Tuesday 21 April 2015

Edisi siasat : Betul ke Undertaker memeluk agama Islam??


Benda macam ni lah aku menyampah. Bukan menyampah undertaker masuk Islam, kalau betul alhamdulillah. Tapi menyampah yang maklumat yang tak sahih tetapi disebar-sebarkan. Yang akhirnya maklumat yang tidak betul itu memalukan umat Islam sendiri.

Orang kita ni pulak, ada sejenis kelemahan. Terlalu cepat mempercayai satu berita tanpa usul periksa. Memanglah ada peribahasa "kalau tidak angin masakan pokok bergoyang". Tapi kena ingat. Itulah sebab ada konsep zan. Ada konsep prima facie. Tapi tak menunjukkannya betul.

Mungkin ada dalil tetapi dalil itu mungkin sahaja tidak kuat. Dalil yang tidak kuat sangatlah sinonim dengan berita yang tidak benar. Tapi janganlah kita lemah menganalisa berita. 

Aku pun buatlah carian di internet...


Terdapat juga info mengatakan ada orang menemui kehadirannya dalam ijtimak tabligh di India. Sumber. Tetapi jika dilihat ayat yang digunakan adalah copy paste daripada sumber lain yang tidak dimaklumkan. Dilihat banyak blog dan portal membuat copy paste seperti di bawah ini.


Undertaker (M Ismail) at Raiwind Ijtima. Undertaker Embrace Islam One of my friend told me that in the current tablegi ijtima at raiwind Lahore wwe wrestler known as Undertaker was thereHe told me a management person tell them all about him.

Satu lagi portal di Pakistan dengan konfidennya mengumumkan pengislaman undertaker itu (7 Ogos 2014).

Aku juga menjumpai seseorang yang berfikiran macam aku. Berhati-hati. Dia juga buat selidik di internet. Hasil mengamati carian itu, katanya benda ni dah muncul sejak 2011 lagi, tetapi di wikipedia pun masih tidak ada maklumatnya. Ini posting dia. Post pada 22 Julai 2014.

Seseorang pula mendakwa berita pengislaman tersebut pernah tersiar di CNN tetapi agensi berita itu telah menarik balik berita tersebut atas polisi tertentu. Ini linknya.

Tetapi akhirnya seorang rakannya sendiri telah membalas balik dengan penuh skeptik dan dia tak reply rakannya itu.

Satu portal daripada seseorang juga telah membuat penyelidikannya sendiri. Hasil dapatannya ia adalah khabar-khabar angin sebagaimana khabar angin Mr Bean masuk Islam. 


After proper research of this news I have found that its just a rumor and Undertaker has not become a Muslim. the similar rumor about his conversion also became famous online back in 2011 and now it has happened again in 2014. Link.
Dilihat banyak asal usul berita ini datangnya dari Pakistan. Yang daripada Malaysia tu banyak copy paste. Sekarang ni tersebar meluas dan viral di facebook. Memanglah gembira kita dengar berita seperti ini tapi pastikanlah ianya sahih.

Bagaimana pula wikipedia semasa tulisan ini dibuat? Aku tak jumpa apa-apa di situ mengenai pengislamannya. Link.

Kalau kita tengok pun, gambar undertaker pakai semacam "kopiah" itu pun diambil daripada wikipedia itu. Kopiah macam tu Eminem pun pakai.

Kesimpulan aku arini, tiada bukti yang sahih menunjukkan Undertaker itu masuk Islam. Wallahua'lam.




Video yang dikaitkan dengan Undertaker masuk Islam. Dia kan manusia, mestilah dia ada rasa hormat kepada manusia yang lain. Bagi yang meminatinya sama-samalah berdoa untuk dia mendapat hidayah. Undertaker ni rupa macam adik aku je.

Lain-lain

Edisi Siasat : Betul ke Jason Statham peluk Islam?

1 comment:

  1. Klau rupa adik incik posmen mcm rupa undertaker ni,
    mesti rupa incik posmen mcm rupa vince mc.mahon , kan ?

    Hikhik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...