Friday 21 October 2022

Terjemahan Qasidah Allahu Allahu Assubhu bada

 



Qasidah As-Subhu bada ini paling kurang ada dua melodi. Liriknya pula berbagai-bagai. Versi yang digunapakai ini pernah berkumandang di radio IKIM pada ketika dahulu tetapi tidak dikenalpasti siapa yang melagukannya. Versi Mohamed Tarek ini menggunapakai melodi yang sama dan hampir sama cara penyampaiannya.

Qasidah ini menceritakan kelebihan Nabi SAW yang sememangnya telah Allah taqdirkan sejak dari azali lagi dan penzahirannya pada dunia ini sebagai sebaik-baik makhluk atau hamba yang diciptakan pada tafsiran kebanyakan ulama. 

Mengenai baginda SAW sebagai ketua para rasul itu telah dinyatakan sendiri oleh Nabi SAW secara haq dan bukanlah bagi tujuan berbangga-bangga ke atas rasul dan nabi yang lain. Kemuncak kemuliaan ini dizahirkan dengan peristiwa mikraj yang mana Nabi SAW telah dijemput naik ke atas langit melepasi tahap yang tidak dibenarkan kepada mana-mana malaikat sekali pun.

Kemuliaan nasab keturunan itu sememangnya telah disusun oleh Allah SWT yang mana Nabi SAW dizahirkan dari keturunan yang baik-baik, keturunan Nabi Ibrahim A.S.

Mengenali diri Nabi SAW dengan sebenar-benarnya adalah dari kesempurnaan iman sebagaimana dinyatakan dalam hadis tidaklah sempurna iman itu kecuali diri Nabi SAW itu lebih dicintai melebihi dari dia mencintai dirinya sendiri.

Maka bagaimanakah kita boleh mencintai orang yang kita tidak kenali melebihi dari diri kita sendiri? Bukankah wujud diri kita ini lebih mengenali diri kita sendiri?

Di situlah ada perjalanan ilmu.

Friday 14 October 2022

Terjemahan Dan Makna Qasidah Allah.. Allah.. Ma Lana Maulan Siwa Allah



Qasidah ini dilagukan oleh beberapa orang dengan lirik yang berbeza-beza. Dalam versi yang digunakan ini ada digunakan frasa “Wahai Dia”. Dalam bahasa Arabnya يا هو. Dalam versi lain digunakan pula يا رب iaitu “Wahai Tuhanku”.

Di sini kita boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai perkara ini. Terdapat sebilangan ulama yang berpandangan kalimah “هو" sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran merujuk kepada Allah adalah dari salah satu nama Allah. Khususnya di dalam surah Al -Ikhlas. 

Maka Wahai Dia atau يَا هُوَ itu merujuk kepada Allah juga. Bila fathah pada wau itu disenyapkan jadilah ia berbunyi Ya Hu.

Qasidah ini adalah genre kesufian. Maka untuk memahaminya perlulah juga dengan cara yang betul dengan tidak menyamakan Sang Pencipta dengan makhluk.

Kerana penulisan atau syair yang bersifat kesufian itu berdasarkan rasa yang mendalam dirasai oleh ahlinya. Kedalaman rasa dan makna sukar digambarkan dengan lafaz perkataan manusiawi yang terhad. Kerana alam dan akal manusia itu juga ada had batasnya.

Qasidah ini dalam dengan makna yang menyentuh, siapa menangis bolehlah bagitau ye.

Thursday 13 October 2022

Nasyid Ya Imamal Rusli يَا إِمَامَ الْرُسْلِ lirik dan terjemahan


Nasyid ini dialunkan mengikut versi nyanyian Mohamed Tarek. Ianya juga ada yang dinyanyikan oleh beliau dengan lirik yang sedikit berbeza kemudiannya. Walaupun nasyid ini masyhur tetapi ianya tidak dinyanyikan dengan lirik-lirik yang sama. Mungkin ada sedikit penambahan atau pengurangan di sana-sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...