Saturday 19 January 2019

Makna dan Lirik Lagu Deen Assalam : Sulaiman Al Mughni


Kredit Youtuber : El Houra

Lagu Deen Assalam ni menceritakan agama kesejahteraan iaitu agama Islam. Maknanya agama Islam itu adalah agama yang membawa kesejahteraan, rahmat dan menjanjikan kehormatan. 

Bukan sebaliknya.

Lagu ini dibawakan oleh penyanyi yang ketika itu masih kecil iaitu Sulaiman Mughni. Kemudian lagu ini dipopularkan di Indonesia dan Malaysia oleh kumpulan Sabyan (Indonesia). 

Didapati juga lirik lagu ini ada menggunakan beberapa perkataan Arab jenis dialek yang sedikit berbeza dengan perkataan Arab standard.

Bagi perbandingan dengan lagu yang dinyanyikan oleh Mohamed Tarek bolehlah merujuk ke sini. 


...(*)...



كِلَّ هَذِ الْاَرْضِ مَا تَكْفِيْ مَسَاحَة

Semua bumi ini tidak akan mencukupi untuk didiami


لَوْ نَعِيْشِ بْلَا سَمَاحَة

Sekiranya kita hidup dengan tanpa bertolak ansur / toleransi


ْوَ إِنْ تَعَايَشْنَا بَحُب

Dan jika kita saling hidup dengan rasa cinta


لَوْ تَضِيْقِ الْاَرْضِ نَسْكِنْ كِلِّ قَلْب

Jika sempit bumi ini (nescaya) kita akan 

menghuni setiap hati-hati (manusia)

***


ْاَبْتَحِيَّة وَ بْسَلَام

(Dengan) rasa hormat dan kesejahteraan


ْأِنْشُرُوْا وَاحْلَى الْكَلَام

Sebarkanlah seelok-elok perkataan


ْزَيِّنُوْا الدِّنْيَا احْتِرَام

Perhiaslah kalian akan dunia ini dengan rasa hormat


ْأَبْمَحَبَّةْ وَ ابْتِسَام

(Dengan) rasa kasih sayang dan senyuman


ْأِنْشُرُوْا بِيْنِ الْاَنَام

Sebarkanlah oleh kalian di kalangan manusia


ْهَذَا هُوْ دِيْنِ السَّلاَم

Inilah dia agama kesejahteraan


__<((TaMMaT))>___

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...