Sejarah kopi
Dalam buku The Coffee Book,
ditulis bahawa biji kopi pertama kalinya digunakan oleh orang-orang Afrika
zaman dahulukala. Namun demikian penggunaannya bukanlah untuk minuman tetapi
sebagai makanan atau yang lebih tepat sebagai suplemen. Biji kopi diadun
bersama buah berry serta dicampurkan dengan lemak haiwan. Mereka mengambil
suplemen ini sebelum pergi berperang dan ianya menimbulkan rasa yang hebat maka
pahlawan-pahlawan afrika ini semakin bersemangat untuk menewaskan musuh.
Penggunaan awal kopi untuk diminum dikaitkan pula dengan
orang-orang Arab. Dikatakan bahawa ahli-ahli sufi Arab, adalah antara orang
yang terawal memasak biji-biji kopi bersama air dan ianya adalah bagi membantu
mereka berjaga malam untuk melaksanakan ibadah-ibadah tertentu.
Bangsa eropah yang terawal menggunakan kopi adalah orang
Itali. Oleh itu, sehingga kini Itali popular dengan kopinya dan telah menjadi
satu kelaziman dan budaya di sana untuk meminum kopi.
Jenis-jenis kopi
Berdasarkan the Coffee
Guide yang dikeluarkan oleh The
Coffee Bean, rasa dan kualiti sesuatu minuman kopi berkait rapat dengan 2
perkara;
1) Tahap panggang (roast)
biji kopi tersebut.
2) Asal jenis biji kopi berkenaan.
2) Asal jenis biji kopi berkenaan.
Tahap
panggang
|
|
Panggang awal ke pertengahan
|
Pertengahan ke maksimum (dark
roast)
|
Sifat-sifat kopi.
1) Sifat-sifat awal mula berubah
sedikit demi sedikit tetapi masih mengekalkan rasa asli.
2) Hasilnya kopi dengan rasa yang
rasa yang lebih lembut dengan mendekati rasa asal biji kopi.
|
Sifat-sifat kopi.
1) Semakin dipanggang, rasanya
semakin berubah kepada rasa yang lebih kuat dengan berlakunya proses caramelization dalam biji kopi.
2) Rasa kopi lebih keras dan kuat
serta berlainan dengan rasa asal biji kopi.
|
Berdasarkan tahap panggang ini, The Coffee Bean secara umumnya mengkategorikan rasa minuman kopi
mereka kepada 3 kategori.
1) Light and subtle (Lembut dan ringan) Contohnya Brazil Cerrado.
2) Rich and smooth (Seimbang) Contohnya Colombia Narino.
3) Dark and distinctive (Kuat dan keras)
Contohnya Espresso Roast Blend, Sumatra Mandheiling dark.
Contohnya Espresso Roast Blend, Sumatra Mandheiling dark.
Oleh itu, apabila anda menyukai rasa kopi anda, bolehlah anda mengkategorikan diri anda sendiri. Adakah anda penggemar rasa kopi ringan, sederhana ataupun keras dan kuat?
Bersambung…
Untuk maklumat lanjut mengenai produk The Coffeebean sila ke laman web Coffeebean.com.my
No comments:
Post a Comment