Friday 15 January 2016

Bagaimana nak mengira bunga hutang ah long?


Bila Utusan menyiarkan laporan berita mengenai kenyataan polis yang hutang ah long kini menjadi-jadi, meningkat sehingga 8 kali ganda (sumber). Sebelum itu pula ada berita daripada Sinar Harian mengenai seorang kontraktor gagal bayar hutang ah long RM700,00.00 sehingga dia diganggu oleh ah long (sumber).

Aku terfikir sudah tentu trend ini bukanlah trend yang sihat. Manusia sekarang ini terlalu obses dengan material atau pun kebendaan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang di luar batasan. Luar batasan di sini sebab pinjam loan dari ah long sudah tentu di luar apa yang dibenarkan oleh undang-undang. 

Pinjaman ah long ini sebenarnya jelas diluar kemampuan orang biasa untuk membayarnya tetapi kerana fikiran mereka telah tertipu dengan persepsi yang mereka boleh bayar, mereka pun pinjamlah dan akibatnya mereka sebenarnya tak boleh bayar. Ah long pun bertindak di luar batasan undang-undang untuk mendapat kembali jumlah pinjaman sekali dengan bunga yang tinggi tu.

Aku teringat apa yang terjadi kepada seorang kenalan ini. Dia telah bankrup dan tutup kedai kerana gagal melangsaikan hutang ah long. Dia dan keluarga hidup dalam ketakutan dan terpaksa hidup berpindah-randah bagi mengelakkan diburu oleh ah long. 

Melalui cerita dia barulah aku faham bagaimana bunga atau interest hutang ah long itu dikira. Selama ini aku ingatkan pinjaman ah long ini macam pinjaman bank. Ada tempoh macam 7 -10 tahun atau 20 tahun.

Mungkin sebenarnya ada banyak format bagi pengiraan hutang ah long ini. Yang dialami oleh kenalan ini hanyalah salah satu daripadanya.

Katakan amaun yang dipinjam itu adalah RM700,000.00. Ah long mengenakan bunga sebanyak 5%. Maka 5% daripada RM700,000.00 ialah RM35,000.00. 

Seterusnya pengiraan seperti dibawah..

Jumlah pinjaman = RM700,000.00
Bunga / interest ah long = 5% sebulan
Jumlah bunga yang perlu dibayar setiap bulan =  RM35,000.00
Tempoh pinjaman = Tiada

Terma pinjaman = Bayar bunga / interest RM35,000.00 setiap bulan sehinggalah peminjam ada duit RM700,000.00 dan bayar sekaligus / total jumlah itu untuk melangsaikan hutang. 

Maknanya dia kena bayar RM700,000.00 itu dalam sebulan bagi melangsaikan hutang. Kesilapan dia ialah dia mempunyai persepsi boleh mengumpulkan jumlah RM700,000.00 itu dan membayarnya dalam sebulan. 

Realitinya ialah jumlah bunga / interest RM35,000.00 itu pun sebenarnya telah terlalu banyak dan hasil perniagaannya telah ditumpukan untuk membayar jumlah itu. Akibatnya seolah-olah dia membayar hutang ah long sampai bila-bila.

Hutang ah long ini bukan setakat membahayakan diri peminjam / penghutang tetapi juga kepada rakyat sendiri. Sebab hutang ah long, makhluk-makhluk ah long ini akan mengganas dan membahayakan bukan sahaja diri peminjam malah keluarga dia. Dan mungkin juga jiran-jiran dan sanak saudara.

Sebab hutang ah long ini juga, peminjam / penghutang sendiri boleh terlibat dalam jenayah kerana terdesak mencari punca pendapatan untuk melangsaikan hutang ah long. Akhirnya jenayah pun meningkat. Rakyat pun rasa tak selamat. Lepas tu fitnah-memfitnah pun merebak. Itu yang kita semua tak nak.

Bersamalah kita menjaga diri dan keluarga supaya tak terjebak dalam hutang ah long.  

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...