Wednesday, 30 August 2017

Yati Ayam Percik Jalan Long Yunus, Kota Bharu Kelantan.




Kalu demo gi Kota Bharu, demo buleh singgah sini. Di Jalan Long Yunus, Kota Bharu Kelantan.

Zaman ni nasi kerabu ada di mana-mana kerana anak-anak Kelantan yang berhijrah ke luar negeri Kelantan mencari rezeki di tempat lain. Kebiasaan nasi kerabu yang dijual adalah berwarna biru yang mendapat warnanya dari bunga Telang.

Keunikan nasi kerabu di Yati Ayam Percik ini ialah nasinya samada berwarna putih atau pun hitam. Tiada nasi kerabu berwarna biru.


Rasa Nasi Kerabu Yati Ayam Percik

3 peristiwa istimewa 30, 31 Ogos dan 1 September 2017


Sekadar ingin merakam saat-saat bersejarah di blog ni.

Harini 30 Ogos 2017 sukan SEA 2017 menutup tirainya dengan Malaysia mendapat tempat teratas dengan 145 pingat emas, yang merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah negara. Tahniah kepada para atlet serta rakyat Malaysia atas kejayaan yang manis ini. 

Tuesday, 29 August 2017

Berita Durian 29 Ogos 2017

kredit Wikipedia : Kalai
Dikhabarkan sesiapa yang pergi ke Batu Kurau, Perak la ni tak dak durian dah. Beberapa pokok yang diambil sample untuk diperhatikan pun tidak menampakkan sebarang biji durian tergantung. Jadinya durian Batu Kurau Perak dah habis.

Sample orang kampung mengatakan durian tak menjadi. Sebab banyak tupai. Kalau mak cik tu tipu, maka tipulah di sini. 

Yang ada la ni kalau nak cari juga di Grik, Perak. Dan juga banyak durian di lihat di jual di Kelantan seperti Pasir Mas dan Jeli. Terengganu pun ada jugalah. 

Info bagi sapa-sapa yang cuti sekolah nak pi cari durian. 

Wednesday, 23 August 2017

Kontroversi Outfit Sukan Sea

Kelakar betul bila ada segelintir rakyat Malaysia terkejut, terperanjat yang amat kerana betul-betul tak menyangka outfit sukan Farah Ann akan menjadi sehingga sebegitu rupa.

Memanglah ramai maklum yang rakyat kita ni bersifat sangat reaktif, tetapi kali ni betul-betul tak dapat dijangka langsunglah.

YB Menteri Belia dan Sukan pun memberi komentar agar semua tidak bersifat menghukum kerana Yang Mnghukum itu hakikatnya Tuhan Yang Maha Esa juga. Susah dan berat juga jadi menteri ni kan. Nasib baik kita tak jadi menteri kan, banyak soal-jawabnya.

Apa-apa pun Farah Ann ni memang suka buat benda di luar kotak. Tu yang ramai tak menyangka benda-benda yang dia buat. Out of box betul. Tu sebab menang emas kut.

Gambar Farah Ann sedang berlatih memakai outfit sukan berwarna hitam
di atas lantai yang hitam pada malam yang gelap gulita. 

Edisi Siasat : SEBAB Kenapa Bendera Indonesia Diletakkan Terbalik !!

Bendera Variasi 1
Siapakah yang membuat angkara yang memasang bendera Indonesia secara terbalik? 

Adakah ia satu kesengajaan atau provokasi terhadap satu bangsa yang mudah terusik emosinya. Sedangkan kes lumpia Cina yang berasal dari China pun ada rakyat Indonesia bernafsu amarah kepada Malaysia sehingga meletakkan tahi atas bendera Malaysia seperti di sini. Inikan pula kesilapan menggambarkan bendera mereka sendiri di dalam pamplet Sukan SEA. Apatah lagi adanya pula kalangan mereka yang mengambil kesempatan membuat bisnes atas amarah dan mengapi-apikan kebencian pihak tertentu dengan melakukan demonstrasi dengan perbuatan yang begitu buruk. 

Mungkin ada yang menyangka Incikposmen sengaja menerbalikkan bendera Indonesia di atas.  Itu sangkaan yang buruk ye. Sebenarnya itu adalah bendera negara Poland. Kalau tak percaya bolehlah tengok di Wiki sini. 

Bendera negara Poland ini mempunyai warna putih di atas dan warna merah di bawah. Sementara itu bendera Poland ni ada dua variasi. Satu lagi variasi rupanya begini. 

Tuesday, 22 August 2017

Orang Yang Paling Susah


Maksud hadis menyatakan orang yang paling susah adalah para Nabi. Kemudian orang yang mengikut mereka. Kemudian orang yang mengikut mereka. Dalam makna yang lain pula, orang yang seperti mereka. 

Sheikh Hamzah Yusuf mengatakan dunia adalah sebagai "place of broken hearts". Atau dalam bahasa Melayunya dunia ini adalah tempat berdukacita. Kerana kehidupan dunia sebenarnya adalah ujian. Orang yang tertipu ialah yang menganggap kehidupan di dunia sebagai bahagia kekal abadi. Atau mencari yang seumpamanya di sini. 

Apabila kita merasa susah atau ditimpa pelbagai ujian, ingatlah bahawa kita bukannya nabi. Sebab selepas Nabi Muhammad SAW sudah tidak ada Nabi kerana penamatnya bagi sekian rasul dan nabi. Tetapi entah-entah kesusahan yang bertimpa-timpa itu melayakkan seseorang itu menjadi pengikut-pengikut yang rapat kepada para Nabi sebagai dalam hadis itu. Wallahua'lam.

Kesusahan yang menimpa orang-orang beriman adalah ujian atau training kepada hati. Supaya hati lebih layak untuk memiliki sifat-sifat yang Allah redai. Sekiranya seseorang itu memiliki sifat-sifat bermutu tinggi seperti ini, itulah sebenarnya harta atau milikan yang sangat berharga dan lebih bernilai dari apa-apa pemilikan terhadap harta dunia atau wang ringgit, dollar atau euro sekalipun.

Saturday, 12 August 2017

A song for atheists


Credit : Youtuber concdido

Now in this country we are having debate, whether an atheist can become the citizen of Malaysia. The reason is simple. Because in Rukun Negara or Malaysian National Principles, one must take pledge that he is to Believe in God. That is number one out of our five principles. 

But in Islam itself there is no compulsion on non-muslim to accept the faith. Non-muslim is inclusive of atheist as well. Atheists are supposedly those people who do not believe in God and do not embrace any religion.

But in reality, the term atheism is still confusing to me. Or the atheists themselves actually. Whether those people are really do not believe in God is questionable. When I listen to some of their argument, it is clear to me that sometime it is not the issue of believing the existence of God. 

Some of their arguments are mostly based on their dissatisfaction towards God according to their perception on reality. Because of such dissatisfaction, they wanting to perceive the non-existence of God. They reason that if God exist why such issues of their dissatisfaction exist. Therefore God doesn't exist because of that according to them. 

Wednesday, 9 August 2017

Makna BIN dalam nama-nama Melayu

Credit : Youtuber Всеволод Кочнев

Nama saya Abdul Rashid bin Muhammad Ihsan.

Perkataan "bin" yang biasanya ada di dalam nama-nama rasmi orang Melayu berasal daripada perkataan Arab iaitu Ibn atau Ibnu. Jika dilihat di dalam clip youtube di atas, perkataan ibnu terdengar disebut sebagai "ibin". Itu adalah slang bagi orang Arab apabila berkata-kata.

Watak Ahmad Ibnu Fahdlan di dalam clip itu pula menjelaskan makna ibn itu adalah "son of". Di dalam Bahasa Melayu pula, tidak dapat tidak terjemahan literal "son of" adalah "anak lelaki kepada (si fulan)". Oleh itu, makna bin itu memanglah membawa maksud "anak lelaki kepada.."

Jika dipakai semula kepada nama di atas, maka bunyinya ialah Nama saya Abdul Rashid anak lelaki Muhammad Ihsan. Jelas di sini maksud bin dan anak lelaki itu adalah sama.

Cuma dari segi adat dan amalan di dalam negara, orang Islam di Malaysia meletakkan nama bin bagi identiti beragama Islam. Tetapi terdapat juga kalangan non-muslim yang menggunapakai perkataan bin sebagai identiti mereka. Contoh-contoh seperti ini boleh didapati di Sabah dan Sarawak serta di kalangan orang-orang asli. 

Tuesday, 8 August 2017

Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu No. 9 : Pintu-pintu Ilmu


Tahu tapi melupakannya. Memperjuangkannya tapi tidak memahaminya dan tidak mengerti sebab akibatnya. Kalau mengerti gagal pula dalam mengamalkannya. 

Antara yang dilupakan adalah pintu-pintu ilmu yang berulang-ulang. Walaupun sifatnya berulang-ulang tetapi manusia tetap alpa. Walaupun umat Melayu mengetahuinya tetapi kita tidak dapat menghayatinya dan menterjemahkan dalam kehidupan seharian. Akhirnya manusia itu dipancung. Bukan pancungan secara fizikal tetapi yang bukan fizikal. Maknawi.

Pengulangannya berlaku setiap hari. Semalam kita temui, hari ini ada, besok pasti ada. Berdasarkan apa yang telah dikumpulkan oleh pakar-pakar terdahulu. Mereka menyusun dan menjadikannya  database. Apa yang orang putih panggil "standing on the shoulder of giants".

Kelemahan umat Islam adalah ini. Melupakan "shoulder of giants". Lantas pembangunannya terputus lantas sebahagian umat Islam tertipu dengan tipuan penjajah. Umat Islam hilang ilmu pandangan akal dan kosmologi akibat terperangkap dengan literalism yang mengelirukan. Literalism bukanlah sebab terpesong. Literalism tanpa kefahaman itulah yang terpesong. 

Sunday, 6 August 2017

CABARAN GETIR IMIGRESEN - Utusan Malaysia


SELASA lalu genap setahun DATUK SERI MUSTAFAR ALI menerajui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebagai Ketua Pengarah.

Sebagai bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terkenal dengan integritinya, sudah tentu besar harapan masyarakat terhadap beliau bagi memulihkan imej JIM yang agak terpalit dengan persepsi negatif dan isu rasuah.

Dalam tempoh singkat selama 12 bulan menduduki 'kerusi panas’ itu, Mustafar yang mengibaratkan dirinya “ular menyusur akar takkan hilang bisanya” berjaya mengubah JIM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang digeruni dengan menunjukkan ketegasan tanpa berkompromi dalam soal kedaulatan dan keselamatan negara.

Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI bersama jurufoto FAISOL MUSTAFA, Ketua Pengarah Imigresen itu berkongsi pelbagai cabaran dan kekangan yang dihadapi jabatan  itu dalam membanteras pendatang  asing  tanpa izin (PATI). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...