Hidup kita sebagai manusia banyak melakukan dosa, sedangkan dosa-dosa itu merugikan kita di akhirat kelak. Antara ikhtiar yang kita boleh lakukan dengan membaca Sayyidul Istighfar supaya dosa-dosa itu diampunkan oleh Allah yang Maha Pengampun.
Untuk mendengar audionya boleh merujuk ke Youtube Unic ini.
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي
Ya Allah Engkaulah Tuhanku
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Tiada Tuhan melainkan Engkau
خَلَقْتَنِي وَ أَنَا عَبْدُكَ
Engkau telah menciptakanku dan aku
(adalah) hambamu
وَ أَنَا عَلَى عَهْدِكَ
Dan aku di atas (berpegang kepada) perjanjian komitmen (dengan) Mu
وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ
Dan janji (ganjaran) Mu selama kemampuanku
ُُأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْت
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan apa yang telah aku lakukan
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ
Aku mengakui kepada-Mu akan nikmat Engkau
ke atasku
وَ أَبُوءُ بِذَنْبِي
Dan aku mengakui akan dosaku
فَاغْفِرْ لِي
Maka ampunilah aku
فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Kerana bahawasanya tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau
---
Perkataan أَبُوءُ membawa maksud "aku" mengakui atau mengiktiraf dan pada masa yang sama ia mengandungi maksud kembali.
Pengakuan itu adalah kepada dua perkara iaitu nikmat yang Allah kurniakan dan juga kesemua dosa yang dilakukan oleh hamba.
Apabila mengakui nikmat disebut أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ
dengan menunjukkan nikmat itu datang daripada Allah kepada diri hamba dengan disebut akan nikmat Engkau ke atasku.
Apabila mengakui dosa disebut;
وَ أَبُوءُ بِذَنْبِي
Dan aku mengakui akan dosaku
Menunjukkan hamba itu mengakui dosa adalah daripada dirinya sendiri. Ini menunjukkan adab hamba kepada Tuhannya dengan tidak menisbatkan apa yang tidak baik kepada Allah.
KELEBIHAN
Sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan terhadapnya, lalu dia meninggal dunia pada hari itu sebelum masuk waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan ahli syurga.
Dan sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan terhadapnya, lalu dia meninggal dunia sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan ahli syurga.
Sahih al-Bukhari
(Kitab ad-Daʿawat, hadis no. 6306).
JAPDKIHBBAYRA

No comments:
Post a Comment