Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada Abu Hurairah untuk dibaca sebelum tidur. Ia diriwayatkan dalam Sahih Muslim.
اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَ رَبَّ الْأَرْضِ
Ya Allah Tuhan Pemelihara langit-langit dan Tuhan Pemelihara bumi
وَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Dan Tuhan Pemelihara Arash yang agung
رَبَّنَا وَ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ
Wahai Tuhan Pemelihara kami dan Tuhan Pemelihara setiap sesuatu
فَالِقَ الْحَبِّ وَ النَّوَى
Yang Membelah biji benih dan biji kurma
وَ مُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَ الْإِنْجِيلِ وَ الْفُرْقَانِ
Dan Yang Menurunkan Taurat dan Injil serta Furqan
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap sesuatu (yang) Engkau Pemegang/Penguasa ubun-ubunnya
اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ
Ya Allah, Engkau Yang Awal maka tiada sebelum Engkau sesuatu pun
وَ أَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ
Dan Engkau Yang Akhir maka tiada selepas Engkau sesuatu pun
وَ أَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ
Dan Engkau Yang Zahir maka tiada
di atas/pada permukaan Engkau sesuatu pun
وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ
Dan Engkau Yang Batin maka tiada
di bawah/berdekatan Engkau sesuatu pun
إِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَ أَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ
Lunaskanlah dari kami segala hutang dan
bebaskanlah kami daripada kefaqiran
_***_
آمين

No comments:
Post a Comment