Saturday 9 January 2016

3 pakar silat Indonesia berlakon dalam Filem Star Wars - The Force Awakens.


Rupa-rupanya ada 3 orang pelakon Indonesia yang terkenal dengan filem "The Raid" dipanggil untuk berlakon dalam filem Star Wars terbaru iaitu " The Force Awakens ". Puncanya ialah pengarah filem Star Wars tersebut iaitu JJ Abrams adalah peminat mereka yang muncul dalam menunjukkan aksi silat berkualiti dalam filem "The Raid".

Mereka ialah Yayan Ruhian, Iko Uwais dan Cecep Arif Rahman. Walaupun tidak diberikan watak utama, tetapi watak yang diberikan kepada mereka adalah layak untuk diabadikan dalam bentuk Lego.


Yayan Ruhian, Iko Uwais dan Cecep.
Gambar - Detik.com
Yayan Ruhian ketika menceritakan pengalaman berlakon di set pengambaran, mereka telah dikenakan satu disiplin yang ketat supaya para pelakon fokus kepada matlamat kerja yang ingin dicapai. Telefon bimbit atau handphone mereka akan dikunci dan digantikan dengan telefon bimbit khas hanya untuk berkomunikasi sesama pelakon. 

Sudah tentu dalam keadaan itu mereka tidak dapat mengambil gambar hatta ber-selfie sekalipun. Mereka juga terpaksa memakai jubah yang menutupi seluruh badan dari hujung rambut sehingga hujung kaki ketika hendak masuk ke set penggambaran. Hanya ketika sampai set itu barulah jubah itu dibuka. Seakannya produser filem tidak mahu mereka dikenali dan ingin merahsiakan penggambaran yang dijalankan.

Kerahsiaan ini adalah begitu ketat sehingga Yayan Ruhian sendiri tidak tahu apakah skrip dialog yang perlu dihafal dan lakonan yang dilakukan sehinggalah masuk ke set penggambaran. Skrip dialog itu pula perlu ditandatangan dan dikembalikan semula semasa penggambaran. Tidak boleh dibawa pulang.


Beliau juga menyatakan tidak ada larangan untuk menyimpan rahsia tetapi beliau sendiri akan berasa malu untuk bercerita kepada orang lain kerana ketika itu tidak ada bukti yang menunjukkan beliau sedang berlakon dalam filem Star Wars.

Peranan watak mereka ialah sebagai penjahat yang mengejar watak yang dimainkan Han Solo. 

"I was just a fan. It was an opportunity,". 
"I knew we needed people for this one sequence that would be particularly fun to see a group of people working together. 
"I thought 'God, I wonder if the dudes from The Raid would be available?' And to my amazement, and they were willing, and they were incredible. They showed up and did a terrific job.
Kenyataan dari JJ Abram. 

Ketiga-tiga mereka adalah mahir dalam silat. Seperti Cecep A Rahman, beliau sendiri adalah pakar silat atau guru silat yang mengajar silat di peringkat antarabangsa. Filem "The Raid" telah mempopularkan mereka  di peringkat antarabangsa dan memperkenalkan lagi silat  ke seluruh dunia.


Cecep Arif Rahman mengajar kelas silat di Dublin.

Penulis sendiri sentiasa mengikuti perkembangan pakar-pakar silat ini. Khususnya Cecep Arif Rahman. Penulis sendiri kagum dengan kegigihan mereka menguasai ilmu persilatan sehingga mereka menjadi pakar dalam bidang tersebut. Sikap mereka dalam sentiasa memajukan diri dalam bidang yang digemari seharusnya menjadi contoh kepada semua.

Demo silat oleh Iko dan Yayan.


Rujukan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...