Tuesday 28 April 2015

Mesej Subliminal di sebalik kartun-kartun Disney.

Benda ni bukan benda baru, tetapi mungkin masih ada yang tidak tahu. Ada juga dah tahu tetapi buat-buat tak tahu. Jika anda menonton klip ini dan anda faham, adakah selepas itu akan membiarkan anak-anak anda menonton kartun-kartun Disney.

Mungkin anda akan mengambil pendirian tidak peduli. Tetapi bukti-bukti yang diberikan adalah jelas.  Jika anda menghadapi masalah dengan anak-anak anda ketika mereka membesar seperti kelakuan akhlak yang buruk, kurang ajar, liar dan sebagainya, ingatlah anda pada suatu ketika membiarkan mereka menonton kartun-kartun Disney.

Ini kerana sejak dari kecil lagi mereka telah menonton bahan-bahan lucah yang digarap secara subliminal melalui kartun kanak-kanak. Apakah definisi sayang anda kepada anak anda?

Bila keturunan Ninja buat kerja-kerja Penyelamat

Orang kita juga kalau rajin berusaha berulang kali dan tidak malas, mampu mencapai tahap seperti ini
.

Watch the moves of this Japanese rope-tech rescue team. They are pretty fast.WATCH MORE HERE:http://bit.ly/latinosviralvideos
Posted by Latinos Post on Friday, 8 August 2014

Saturday 25 April 2015

Mi rebus..

Mi rebus..

Nampak mi ni macam mi bandung pulak dah. La ni PRK Permatang Pauh, mesti semua pakat pi situ.

Mi rebus ni ada bermacam stail juga. Hat yang Singapura tu, yang Kiliney tu, rasa dia manis. Yang ok bagi aku hat yang pedaih..

Ada juga mamak ni buat yang pedaih. Ada tu campoq kari dan pes udang. Itu yang menyengat.


Mi rebus kuah pekat Permatang Pasir #BHPLUS
Posted by Berita Harian Online on Friday, 24 April 2015

Friday 24 April 2015

Hati-hati dengan kad debit / kredit anda !!



Ketika membayar di Kaunter.

KEJADIAN DI SEBUAH PREMIS PERNIAGAAN DI LOWYAT, KUALA LUMPUR

Pada satu hari saya membeli peralatan komputer di sebuah kedai komputer di Lowyat. Kedai komputer itu bermula dengan huruf P. Ianya menjual banyak alat-alat komputer dan gajet-gajet yang lain. Di situ saya membeli sebuah hard disk external.

Ketika saya ingin membayar di kaunter pembayaran. Saya menggunapakai kad debit yang dikeluarkan oleh sebuah bank tempatan yang terkenal. Apabila saya menyerahkan kad debit itu kepada cashier, seorang wanita cina yang berwajah garang, saya terkejut.

Masam Manis Rompin

Hai blogosphere! Ini kali pertama Abang Rock menulis kat sini. Ehem,ye panggil Abang Rock cukuplah walaupun Maslinda kawan Abang Rock di pejabat cadangkan suruh pakai nickname akronim Rocky Montana ---RM. Eh eh amboii kemain kau Mas yeee. Haruslah Abang Rock tak mauuu.

Orang kampung Abang Rock pesan, we cant never go wrong with delicious food so Abang Rock rasa first entry ni biarlah pasal makanan,nanti next entries baru kita gossip mossip pasal artis,menteri dan sebagainya. Dua hari lepas, Abang Rock ditugaskan ke Rompin. Jauhnyaaaa Abang Rock rasa sementara nak sampai tu. Tapi bila dah masuk pekan Rompin segar mata sebab kiri kanan jalan dah meriah dengan bendera dacing dan bulan. Ehhh patutlah meriah, pilihanraya kecil Rompin dah tak lama!

Lepas settle kerja-kerja Abang Rock, perkara pertama yang Abang Rock buat ialah bukak apps Foursquare cari restoran udang galah. Time tu dah lewat so limited sikit choice nyaa. Apa-apa pun jemputlah cuci mata tengok santapan Abang Rock malam tu ye.


