Wednesday 2 September 2015

Ilmu Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu - No. 8.


Empat elemen yang dilupakan, empat pintu ilmu.

Ini adalah berkaitan dengan empat elemen yang dibincang sebelum ini. Selain artikel ini menamakannya sebagai "elemen", sebenarnya keempat-empat ini adalah sejenis "pintu ilmu".

Kempat-empat ini bukanlah sedikit orang yang tahu tetapi mereka mengetahui secara hafalan. Tidak secara praktikal. Mereka tidak mempraktikkan atau mengambil manfaat dengan empat pintu ilmu itu.

Apabila tidak dipraktikkan maknanya dilupakan. Walaupun ramai yang tahu. Lantas ia tidak menjadi ilmu.


Penulis sudah biasa melihat dalam perbincangan menyelesaikan masalah, ahli-ahli perbincangan mencampur-adukkan di antara kempat-empat elemen itu. Ataupun ianya bertukar. Akibatnya perbincangan menjadi meleret-leret akibat salah pentakrifan. 

Salah pentakrifan maknanya seseorang itu salah mengkategorikan sesuatu. Salah kategori diantara empat pintu ilmu ini adalah kesilapan besar. 

Sebaliknya pula, jika seseorang itu dengan kemas dapat meletakkan setiap permasalahan itu dalam pintu-pintunya maka dia akan dapat manfaatnya. Dia dapat menguasai sebab musabab sesuatu permasalahan.

Sebenarnya banyak produk yang boleh lahir daripada empat pintu ilmu ini. Tetapi tidak ada orang yang ingin membuat kajian bagi melahirkan produk-produk tersebut.

Sebagai contoh, baru-baru ini penulis telah berbincang dengan seorang perempuan. Seorang ibu muda. Latarbelakangnya adalah berpendidikan diploma. Satu produk yang boleh lahir daripada 4 pintu ilmu ini telah pun diterangkan kepadanya. 

Ia adalah satu produk yang boleh melahirkan produk-produk lain. Bagi seseorang yang berlatarbelakangkan pendidikan sebegitu dan taraf pemikiran yang selaras dengannya, beliau dapat memahami apakah faedah daripada mengetahui 4 pintu ilmu ini. 

Setelah diterangkan dan faham, beliau mempunyai keinginan untuk belajar dan mendalaminya. Kerana faedah yang lahir daripada mengetahui empat elemen ini. Beliau juga menyatakan patutlah masa belajar dahulu beliau sukar menguasai pelajaran. Beliau sudah faham ketika itu, jika seseorang itu diajari dan mahir dengan empat pintu ilmu ini, dia dapat menguasai persoalan dengan mudah.

Penulis hanya menyatakan kepada ibu muda ini, jika beliau dapat menguasainya, ajarkan juga kepada anak-anak.

Ini kerana setakat ini, penulis belum berjumpa seseorang yang dilahirkan dan diajarkan pintu-pintu ini sejak muda. Ilmu yang diajar disekolah-sekolah, lebih kepada berbentuk hafalan. 

Penulis sendiri pun hanya bertemu setelah berguru di merata tempat. Setelah bertemu pun, masih ada kajian yang perlu dibangunkan. Seakan membangunkan teknologi. Teknologi yang membangunkan tamadun. 

Tamadun pula membina umat bangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...