalam masa lalu itu memberikan impak sebab-akibat yang kemudiannya mengubah perjalanan pada masa akan datang (MASA INI).
  4. Kita boleh perbaiki nasib buruk kita dengan kembali ke masa lepas untuk membuat pilihan yang lain. Perghh..
Untuk Nombor 1, aku berpandangan yang kembali masa lalu itu jika ia memberikan makna MELIHAT tanpa dapat mengubah apa-apa itu bukanlah mustahil. Ia juga seperti menonton filem 2d mengenai masa lalu. Cuma ianya dalam bentuk alam / environment yang boleh kita terokai tanpa dapat mengubah apa-apa. Sebab apa yang lepas dah lepas. 


Jika ini boleh berlaku maknanya juga bukanlah kita dapat kembali kebelakang secara hakikat, cuma kita dapat menjumpai satu rekod yang dapat kita terokainya secara suasana yang real tanpa dapat mengubah atau berinteraksi dengannya. Dan itu berlaku pada real-time atau pun masa sekarang (present tense).

Masalah yang no 1 diatas ialah jika persepsi itu mengenai kembali ke masa lepas secara hakikat. Yang maknanya akan berlanjutan kepada nombor 2, 3 dan 4. Itu adalah mustahil.

Filem Interstellar ini menunjukkan seseorang daripada masa sekarang dapat menghubungi seseorang pada masa lepas. Walaupun pada mulanya dengan menghantar isyarat yang hanya menyebabkan jarum jam seseorang pada masa lepas itu bergerak-gerak sedikit.


Kononnya jarum jam terkesan bergerak-gerak kerana
komunikasi daripada masa akan datang.

Dalam kiraan saintifik jika teknologi itu dapat memberikan kesan sedikit seperti itu ia boleh dilipatgandakan (amplified) dengan RnD supaya mendapat kesan yang lebih besar. Dia nak cerita kalau diusahakan kita boleh berhubung dengan masa lalu.

Inilah satu teori halus yang ingin diterapkan oleh Interstellar kepada minda penontonnya. 

Kelajuan Cahaya


Ia bermula dengan teori oleh Einstein. Satu benda yang mampu bergerak melebihi kelajuan cahaya dikatakan mampu kembali ke masa lampau. Ia bermula dengan andaian orang yang bergerak lebih laju mempunyai lebih masa berbanding orang yang lambat, lengah atau leka. Lagi laju maka lagi banyaklah masa iaitu aktiviti yang boleh dibuatnya. 

Sehinggalah ke satu tahap kelajuan cahaya yang mana menjadikan orang yang lambat tadi berada dalam satu keadaan masa yang “still” atau masa 0. 

Perkiraan itu menunjukkan andaian seterusnya jika dia bergerak lebih laju menghampiri kelajuan cahaya, orang yang lambat tadi seolah-olah menjadi kurang masa atau kembali ke masa 0. 


Mungkin teori ini mengandaikan sesiapa melepasi kelajuan cahaya itu menyebabkan masanya itu menjadi 0, -1, -2 dan seterusnya.

Aku taklah pandai macam Einstein tu atau Hawking. Tapi logik aku tak menerima kemunasabahan itu jika dilihat secara saintifik, matematik mahupun empirikal. Apa-apalah.


Sebab itu “seakan-akan” sahaja, bukannya masa 0 yang betul. Yang lambat bergerak dan yang bergerak laju tu masih lagi dalam tempat dan masa yang sama. Kann..

Di antara saintis sendiri, berseselisih pandangan pada peringkat teori ini. Dikatakan genius terkenal dunia, Stephen Hawking sendiri menolak teori manusia boleh kembali ke masa lalu. Antara alasan mudahnya sudah tentu orang pada masa hadapan yang mencapai tahap tamadun termaju itu sudah datang melawat kita!!


TAPI APA BERLAKU JIKA DIA BERGERAK MELEBIHI KELAJUAN CAHAYA


Aku pun ada teori jugak, tapi ni berdasarkan fahaman aku memahami wahyu. Bila kita cakap tentang cahaya, orang Islam dengan mudah mengaitkannya dengan malaikat. Sebab malaikat ini diperbuat daripada cahaya.

Kita ambil satu teori fizik yang mengatakan alam dunia fana 3 dimensi ni tak boleh menerima satu kelajuan melebihi cahaya. Itu adalah maksimum.


Satu andaian ialah jika ia melebihi kelajuan cahaja ia akan terkeluar daripada dimensi dunia ini iaitu ke dimensi yang lain. Maksudnya keluar ke dimensi yang ke 4 atau lebih daripada itu. Dalam erti kata yang lain dia boleh keluar daripada ruang, tempat dan masa dunia.

SIFAT MALAIKAT YANG DICIPTAKAN DARI CAHAYA


Itu memang sifat malaikat, itulah sebab malaikat turun dan naik daripada bumi dan langit. Langit yang dimaksudkan tu dimensi lainlah, alam malakut. Langit ni maksudnya yang belah atas. 

Nabi SAW pun mikraj iaitu naik ke atas, masuk satu langit sehingga ke langit ke 7 dengan kenderaan daripada cahaya. Buraq. Kenderaan yang dinaiki oleh malaikat. Bayangkan tahap kelajuannya.

Hatta malaikat pun, dia tak boleh masuk kembali ke masa lepas. 

Wormhole / Blackhole


Satu lingkaran besar gas berputar-putar disedut ke dalam Blachole tetapi
pandangan mata kasar tidak dapat melihat apa-apa ditengah-tengah lingkaran gas itu.