Haaaaaaa menjejes air liur ke idakkk?? Ya ampun sedap sungguh udang galah sweet sour ni, udang fresh! Ini Abang Rock makan kat Restoran Sepit Biru. Jangan tanya Abang kenapa nama dia Sepit Biru. Mungkin owner dia pangkah Biru agaknya. Ehhh.

Ok itu jelah dulu kot untuk first entry ni. Jangan lupa share entry ni untuk kawan-kawan yang bakal berkampung untuk PRK Rompin nanti. Kalau pegi Rompin tak makan udang galah, macam makan Maggi tak letak perencah. Serrrrr!! 



Till then! :)


Wednesday 22 April 2015

Isu premis komersial boleh jadi gereja - PBT vs Exco kerajaan Negeri Selangor

Untuk makluman adik-adik yang sedang belajar, PBT ni maksudnya pihak berkuasa tempatan. Mereka ni pegawai-pegawai pentadbiran dan bukannya ahli politik. Walau bagaimanapun mereka melaksanakan dasar atau keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli politik melalui perundangan yang berkuatkuasa dan juga peraturan.

Dasar ni pula akan diterjemah kepada penggubalan undang-undang. Undang-undang perlu digubal, diluluskan melalui undian Dewan Undangan Negeri dan diwartakan. Sebarang dasar yang bertentangan dengan undang-undang yang berkuatkuasa maka dasar itu tidak boleh dilaksana. 

Tuesday 21 April 2015

Doa-doa semasa memasak

Dijumpai disebarkan dalam Whatsapp. Bagus bagi mereka yang selalu memasak. Semoga masakan kita mendapat berkat.


Memasak ni sangat penting sahabat2. Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini

Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk para jemaah yang keluar di jalan Allah

Saya nak kongsi adab2 memasak dari mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah menjaga adab masakan pada suami dan anak2

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْ ﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

Isu Premis komersial jadi gereja : Kenyataan Exco Selangor - Elizabeth Wong mengelirukan.

Ni yang aku tak faham, kalau masjid nak beroperasi pun kena ada permit daripada kerajaan negeri macamana Exco Selangor ni boleh kata gereja-gereja boleh beroperasi dalam premis komersial tanpa permit?
Elizabeth Wong, who is the co-chair on the Selangor state committee on non-Islamic affairs (HESI), said MBPJ councillors confirmed at a meeting today with the Community of Praise Petaling Jaya Church representatives, advisors to her state committee and several lawmakers that the previous state committee has been allowing churches to operate in commercial premises without permits since 2008, and that churches only need to notify the committee. 
“This is based on the principle that Article 11 of the Federal Constitution embodies freedom of worship,” Wong said in a statement. Link
Isu lain yang timbul ialah;

Bukan sebuah gereja pun??

Isu yang dikatakan ada unsur hasut menghasut dalam Akta Hasutan. Premis itu rupanya dikatakan bukan sebuah gereja yang sah pun. Gereja yang sah pula perlu mendapat permit daripada Majlis Perbandaran bagi meletakkan simbol keagamaan. 


Tapi ramai dah komen kat media sosial. Ada yang menyokong demonstran dan ada yang menyokong gereja. 

Thing to ponder. Kalau ia bukan gereja yang sah, ia bukan gereja pun pada pandangan undang-undang. Macamana nak dikatakan demonstran itu melakukan hasutan keagamaan sedangkan ia bukan gereja atau tempat ibadah yang sah. Tetapi satu premis yang ada salib dalam komuniti majoritinya Melayu Islam.
Gereja Taman Medan tiada lesen dan tidak pernah mohon permit - MBPJ http://ow.ly/LTcMU
Posted by Astro AWANI on Tuesday, 21 April 2015

Alvin Tan buat hal lagi...

