Tuesday, 12 August 2014

Petronas vs Pertamina


Karen Agusetiawan, CEO Pertamina (Syarikat Gas milik Indonesia) yang dilantik dalam tahun 2009, dan kemudiannya dlantik semula untuk penggal kedua bagi tempoh lima tahun dalam tahun 2013, telah berjaya memacu syarikat tersebut sehingga tersenarai dalam Fortune 500 di tempat ke 122 buat kali pertamanya untuk tahun 2013.


Petronas pula tersenarai sebagai antara 500 syarikat antarabangsa terkemuka oleh Fortune Global 500 dengan tempat ke 75 dalam tahun 2013. Untuk tahun yang sama juga, Fortune meletakkan Petronas sebagai syarikat ke 12 paling meraih keuntungan di peringkat antarabangsa. Walaupun Petronas sebuah sebuah “Government Link Company” milik Malaysia pada mulanya belajar dengan Pertamina milik Indonesia. Namun demikian, murid yang belajar daripada gurunya telah mendahului guru tersebut. 

Bukan sedikit di kalangan warga Indonesia yang merasakan iri hati dengan kejayaan syarikat Malaysia ini. Kejayaan negara juga telah membuatkan mereka sedar, sebuah negara perlukan suasana politik yang stabil bagi pertumbuhan ekonomi yang cemerlang. 

Ketidakstabilan suasana politik yang menyaksikan jatuh naik dengan kadar cepat presiden-presiden Indonesia akibat pemberontakan dan demonstrasi jalanan yang mengganggu pentadbiran kerajaan. Ianya bermula dengan kejatuhan Suharto dan diikuti Bj Habibie, Abdurrahman Wahid (Gusdur), Megawati Sukarnoputri sehingga akhirnya kembali stabil dengan Susilo Bambang Yudhoyono.

Dalam pidato presidennya dalam tahun 2001, Gusdur menyatakan; 

“Saudara-saudara sebangsa dan setanah air, setelah saya menjadi presiden, ternyata yang ada di depan saya, hanyalah puing-puing tajam reruntuhan pemerintah masa lalu, utang luar negeri yang sedemikian besar, perekonomian yang porak-poranda, kesenjangan sosial dan berbagai gejolak serta tuntutan-tuntutan muncul di mana-mana.” 

Namun kini majoriti rakyat Indonesia semakin mulai sedar demonstrasi jalanan bukanlah penyelesaian kepada masalah mereka. Dengan wujudnya dasar ekonomi yang bijak serta perlu dilaksanakan dengan baik adalah penting menikmati kemakmuran. Indonesia juga sedar, mereka perlu meniru langkah Malaysia dalam membangunkan ekonomi. 

Tidak hairanlah sekiranya Petronas sentiasa dijadikan benchmark untuk syarikat minyak nasional mereka Pertamina bagi kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Melihat Petronas yang telah berjaya mendirikan menara berkembar Petronas yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia (Masih tertinggi di dunia bagi kategori menara berkembar), Indonesia mendesak Pertamina supaya mendirikan satu bangunan bagi menyaingi kehebatan menara berkembar tersebut. 

Cadangan kemudiannya diadakan untuk mendirikan Pertamina Energy Tower yang setinggi 530 meter bagi mengatasi ketinggian Menara berkembar Petronas yang setinggi 452 meter. Pertamina Energy Tower ini dijangka siap dalam tahun 2020. 

Selain itu juga, Karen Agusetiawan, CEO Pertamina itu juga sentiasa membandingkan pendekatan kerajaan Indonesia terhadap pengurusan Pertamina dengan pendekatan kerajaan Malaysia terhadap Petronas. 

Memetik laporan finance.detik.com, CEO Pertamina itu berkata; 

"Saya ingin sampaikan Tan Sri (Shamsul Azhar Abas) 12 tahun jadi CEO Petronas. Dia menyampaikan bahwa waktu saya jadi CEO Petronas saya diberikan pemerintah Malaysia dana US$ 10 miliar untuk gamble, kenapa dia bilang gamble karena saya atau kita tidak tahu investasi di upstream seperti apa hasilnya, walaupun kita sudah pakai teknologi center yang tinggi," 

"Itu mengapa mereka (Petronas) bisa ada di Sudan dan lainnya, karena diberikan keleluasaan, tapi di Pertamina kan itu tidak, di sini kita sungguh sangat hati-hati. Seperti Akuisisi Pertamina di Australia, sudah dilakukan berbagai kajian, pakai konsultan independen, tapi saat kita bor ternyata tidak sama hasilnya seperti saat kita lakukan kajian," tambah Karen. 

Perhubungan Malaysia dan Indonesia sentiasa terganggu dengan persepsi silap kebanyakan rakyat Indonesia yang mudah termakan maklumat pra-matang yang disebarkan akhbar mereka. Isu-isu remeh seperti mendakwa Malaysia mempaten budaya, warisan tarian dan masakan tradisional Indonesia, dakwaan ketidakadilan terhadap pendatang tanpa izin, berebut wilayah dan lain-lain menyebabkan wujud kalangan rakyat Indonesia yang berfikiran negatif terhadap Malaysia. 

Dalam segi yang lain, semangat mereka untuk bersaing dan mengatasi Malaysia meningkat akibat perasaan irihati ataupun “ngiri” dalam bahasa Indonesia. Sekiranya, Indonesia sudah insaf dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi, maka adakah rakyat Malaysia sanggup melangkah ke belakang?

Latest Artikel

Petronas vs Pertamina ( Review mid-2015 )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...