Teori wormhole adalah direka sesetengah saintis berdasarkan rumusan formula equation Einstein yang jika menggunapakai formula ini, satu wormhole untuk wujud adalah satu kemungkinan. Konsep wormhole ini dikatakan oleh beberapa saintis sebagai mungkin terhubung kepada satu tempat atau masa yang asing. 

Ianya bermula apabila persoalan ditanyakan apakah kemungkinan yang berlaku jika seseorang itu memasuki blackhole?

Saintis dan astronomer sudah menerima wujudnya blackhole. Blackhole adalah dipercayai satu lubang hitam yang menjadi titik tengah pada galaxy. Juga dikatakan boleh terbentuk bila ada satu bintang yang sangat besar mengalami kemusnahan. Titik tengah bintang itu dikatakan bertukar menjadi Blackhole.

Ianya tidak dapat dilihat sebab samada terlalu kecil atau pun memang tak boleh dilihat. Ianya membingungkan para saintis sehinggakan Michio Kaku, seorang saintis fizik yang terkenal mengatakan kewujudannya adalah benar, tetapi ianya menyalahi konsep asas quantum fizik dan general relativity iaitu teori Eintstein.


Ianya sama seperti titik big bang yang membingungkan mereka itu. Sebab kedua titik ini adalah misteri bagi mereka. Alam ini bermula daripada satu titik kecil yang meletus, dan penemuan terbaru menunjukkan blackhole pula menghisap apa jua di sekelilingnya termasuklah cahaya. 

Cuma blackhole ini boleh dijumpai sebagai titik tengah satu galaxy dan selain itu terjadi jika ada satu bintang yang amat besar musnah. Tempat bintang yang musnah itu digantikan dengan blackhole.



Saintis pun berteori mengenai akibatnya, ada yang menyatakan benda yang masuk akan musnah, ada yang menyatakan benda-benda yang masuk akan keluar pula kepada satu tempat, masa malah dimensi yang lain dan beberapa kemungkinan akibat yang lain.



Kesemua akibat ini hanyalah teori sains yang dibuat berdasarkan andaian dan perkiraan matematik. Ianya belum menjadi satu fakta seperti untuk menyatakan bentuk bumi ini bulat dan bukannya leper.


Ini kerana tiada siapa yang pernah masuk ke dalam blackholes itu dan kembali untuk menceritakan pengalamannya.  


WORMHOLES / LUBANG CACING = TELEPORT?


Berbeza dengan blackholes, wormholes adalah lubang kepada terowong yang menghubungkan satu wormhole kepada satu tempat keluar yang lain. Ini adalah berdasarkan kiraan saintis jika manusia telah mencapai satu ketamadunan yang sangat maju sehingga dapat memanipulasi alam. 

Yang dimaksudkan ini adalah galaksi-galaksi. Manusia mungkin dapat membuat satu terowong melalui dua lubang yang menghubungi satu galaxy ke satu galaxy yang sangat jauh. Ia memendekkan jarak perjalanan. Ini adalah berdasarkan teori bahawa struktur kosmos itu adalah seperti fabrik yang boleh dilentur.



Ini macam sejenis teleportlah. Kalau sekadar pemindahan satu fizikal zat ke tempat lain itu memang tidak mustahil. Dalam Al-Quran sendiri, diceritakan kisah seorang insan yang mampu memindahkan singgahsana Ratu Balqis dalam sekelip mata dalam satu jarak yang jauh.


Tapi samada teori kumpulan saintis ni praktikal atau tidak itu soal lain. Adakah teori mereka itu sebenarnya tepat bersamaan dengan mekanisma alam atau tidak? Jika tidak tepat, mudah sahaja jawapannya, ia tidak akan berlaku.

WAHYU VS LOGIK AKAL + NAFSU


Para saintis bukan Islam yang tak ada agama dan bersandarkan kepada akal semata-mata sudah tentu tidak mengambilkira apa yang dilihat oleh mereka sebagai wahyu atau pun mesej daripada Tuhan Pencipta Alam. Mereka mungkin tak percaya adanya mesej dari Tuhan menerangkan fakta tertentu tentang alam. Oleh itu fikiran mereka bebas untuk membuat andaian walaupun menyalahi wahyu.

Apa yang telah berlaku akan berlalu dan manusia tidak akan kembali ke masa lalu. Disini akal logik Stephen Hawking adalah selari dengan wahyu. Dia kata kalau manusia boleh kembali masa lalu sudah tentu suatu tamadun yang sangat maju pada masa akan datang telah datang melawat kita!!

DIMENSI LAIN

Memang terdapat ahli-ahli fizik yang menerima teori dimensi lain. Dimensi keempat atau lebih. Mengikut kajian mereka alam ini sebenarnya adalah 10 dimensi tetapi menjadi terhad kepada 3 dimensi disebabkan letusan big bang yang menzahirkan alam yang kita lihat sekarang.

Sudah tentu juga pandangan mereka ini tidak dipersetujui oleh para saintis yang lain. Mereka yang memahami sains berdasarkan benda yang boleh dilihat, disentuh, dirasa, didengar dan sebagainya. Atau pun terhad kepada benda-benda yang hanya boleh dikaji di dalam makmal.

Dalam Islam, kita wajib meyakini yakni beriman dengan perkara ghaib. Perkara ghaib ini adalah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Antara perkara ghaib ini adalah alam jin dan alam malaikat. Alam yang wujud bukanlah alam kita sahaja. Alam kita yang dilihat dengan mata kasar kita. Banyak lagi alam yang kita tidak tahu. Hanya diketahui oleh Yang Maha Mengetahui. 

Oleh Pak Long @incikposmen



Entering blackhole




Wormhole

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...