Monday 16 January 2017

Teori Lubang Hitam Sebagai Pintu Alam Malakut


Apa yang anda jangka jika orang Islam cuba mentafsirkan apa yang berlaku di sebalik big-bang?

Lubang hitam dikatakan adalah sebagai tempat penzahiran alam yang terhasil daripada letupan super-besar yang berlaku dari satu alam yang lain. Kemungkinan alam tersebut adalah alam 4 dimensi. Hasil daripada letupan dari alam 4 dimensi itu terjadilah big-bang yang kemudiannya menghasilkan alam 3 dimensi.

Alam 3 dimensi yang menjadi anak kepada alam 4 dimensi inilah alam dunia yang kita hidup di dalamnya. Dengan teori seperti ini, saintis-saintis itu tertanya-tanya apa yang berlaku sebelum big-bang tersebut. 

Alam 4 dimensi ini adalah alam yang lebih tinggi daripada alam 3 dimensi. Dengan adanya teori terbaru daripada saintis-saintis ini ianya memberikan satu variasi kepada tafsiran kepada apa itu big-bang. Sebelum ini para saintis beranggapan big-bang terhasil daripada satu titik misteri yang menghasilkan letupan besar yang kemudiannya menghasilkan alam semesta. Ianya dipanggil misteri kerana mereka tidak tahu apa yang menyebabkan letupan tersebut serta bagaimana alam semesta boleh bermula daripada satu titik yang sangat kecil. 

Teori big-bang kemudiannya dikaitkan dengan titik misteri yang berada pada lubang-lubang hitam yang dijumpai di angkasa lepas. Ini kerana lubang-lubang hitam ini juga mempunyai titik misteri tetapi ianya bukan letupan seperti big-bang tetapi  satu titik yang menyedut semua benda yang ada di sekelilingnya. Titik misteri itu juga menjadi misteri kerana semua teori-teori fizik yang difahami oleh manusia tidak terpakai pada titik tersebut. Menjadikannya mempunyai peraturan fizik yang berbeza dengan alam yang dikenali oleh manusia 

Sains popular masakini tengah mengkaji samada lubang hitam ini adalah pusat kepada galaksi-galaksi. Sekiranya ya, dimanakah pula titik big-bang sebelum ini dan adakah ia merupakan pusat utama alam semesta?

Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia, Nur Adlyka yang sedang membuat PhD di Durham Universiti, United Kingdom telah membentangkan penemuan beliau dan rakan sepasukannya berkenaan lubang hitam yang super besar berdekatan galaksi Milky Ways, galaksi dimana bumi berada. Penemuan ini membuatkan kajian terhadap lubang-lubang hitam semakin menarik perhatian dunia. 


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...