Alvin Tan buat hali lagi, kali ni dia nyanyi 'azan' dalam versinya tersendiri, katanya lagi tujuan rakaman untuk kegunaan masjid-masjid di Malaysia daripada menggunakan suara orang tua yang bersusah payah meneran suara di masjid. Korang tengok la sendiri posting dia kat bawah ni melampau!
Muslim Call to Prayer - Azan (R&B cover)
Have you had your dose of Allahuakbar for the day!? This is dedicated to the one and only true God, Allah s.w.t., peace be upon Him! And please don't badger me about the wrong lyrics... First, this is a cover, so creative modification is permitted. Second, I ain't a suicide bomber aight.My latest goal is to get all mosques in Malaysia to play my cover instead of having them old geezers hunched over the mics, straining their vocal chords and cracking their voices. Let them geezers rest already... preferably in eternal peace.ALLAHUAKBAR! #Islam #ReligionOfPeace
Posted by Alvin Tan 陈杰毅 on Monday, April 20, 2015


Bagi Incik Posmen tak perlulah kita buang masa untuk kecam, keji dan maki hamum kat FB orang gila macam ini. Mmg orang cam ni ada masalah dan attention seeker.

Jadi untuk tak sakitkan hati kit...jom kita ramai-ramai report posting ini.

Macam mana nak report ? Mudah je ...korang follow je steps kat bawah:

1. Klik link
https://www.facebook.com/alvintan.yolo/videos/vb.349352278534849/607803922689682/?type=2&theater

2. Cari Report Video dan Report video


Mudahkan ?  Lagi banyak orang report lagi cepat Facebook keluarkan posting dan suspendkan account mamat ni.  

Jangan lupa sharekan dengan orang ramai.




Edisi siasat : Betul ke Undertaker memeluk agama Islam??


Benda macam ni lah aku menyampah. Bukan menyampah undertaker masuk Islam, kalau betul alhamdulillah. Tapi menyampah yang maklumat yang tak sahih tetapi disebar-sebarkan. Yang akhirnya maklumat yang tidak betul itu memalukan umat Islam sendiri.

Orang kita ni pulak, ada sejenis kelemahan. Terlalu cepat mempercayai satu berita tanpa usul periksa. Memanglah ada peribahasa "kalau tidak angin masakan pokok bergoyang". Tapi kena ingat. Itulah sebab ada konsep zan. Ada konsep prima facie. Tapi tak menunjukkannya betul.

Mungkin ada dalil tetapi dalil itu mungkin sahaja tidak kuat. Dalil yang tidak kuat sangatlah sinonim dengan berita yang tidak benar. Tapi janganlah kita lemah menganalisa berita. 

Aku pun buatlah carian di internet...

Monday 20 April 2015

Apa itu POTA - Undang-undang Keselamatan Negara


Jumpa ini dalam facebook. Grafik yang memberikan penerangan secara ringkas tentang undang-undang keselamatan negara ni.

Kita hidup dalam negara ni kenalah kita ambil tahu mengenai undang-undang apa jenis yang berkuat-kuasa. Sistem kita mungkin tak sama macam negara-negara lain. 

Di Singapura masih ada ISA. Di Amerika ada Patriot Act. Di negara-negara lain sudah tentu ada undang-undang keselamatannya sendiri mengikut sistem mereka sendiri. Ini untuk menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Kalau tak aman macam mana nak bekerja, belajar dan pergi shopping kan.

Friday 17 April 2015

Sujud dalam kitab Bible

http://www.islamnewsroom.com/news-we-need/2354Jews? Christians? & Muslims?All Bowing to the Same God?Everyone knows...
Posted by Yusuf Estes on Thursday, 16 April 2015

Saturday 11 April 2015

Misteri Bigfoot - kompilasi gambar 2015


Kompilasi gambar-gambar yang boleh dianggap sebagai genuine. Orang di Malaysia dulu pernah kecoh dengan bigfoot ni. Di Pahang, orang asli panggil Orang Mawas. Berdasarkan cerita orang di Malaysia, makhluk ni separa ghaib. Itulah sebabnya mungkin susah nak jumpa.

Monday 6 April 2015

Setelah GST : Jurang harga yang ketara di antara dua jenis peniaga!!


Ini dilihat lebih pelik daripada Gerhana Bulan Darah. Ini terjadi setelah perlaksanaan GST, terdapat dua jenis peniaga.

