Ini adalah sebahagian daripada doa Nabi SAW daripada hadis berkenaan. Jika mahukan sepenuhnya boleh merujuk kepada hadis Tabrani, dari al-Muʿjam al-Kabīr berkaitan kisah yang masyhur berkenaan Nabi SAW pergi berdakwah ke Kota Taif, berjalan kaki bersendirian kemudiannya ditolak mentah-mentah, diejek, disakiti dan diusir oleh penduduk Kota Taif.
Tujuan diambil sebahagian bait oleh kerana ia boleh dijadikan doa seharian atau dengan bait lebih pendek mudah dihafal dan diamalkan. Apabila berlaku sesuatu yang tidak disukai disebabkan gangguan oleh orang lain dengan mudah lidah boleh membacanya dengan cepat dan tidaklah terlalu panjang.
Selain itu, makna-makna daripada doa itu sendiri sangat bernilai bagi pembacanya. Jika dilihat kepada makna-makna itu sahaja, kita tergerak untuk mengamalkannya walaupun tiada kejadian disakiti oleh orang.
Makna-makna berkenaan menambah ilmu pengetahuan, makrifat dan kefahaman kita dan semoga Allah menaikkan darjat bagi orang yang membacanya.
-------
أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ
Aku berlindung dengan Cahaya Wajah/Zat Engkau
yang menyinari akan ia kegelapan-kegelapan
وَ صَلَحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَ الْآخِرَةِ
Dan memperbaiki akan ia urusan dunia dan akhirat
أَنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ
(Aku berlindung) dari turunnya ke atas ku
kemarahan Engkau
أَوْ يَنْزِلَ بِي سَخَطُكَ
Atau turunnya ke atas ku siksa Engkau
لَكَ الْعُتْبَى حَتَّى تَرْضَى
Kepadamu kekesalan dan mencari keredaan sehinggalah Engkau reda
وَ لَا حَوْلَ وَ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ
Dan tiada daya dan tiada kekuatan/upaya
kecuali dengan Engkau
-----*-----
آمِيْن

No comments:
Post a Comment