Friday 21 September 2018

Ya Robbi bil Mustofa Balligh Maqosidana - Lirik dan Makna

 
Kredit YouTuber : Aashiq Al Rasul - Topic
Nasyid oleh Aashiq al-Rasul

Nasyid atau lagu ini asalnya adalah daripada bait-bait karangan seorang ahli sufi yang dikenali sebagai Imam Busiri. Karangan bait-bait beliau itu adalah panjang. 

Manakala nasyid ini mengambil beberapa bait yang mana Imam Busiri mengarangnya sebagai doa tawasul melalui Nabi Muhammad SAW agar mendapat syafaat di akhirat kelak atas dosa-dosa yang dilakukan. 

Oleh kerana ia adalah jenis syair Arab, maka maksudnya juga pada tempat tertentu diertikan dengan cara majaz atau kiasan. 



يَا رَبِّ بِالْمُصْطَفٰى بَلِّغْ مَقَاصِدَنَا
Wahai Tuhanku, dengan (kemuliaan Nabi) yang terpilih, sampaikanlah maksud hajat kami

ِوَاغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى يَا وَاسِعَ الْكَرَم
Dan ampunilah untuk kami apa jua (dosa) 
yang telah lalu wahai Yang Maha Luas Kurniaan

2X

---

يَا أَكْرَمَ الْخَلْقِ مَا لِيْ مَنْ أَلُوْذُ بِهِ 

Wahai semulia-mulia makhluk, tidak ada bagiku sesiapa pun (agar) aku berlindung (meminta syafaat) dengannya.

ِسِوَاكَ عِنْدَ حُلُوْلِ الْحَادِثِ الْعَمَم 
Selain dirimu (Nabi SAW), ketika terzahirnya 
bencana yang berkumpul-kumpul (hari kiamat)

---

يَا رَبِّ بِالْمُصْطَفٰى بَلِّغْ مَقَاصِدَنَا
Wahai Tuhanku, dengan (kemuliaan Nabi) yang terpilih, sampaikanlah maksud hajat kami

ِوَاغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى يَا وَاسِعَ الْكَرَم
Dan ampunilah untuk kami apa jua (dosa) 
yang telah lalu wahai Yang Maha Luas Kurniaan

---

ْوَ لَنْ يَضِيْقَ رَسُوْلَ اللهِ جَاهُكَ بِي
Dan tidak akan berkurang.. 

Ya Rasulullah, kemuliaanmu 

(kerana memberi syafaat) akan diriku ini.


 ِإِذَا الْكَرِيْمُ تَجَلَّى بِاسْمِ مُنْتَقِم
Pada ketika Yang Maha Mulia 
mentajalli dengan Nama Yang Maha Menghukumi

---

يَا رَبِّ بِالْمُصْطَفٰى بَلِّغْ مَقَاصِدَنَا
Wahai Tuhanku, dengan (kemuliaan Nabi) yang terpilih, sampaikanlah maksud hajat kami


ِوَاغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى يَا وَاسِعَ الْكَرَم
Dan ampunilah untuk kami apa jua (dosa) 
yang telah lalu wahai Yang Maha Luas Kurniaan

---

فَإِنَّ مِنْ جُوْدِكَ الْدُّنْيَا وَضَرَّتَهَا
Maka sesungguhnya, dari kemuliaan pemurahnya dirimu itu
dunia ini dan hari akhirat

(Dunia ini : menyampaikan wahyu yang menjadi petunjuk umat. Akhirat : memberi syafaat kepada umat)

 ِوَمِنْ عُلُوْمِكَ عِلْمَ الْلَوْحِ وَالْقَلَم
Dan dari ilmu-ilmu engkau itu, (diberi petunjuk dari) ilmu Luh Mahfuz dan Al-Qalam
---

يَا رَبِّ بِالْمُصْطَفٰى بَلِّغْ مَقَاصِدَنَا
Wahai Tuhanku, dengan (kemuliaan Nabi) yang terpilih, sampaikanlah maksud hajat kami

ِوَاغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى يَا وَاسِعَ الْكَرَم
Dan ampunilah untuk kami apa jua (dosa) 
yang telah lalu wahai Yang Maha Luas Kurniaan

---

يَا نَفْسُ لَا تَقْنَطِيْ مِنْ زَلَّةٍ عَظُمَتْ
Wahai diri, janganlah berputus harapan 
disebabkan dosa yang besar

 ِإِِنَّ الْكَبَائِرَ فِيْ الْغُفْرَانِ كَالْلَمَم
Sesungguhnya dosa-dosa besar itu dalam (kebesaran) pengampunan (Tuhan) adalah seperti dosa kecil

---
يَا رَبِّ بِالْمُصْطَفٰى بَلِّغْ مَقَاصِدَنَا
Wahai Tuhanku, dengan (kemuliaan Nabi) yang terpilih, sampaikanlah maksud hajat kami

ِوَاغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى يَا وَاسِعَ الْكَرَم
Dan ampunilah untuk kami apa jua (dosa) 
yang telah lalu wahai Yang Maha Luas Kurniaan

---

لَعَلَّ رَحْمَةَ ربِّيْ حِيْنَ يَقْسِمُهَا
Semoga rahmat Tuhanku itu ketika Dia membahagikannya

 ِتَأْتِيْ عَلَى حَسْبِ الْعِصْيَانِ فِيْ الْقِسَم
Ia datang atas kadar (yang melunaskan) dosa maksiat yang dilakukan, (sebagai) termasuk dalam pembahagian itu.
---

يَا رَبِّ بِالْمُصْطَفٰى بَلِّغْ مَقَاصِدَنَا
Wahai Tuhanku, dengan (kemuliaan Nabi) yang terpilih, sampaikanlah maksud hajat kami

ِوَاغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى يَا وَاسِعَ الْكَرَم
Dan ampunilah untuk kami apa jua (dosa) 
yang telah lalu wahai Yang Maha Luas Kurniaan

2X

-------<...>-------
ْاللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّم عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلٰى آلِهِ وَ صَحْبِهِ وَ بَارِكْ وَ سَلِّم

---<__(*(*)*)__>---

Keywords
Ya rabbi bil mustofa
يا رب بالمصطفى
Terjemahan Makna Maksud Lirik Lagu Nasyid
Per-kata Bahasa Melayu Malaysia Indonesia Arab

1 comment:

  1. Alhamdulillah, syukur dapat dendangkan qasidah ini untuk anak2, terima kasih atas lirik dan terjemahanya semoga Allah berikan saudara ganjaran. AMIN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...