Wednesday 30 September 2015

Atom Wujud Tanpa Tempat (khusus)


There is no matter as such! 
All matter originates and exists only by virtue of a force which brings the particles 
of an atom to vibration and holds this most minute solar system of the atom together. . . . 
We must assume behind this force the existence of a conscious and intelligent Mind
This Mind is the matrix of all matter.
Max Planck

Sedang umat Islam dikala ini menghadapi cabaran dari pelbagai sudut. Cabaran-cabaran tersebut mungkin berbentuk fizikal dan zahir. Cabaran umat Islam pada hari ini bukanlah sesuatu yang tidak normal dan tidak dijangka langsung. Seseorang telah pun meramalkan pertembungan ketamadunan Islam dan barat yang mana dia membuat tulisan yang berjudul "The Clash Of Civilisation".

Cabaran fizikal bukanlah cabaran yang sebenar kepada umat Islam. Cabaran yang sebenar ialah cabaran ideologi. Pertembungan ideologi. Dikala umat Islam sibuk menangani cabaran fizikal yang juga sangat banyak ini termasuklah berbalah sesama sendiri, terdapat satu ancaman yang belum disedari oleh umat Islam dan tidak dikenal pasti. 

Ilmu sains pada zaman ini dikuasai oleh barat yang mengambil ilmu itu asalnya daripada ketamadunan Islam. Umat Islam terhenti perkembangan akal dan tamadun apabila tertipu dengan pandangan literalism yang menyekat pandangan akal dan kemajuan bertindak. Jurang ini menjadikan sangat besar diantara perkembangan dua tamadun yang dilihat saling bertentangan. Ketamadunan barat gigih mengeksplorasi sains sehingga mengkaji dari sebesar-besar alam sehinggalah sekecil-kecil atom. Malah sehingga apa yang lebih kecil daripada atom itu, quarks.

Umat Islam melalui wahyu, mereka dianugerahkan dengan realiti. Sesuatu yang mana seseorang itu hanya perolehi jika dia mula percaya. Dengan tidak percaya atau beriman, seseorang itu hanyalah bergantung kepada persepsi akal diri sendiri dan juga orang lain dalam melihat realiti kejadian. Kaedah ini sangat meletihkan, selain memakan masa yang panjang beratus malah beribu tahun dengan kos yang tinggi. Sedangkan seorang manusia itu sendiri biasanya hidup di bawah usia 100 tahun.


Perubahan dalam ilmu sains.

Hasil kajian beratus tahun itu, kini telah mula timbul perbincangan-perbincangan di kalangan ahli sains. Dilihat jika ianya semakin meluas dan adanya persefahaman di kalangan majoriti mereka, sudah tentu adanya perubahan besar kepada dunia sains ini. 

Para saintis dan ahli fizik kini bingung, apabila mereka gagal mengukur kedudukan sesuatu atom. Ini kerana mereka mendapati atom itu tidak mempunyai tempat yang sebenar. Kedudukan atom pada sesuatu tempat hanyalah wujud pada persepsi manusia ketika melihat atom itu. Sudah tentu ini adalah satu fenomena yang pelik dan melanggar segala hukum fizik yang diketahui oleh manusia yang hidup dalam zaman moden ini.

Kemajuan dan perkembangan sains pada zaman ini banyak berpaksikan kepada teori Relativiti Einstein dan formulanya yang terkenal E = MC2. Berdasarkan asas inilah semua kejadian yang wujud dalam alam dapat diukur dengan tepat dan sehingga hari ini para saintis berpuas hati dengan penggunaan formula dan teori Einstein ini. Namun demikian, perkembangan terkini yang membingungkan membuatkan para saintis ini mula berfikir dan mendapati apa yang diketahui manusia setakat ini bukanlah segala-galanya.

Kesannya bidang sains ciptaan mereka mula menerima apa yang dahulunya mereka tolak mentah-mentah. Apa yang mereka takrifkan sebagai segala yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera. Atau dalam istilah yang biasa dipakai oleh orang Melayu dan orang Islam, perkara-perkara ghaib. Mereka mula menerimanya tetapi tidak itu sahaja, mereka mula menamakannya dan melabelkannya.

Apabila dijangka berlaku perubahan kepada asas kefahaman sains di kalangan para saintis ini, maka bolehlah dijangka pula berlaku perubahan kepada asas ketamadunan yang ingin dibawa oleh mereka. Ini kerana berlakunya penyelarasan terhadap kefahaman yang baru dipegang oleh mereka ini.

We must assume behind this force the existence of a conscious and intelligent mind. 
This mind is the matrix of all matter. - Max Planck.

Kesedaran baru

Persoalannya apakah perkara baru ini? Dialog-dialog yang diadakan di kalangan pakar-pakar sains sedikit sebanyak sudah dapat memberikan isyarat kepada apa yang mereka fikirkan dan ingin lakukan. Mereka anggap penemuan terbaru saintifik kali ini membawa impak kepada kesedaran baru. Apabila mendengar mereka menggunakan istilah "kesedaran baru" ini, kita hendaklah berhati-hati memahaminya kerana ia membawa makna yang mendalam.

Ini kerana "kesedaran baru" ini hanyalah dimiliki oleh mereka yang benar-benar faham. Mereka yang benar-benar faham ini adalah para saintis yang menemui penemuan baru dan mereka menjadi "sedar".  Masalah bagi mereka ialah mereka menjadi elit dalam kesedaran baru sainstifk ini. Kerana tidak semua mempunyai kemampuan akal seperti saintis-saintis ini. Pendek kata, mereka mahu semua orang berkongsi kesedaran dengan mereka.

Oleh itu, proses yang sama berlaku dahulunya bakal berulang. Sepertimana mereka mahu massa menerima teori Charles Darwin. Walaupun teori ini telah hancur berkecai selari dengan kemajuan bidang sains terkini seperti penemuan Dna, ianya tidak mudah ditarik balik oleh mereka yang memegang dasar pendidikan. Sebahagian dari mereka berkeras mahukan manusia mempunyai persepsi mereka berasal daripada binatang.

Apakah kepelikan yang akan dibawa oleh mereka nanti sudah tentu menjadi cabaran kepada umat. Cabaran yang bukan fizikal sebenarnya lebih menguji dan adakah kita semua sudah menyedari lantas bersedia?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...