Saturday 25 February 2017

Rakyat Indonesia marah KLIA 2 !!!



Selepas Myanmar dan Korea Utara marah kepada Malaysia kini giliran Indonesia pula. Sebahagian rakyat Indonesia terkejut dan amat marah melihat nama negara Indonesia ditukar kepada INDOCHINA !! 


Ia bermula apabila seorang facebooker Indonesia membuat postingan mempertikaikan nama negara Indonesia ditukarkan kepada Indochina oleh KLIA 2. 



Apabila disemak di Facebook, ramai facebooker membuat sharing kandungan posting berkenaan dan mengundang kemarahan serta maki hamun ramai facebookers Indonesia yang lain kerana KLIA 2 terlibat dalam konspirasi meng"indochina"kan Indonesia.

Tuesday 21 February 2017

Korea Utara Yang Tidak Faham


Mereka yang lari daripada Korea Utara menceritakan bagaimana kerajaan mereka mengenakan had kepada kebebasan hidup seharian. Mereka tidak boleh boleh memilih pakaian untuk dipakai seharian sesuka hati. Mereka tidak boleh bebas menyanyi lagu-lagu kecuali lagu tertentu yang diluluskan oleh kerajaan mereka. Sehinggakan style rambut pun perlu mengikut sebilangan gaya potongan rambut yang digazetkan dan dibenarkan untuk diikuti oleh umum. Dikatakan potongan rambut presiden mereka tidak termasuk di dalam gazet yang diluluskan dan presiden yang disayangi rakyat itu dikecualikan daripada peraturan potongan rambut ini. 

Maka di Korea Utara segala-galanya terbatas dan dikawal ketat oleh kerajaan. Pelancong pun, hatta pelancong Malaysia yang masih boleh masuk ke Korea Utara sehingga detik tulisan ini dibuat dikenakan beberapa larangan. Pelancong tidak boleh mengambil gambar sesuka hati walaupun di tempat awam. Walaubagaimanapun oleh kerana ada teknologi kamera seperti Go Pro dan sebagainya yang boleh disembunyikan, ramai pelancong yang dapat merakam suasana di negara itu secara senyap-senyap.

Friday 3 February 2017

Flotilla release to Myanmar by Prime Minister Najib Razak



Malaysia Leads The Way

Bertegas Untuk Beri Sendiri Bantuan Kepada #Rohingya #FlotillaRohingya


Presiden MAPIM, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu interview dilakukan oleh Rohingya VisionTV menyatakan kerajaan Myanmar bertegas untuk mengambil alih bantuan Flotilla dan menyerahkan bantuan tersebut kepada masyarakat Rohingya melalui pihak berkuasa Myanmar.

Kerisauan timbul kerana bantuan yang diberikan oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa sebelum ini membuktikan ia tidak sampai sepenuhnya ke orang-orang Rohingya di Myanmar. 

Debaran Kapal Flotilla ke Myanmar


Kapal Nautical Aliya telah pun berlayar ke Yangon, Myanmar semalam 3 Februari 2017 dan dijangka tiba 7 atau 8 Februari 2017. Myanmar telah pun memberikan kebenaran kepada bantuan Flotilla tersebut tetapi dengan beberapa syarat.

Syarat-syarat ini telah menyebabkan misi bantuan ini terhalang daripada beberapa segi. Bantuan asalnya dirancang untuk diberikan terus kepada masyarakat Rohingya tetapi Myanmar mengenakan syarat bantuan mesti diserahkan melalui pihak berkuasa Myanmar.

Selain itu, Myanmar juga mengenakan syarat supaya bantuan itu tidak diagihkan kepada orang Rohingya sahaja, sebaliknya diberikan juga kepada etnik lain yang memerlukan.

Persoalan sekarang ialah sejauh mana bantuan ini boleh pergi. Adakah petugas-petugas dari sukarelawan dibenarkan memberikan bantuan itu secara langsung kepada orang Rohingya yang memerlukan?

Jika pihak berkuasa Myanmar sendiri yang memberikan bantuan, timbul persoalan adakah bantuan diberikan secara adil atau sampai kepada orang-orang Rohingya tersebut?

Melihatkan senarai kekejaman yang tidak berperi kemanusiaan dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar sebagaimana yang dilaporkan oleh Laporan UN Human Right Flash Report baru-baru ini, timbul keraguan mereka boleh bersikap adil dalam menyerahkan bantuan tersebut.
Pautan ke Laporan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...