Showing posts with label Banjir kelantan. Show all posts
Showing posts with label Banjir kelantan. Show all posts

Sunday, 15 November 2015

Meniti hari-hari hujan tanpa henti.


Setelah jerebu telah kurang dengan drastiknya akibat hujan yang kerap sudah tentu kita merasa lega dan bersyukur atas perkembangan terbaru ini. Tetapi hujan yang turun dalam musim tengkujuh ini mengingatkan kembali memori dua tahun yang berlalu. 

Kejadian banjir besar yang berulang dua tahun berturut-turut yang memberikan tamparan hebat kepada negara dari aspek pengurusan bencana. Jelas, banjir besar ini adalah bencana. Jerebu juga adalah bencana. Dalam kes di Indonesia, apa yang dinamakan kabut asap akibat kebakaran hutan tanah gambut itu telah berlaku bertahun-tahun berturutan. Tetapi mereka tidak menjangkakan kabut asap kali ini adalah semakin parah sehingga mendatangkan korban jiwa kepada beberapa kanak-kanak dan bayi akibat menghidu udara yang tercemar.

Apa yang dilakukan oleh Indonesia adalah menubuhkan satu jawatankuasa secara ad hoc bagi menangani masalah itu dan menguruskan operasi memadam titik-titik api kebakaran hutan yang sangat luas dan banyak. Terbukti ia tidak mencukupi sehingga pasukan yang dihantar Malaysia menggunakan pesawat Pelican C-415 telah kembali ke tanah air sedangkan titik api semakin bertambah dipercayai kesan kerakusan manusia untuk membuka ladang kelapa sawit ataupun ladang bagi perusahaan.

Memori lepas.
Dalam kes banjir di Malaysia pula, setelah negara telah terpukul dua kali, kali ini sebelum berlakunya  musim tengkujuh Perdana Menteri telah mengumumkan satu langkah bagi menghadapi kemungkinan banjir besar yang bakal berlaku. (Artikel di sini)

Friday, 9 October 2015

Kali ini negara bersiap sedia menghadapi banjir.

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak mengumumkan penubuhan satu unit induk untuk mengurus sukarelawan dan bahan bantuan semasa bencana banjir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Setiap kali tibanya hujung tahun, beberapa tempat di negara kita, pastinya akan dilanda banjir.

Oleh itu, pada tahun ini, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah awal bagi menghadapi bencana banjir yang akan datang.

Pada bulan ini, Kerajaan akan mula membuat persiapan rapi, khususnya dari aspek logistik seperti komunikasi, pemindahan penempatan, penyimpanan bekalan makanan, pengurusan pegawai perubatan dan kerja-kerja pembersihan.

Saya juga ingin terus memberi galakan terhadap usaha murni rakyat Malaysia yang menyumbangkan bahan bantuan dan menjadi sukarelawan.

Namun, kita dapati, pada tahun-tahun lalu, terdapat situasi di mana bantuan tertumpu hanya di sebuah kawasan walaupun ada tempat lain yang lebih memerlukan.

Jadi, pada tahun ini, kita akan menubuhkan satu unit induk untuk mengurus sukarelawan dan bahan bantuan agar ia dapat disalurkan kepada mangsa banjir dengan lebih berkesan.
Insya-Allah, dengan usaha-usaha yang akan kita lakukan ini, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir pada tahun ini.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Sumber : Najibrazak.com

Dengarkan audionya.

Tuesday, 30 December 2014

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN BANJIR



Saya tertarik untuk memberikan pandangan setelah membaca satu artikel yang memberikan cadangan yang sama. Terima kasih kepada pengarang artikel ini kerana memberikan satu motivasi kepada saya untuk memberikan pandangan saya sendiri.



Artikel berkenaan bolehlah dibaca di sini.

Cerita untuk mengkaji semula SOP banjir ini, sebagaimana maklum bukanlah cerita baru. Kerana ianya telah dibincang di dada akhbar dan juga segala media massa termasuklah secara online berkenaan perlunya negara mengkaji SOP pengurusan bencana yang baru sebaiknya berlaku banjir yang melanda Kelantan, Pahang dan Terengganu sebelum banjir dalam bulan Disember 2014 ini.

Apa itu menguruskan banjir?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...