Lagu yang mendatangkan ketenangan dan keheningan kepada jiwa. Maknanya menjadi makanan jiwa dan ruh. Satu hidangan yang sedap dan rugilah sesiapa yang tidak menikmati makanan yang sangat sedap.
Disaat merasai keheningan yang mendalam. Bagi mereka yang mendambakan rasa.
صَلُّوْا عَلٰى خَيْرِ الْاَنَام
Berselawatlah (kalian) ke atas sebaik-baik manusia / makhluk
اَلْمُصْطَفٰى بَدْرِ التَّمَام
Yang terpilih, (cantiknya ibarat) bulan yang penuh / sempurna / purnama.
صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا
Berselawatlah (kalian) ke atasnya dan berikan salam
ِيَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَام
Agar (Nabi SAW) memberikan syafaat
kepada kita pada hari penuh kesesakan (kiamat)
...(2 X)...
يَا نَفْسُ طِيْبِيْ بِلْلِقٓاء
Wahai diri bahagialah dengan pertemuan ini
يَا عَيْنُ قَرِّيْ اَعْيُنَا
Wahai mata tenanglah, (wahai) mata-mata kami
هَذَا جَمَالُ الْمُصْطَفٰى
Inilah (dia) kecantikan orang yang terpilih (Nabi SAW)
اَنْوَارُهُ لٓاحَتْ لَنَا
Cahaya-cahayanya muncul memancar untuk kita
...(2 X)...
بُشْرَى لَنَا نِلْنَا الْمُنٰى
Khabar gembira untuk kita (kerana) kita mencapai cita-cita
زَالَ الْعَنٰى وَافَى الْهَنٰى
Hilanglah kesusahan, sempurnalah kebahagiaan
ُوَالدَّهْرُ اَنْجَزَ وَعْدَه
Dan masa itu telah menyempurnakan janjinya
وَالْبِشْرُى اَضْحَى مُعْلَنَا
Dan khabar gembira itu memancar ke atas kita
***
***
صَلِّيْ عَلَيْهِ دَائِمًا
(Doa) Berselawatlah ke atasnya sentiasa
فِيْ كُلِّ حِيْنٍ رَبَّنَا
Pada setiap masa Wahai Tuhan kami
ِوَاٰلِهِ وَصَحْبِه
Dan (keatas) keluarganya dan para sahabatnya
اَهْلُ المَعَانِي وَالوَفَا
(Mereka) ahli kefahaman ilmu dan kesempurnaan
...(2 X)...
صَلُّوْا عَلٰى خَيْرِ الْاَنَام
Berselawatlah (kalian) ke atas sebaik-baik manusia / makhluk
اَلْمُصْطَفٰى بَدْرِ التَّمَام
Yang terpilih, (cantiknya ibarat) bulan yang penuh / sempurna.
صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا
Berselawatlah (kalian) ke atasnya dan berikan salam
(ِ3X) يَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَام
Agar dia memberikan syafaat
kepada kita pada hari penuh kesesakan (kiamat)
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
ْاللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّم عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلٰى آلِهِ وَ صَحْبِهِ وَ بَارِكْ وَ سَلِّم
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Keywords
Makna dan Maksud Lirik Lagu Sollu ala Khairil Anam
Bahasa Malaysia / Indonesia Per Kata
Share ya tksh
ReplyDeleteSilakan share apa2 yang bermanfaat dalam blog ini. Terima kasih
ReplyDeleteShare ya trima kasih moga bermanfaat
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDelete