Wednesday 24 February 2016

Edisi Siasat : Betul ke Perdana Menteri Bangladesh Nak Bertanding Politik di Malaysia?


Ada jugak benda macam ni ye.. Tapi zaman sekarang ni khabar angin bukan sekadar terbang atas angin, dia datang dengan gambar-gambar atau tulisan yang mungkin dah diphotoshop baik punya. Mula-mula kualiti photoshop tu taklah sebagus mana tapi lama kelamaan dia jadi lagi bagus dan sukar pula nak bezakan tulen atau palsu.

Ok isu sini adalah betul ke Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina tu ada cakap macam tu? Nak pindah ke Malaysia dan bertanding jadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau aku jadi perdana Menteri Bangladesh pun aku tak cakap macam tu. Tapi tu kan CNN yang lapor? Cam real je berita CNN ni kan.

Kali ni Incikposmen tak hantar private investigator dia. Kali ni kita pakai siasatan orang lain. Kredit diberikan kepada Facebook Citizen Investigator Movement kerana telah menjalankan siasatan ini. Benda ni viral lama dah tapi sekarang masih lagi ada orang percaya. Sebab sekarang ni hangat kempen propaganda 1.5 juta Bangladesh tu, macam-macam bahan keluar. Benda ni adalah salah satu yang diviralkan semula.

Ok kita tengok macamana dia orang buat siasatan.

Sunday 21 February 2016

CADANGAN AKTA BLOGGER


Ada cadangan daripada pihak kerajaan untuk menggubal satu Akta yang berkaitan dengan blogger yang mana bagi mengekang pihak tertentu bagi mengeluarkan berita-berita fitnah. (Sumber berita di sini)

Kaedah yang ingin digunapakai ialah dengan mewajibkan penulis-penulis blog supaya berdaftar dengan KKM. Maka tiadalah lagi penulis-penulis blog yang tidak dikenali atau identitinya misteri. 

Mungkin hasilnya nanti, tiada lagi penyangak-penyangak bertopeng seperti perompak dan pencuri. Tetapi akan tiadalah juga hero-hero bertopeng seperti Zoro, Batman, Spiderman, Robin dll sebab mereka akan diwajibkan untuk berdaftar dengan KKM. 

Wednesday 17 February 2016

Faiz Subri Menang Puskas Award 2016?

Di peringkat antarabangsa sekarang ini sibuk mereka yang terlibat atau minat bolasepak berdiskusi tentang perkara ajaib ni. Ramai yang berpandangan pemain bolasepak Pulau Pinang, Malaysia, Faiz Subri besar kemungkinan menang Puskas Award 2016. 

Padahal ni baru je Februari 2016, tak habis tahun lagi. Kenapa dia orang kecoh-kecoh pasal award Puskas ni. Award Puskas ni apa kebendanya pun aku tak tahulah.

Owhh, rupanya award ni diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kepada mana-mana pemain bolasepak lelaki atau perempuan yang berjaya menjaringkan gol paling esktetik atau paling cantik dalam tahun itu.

Gol daripada Faiz Subri

Monday 15 February 2016

Abangla.. ada 3d juga kirja..

Ingatkan 3d maksudnya 3 dimensi, ala-ala 3d animasi macam tu. Tapi rupanya kerja dangerous, dirty dan difficult. Kerja-kerja bahaya, kotor dan susah. Kalau animasi 3d kita dah ada upin dan ipin, boboiboy dan beberapa kartun animasi yang telah diterbitkan. 

"Abang kita kirja 3d sini abang"

Tang animasi 3d ni ada orang kita yang nak kerja tapi tang 3d yang hat satu lagi ni tak ada pulak orang nak kerja. Tapi ada yang dengki bila pekerja Bangladesh memohon masuk Malaysia bagi mencari kerja yang halal walaupun 3d. 

Tang ni difficult and dangerous, ada ka orang kita buat lagu ni?
Cuba pi tengok kat stesen ketapi. 
Yang diberitahu kemasukan abang-abangla ni bukannya sekaligus 1.5 juta macam itu. Tapi beransur-ansur. Nak ikutkan PATI dalam negara ni pun dah berapa juta kan? Itu illegal dan boleh menambahkan masalah sosial dan kadar jenayah. 

Sunday 14 February 2016

Ziarah : Masjid Selat Di Pulau Melaka



Masjid Selat Melaka ini adalah antara salah satu tarikan pengunjung termasuklah pelancong-pelancong dari luar negara yang melawat negeri Melaka. Lokasinya yang terletak betul-betul  di tepi Selat Melaka menjadi masjid ini unik. 

Jambatan ke Pulau Melaka
Ianya terletak di Pulau Melaka. Sebuah pulau yang berdekatan dengan bandar Melaka. Untuk pergi ke Pulau Melaka anda perlulah melalui sebuah jambatan ke Pulau Melaka dari tengah bandar tersebut.

Friday 12 February 2016

Kisah Bisnes : Ilmu Rebranding Produk - awal 2016

Sekotak air milo di atas awan,
harga dah tentu lain.
Aku perhatikan ramai juga peniaga sekarang ini yang mempraktikkan ilmu rebranding ini. Mereka sedar atau tidak itu perkara kedua. Tapi sampai di pasar malam pun aku tengok ada dah dia orang ni guna ilmu ni.

Sebenarnya ada jugak disadvantage kepada pengguna biasa kalau semua nak pakai ilmu ni. Boleh menaikkan harga barang-barang. Tapi mujurlah tak semua peniaga macam tu. Ada yang berniaga dengan penuh timbang rasa dan mungkin tak nak untung banyak pun. Sekadar mendapatkan rezeki seadanya mungkin.

Konsep rebranding ni dan diceritakan sebelum ini dalam blog incikposmen ni. Di sini cerita mulanya. Lepas tu di sini.

Monday 8 February 2016

Kenapa Ustaz Zamihan bersikap keras?


Dalam Islam, bersikap keras atau tegas atas landasan agama adalah dibenarkan malah dipuji. Dalam sejarah Islam, Khalifah Saidina Umar Ibnu Al-Khatab terkenal dengan sikap keras, garang dan tegas dalam menjalankan suruhan agama. Ini kerana suruhan syarak bukanlah atas hawa nafsu seseorang individu semata-mata tetapi adalah arahan atau larangan Yang Maha Mencipta alam semesta. 

Mengenai kes pertembungan di antara Dr Maza dan Ustaz Zamihan ini, ada yang mengungkit mengenai sikap Ustaz Zamihan ketika menyampaikan ceramah yang dilihat keras dan tidak "gentle".

Penulis ingin melihat apakah sebab terjadi sikap seperti ini dan apakah mesej yang ingin disampaikan Ustaz Zamihan di sebalik ketegasan, "gedebe" atau "cenge"nya beliau itu.

Saturday 6 February 2016

Melihat Perbezaan Antara Mufti Dr Maza dan Ustaz Zamihan Al-Ghari


Kecoh di kalangan umat Islam apabila dua tokoh agamawan ini saling mengeluarkan kenyataan pedas ke atas satu sama lain melalui media sosial. Ada yang maklum mengenai apakah yang menjadi pertikaian di antara dua tokoh yang menegakkan aliran masing-masing tetapi kebanyakannya masih tertanya-tanya apakah isu sebenar yang dihadapi oleh dua tokoh ini. 

Kedua-duanya dilihat mempunyai perseteruan yang kuat dan saling jatuh menjatuhi antara satu sama lain. Maka apakah yang menjadi isu sebenarnya? Berikut adalah analisa secara umum.

Thursday 4 February 2016

Ilmu Hati vs Ilmu Lisan


Ilmu itu ada dua macam, iaitu ilmu yang terdapat di dalam hati (ilmu yang bermanfaat) dan ilmu yang terdapat pada lisan yang akan menjadi hujjah ke atas anak Adam (Riwayat Khatib melaui jabir r.a.)
Ilmu Hati
Ilmu hati yang dimaksudkan ialah ilmu yang diamalkan tanpa banyak bicara dan diamalkan secra ikhlas semata-mata kerana Allah SWT tanpa perasaan riyak.
Sesiapa yang belajar ilmu lalu mengamalkannya, nescaya Allah mengajarkan kepadanya ilmu-ilmu yang tidak ia ketahui (Riwayat Abu Syekh)
Ilmu Lisan
Ilmu lisan ialah ilmu yang hanya diceritakan dan diajar secara lisan tetapi tidak diamalkan oleh orang yang bercakap itu. Ilmu itu akan menjadi hujjah di akhirat nanti ke atas tuannya.

Tuesday 2 February 2016

Edisi Siasat : Betul Ke Ada Masjid Ditutup Tapi Ada Azan Secara Ajaib Di London



Tajuk yang diberikan kepada klip video di Youtube ini ialah 
"Miracle by allah azan is given in mosque by no one". Dikatakan berlaku di suatu masjid di London.


Terdapat juga klip video yang disebarkan melalui whatsapp dan mungkin juga medium siber yang lain. Mesej yang diviralkan ialah seperti ini;
Video sebuah masjid yang sudah rasmi ditutup oleh kerajaan England malah sudah tidak ada lagi aktiviti didalamnya, tetapi masih terdengar dari masjid tersebut suara azan setiap.kali masuk waktu solat. SubhãnALLAH...  
Sungguh ajaib. Terlihat ramai wartawan yang membuat liputan dan merakam kejadian ini.  
Kejadian ini berlaku di London.. Masjid ini telah diarahkan oleh pihak berkuasa supaya semua aktivitinya di hentikan dan masjid ini juga telah pun di tutup.. tidak ada lagi supply elektrik bahkan dikawal ketat. 
Namun dengan kuasa Allah setiap kali waktu solat tiba ternyata masih berkumandang azan walaupun tidak ada siapapun di dalam masjid yang kosong itu, malah muazzin yang melaungkan azan juga tiada.. Allah menunjukkan kebesaran-Nya......Allahu Akbar...  
(Sila share keajaiban ini).

Adakah ini satu fitnah yang sengaja diviralkan bagi memburukkan Islam? Mari kita siasat.

Monday 1 February 2016

Kajian Klinikal : Khasiat dan Kelebihan Gam Arab Untuk Diabetes dll




Ada yang menamakannya sebagai gam arab, gam pokok akasia, manna dan Acacia senegal. Ia adalah getah pokok akasia yang membeku.


Ada yang mengaitkannya dengan makanan yang dipanggil al-manna. Al-manna ialah nama salah satu daripada dua makanan yang diturunkan kepada umat Nabi Musa a.s iaitu Al-manna dan Salwa. Namun demikian, kesahihan perkaitan itu memerlukan kajian lebih lanjut.

Walaubagaimanapun, sudah banyak testimoni yang menunjukkan khasiat makanan gam arab ini. Apa yang lebih menarik ialah beberapa kajian klinikal telah dibuat terhadapnya dan membuktikan secara saintifik mengenai mengenai khasiat gam arab dari segi perubatan. Khususnya bagi penyakit diabetes dan jantung.

Gam Arab juga mempunyai gred tertentu.
Gambar Wiki - By Gixie 
Apakah khasiat dan kelebihan gam arab atau arabic gum ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...