1. Peniaga yang naikkan harga barang selepas GST.
2. Peniaga yang tidak menaikkan harga barang selepas GST.

Sebab kewujudan peniaga mencekik darah inilah wujudnya perbezaan ketara diantara kedua barang jualan tu.

Aku pun jadi pelik, sebab aku suka makan kacang gajus. Aku beli di stesyen minyak ni. Kacang gajus yang selalu aku beli dulu berharga RM3.50 sebungkus. Tiba-tiba selepas GST harganya jadi RM4.00. Itu sudah RM0.50 perbezaannya. Dah 14% kenaikan, sedangkan GST tu kan 6%.

Sunday 5 April 2015

Misteri Gerhana Bulan Darah


Fenomena Gerhana Bulan Darah atau pun dinamakan oleh bidang astronomi sebagai "Tetrad Red Moon" ialah satu fenomena gerhana bulan yang menyebabkan bulan menjadi seolah-olah berwarna darah. 

Perkataan Tetrad itu sendiri bermakna satu kumpulan atau satu set yang terdiri daripada empat bilangan.

Berdasarkan perkiraan NASA, fenomena "Tetrad" akan berlaku pada;
  1. 15 April 2014 
  2. 8 Oktober 2014
  3. 14 April 2015
  4. 28 September 2015
Beberapa fakta menarik berkaitan gerhana bulan darah ini;

Adakah gejala penyakit Diabetes boleh diterbalikkan?


Kata Dr Hyman ya, ia boleh diterbalikkan melalui diet yang tertentu, nutrisi dan sedikit ubat-ubatan.

Dr Hyman adalah seorang doktor perubatan moden yang cenderung kepada functional medication atau perubatan berdasarkan fungsi. Pendekatan ini adalah menggunakan perubatan dan ilmu pengetahuan saintifik untuk mencari punca penyakit dan merawat punca tersebut, bukannya simptom.

Ini adalah sesuatu yang menarik, kerana seorang doktor itu seharusnya mampu untuk menganalisa punca penyakit pesakitnya dan mampu memberikan nasihat dan rawatan yang tepat. Bukannya hanya bergantung kepada buku teks yang dipelajari dan terus prescribe ubat kepada pesakit-pesakit kerana mungkin sahaja simptom-simptom itu tidak menunjukkan penyakit sebenar. 

Apabila seorang doktor itu benar-benar faham dengan ilmu perubatan dan yakin seperti Dr Hyman, sudah pasti dia akan berpegang dengan apa yang diyakinkannya tepat walaupun pandangan itu bertentangan dengan pendekatan perubatan moden. Sekiranya pandangan beliau itu tepat maka akan ramailah pesakit yang dapat kesembuhan atau berubah kepada kondisi yang lebih baik.





Saturday 4 April 2015

PERIHAL SERANGAN TUN DR MAHATHIR - KES ALTANTUYA

SEBAGAI MENGULAS TULISAN TUN DR MAHATHIR

1. Saya melihat serangan daripada ayahanda Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib baru-baru ini sebagaimana yang boleh dibaca melalui blog tulisan Tun itu adalah suatu langkah yang nekad daripada Tun. Sudah tentu beliau mempunyai matlamat tertentu untuk itu.

2. Dalam mencapai matlamat itu, Tun Dr M telah mengungkit beberapa perkara yang dianggapnya kelemahan DSN. Dua perkara yang bolehlah dianggap utama di sini ialah isu Altantuya dan juga isu 1MDB.

Friday 3 April 2015

Bisnes dan Gst : Kesimpulan setakat ini



Bagi rakyat marhain mereka tidak mungkin dapat mengira dengan perkiraan yang begitu kompleks apakah kesan Gst terhadap diri mereka dan impak pula kepada ekonomi negara secara skala besar.

Apa yang mereka tahu adakah teh tarik yang mereka minum di restoran atau kedai minuman pada setiap pagi mempunyai kenaikan harga atau tidak.

Secara mudahnya rakyat dengan mudah dapat memberikan kesimpulan yang macam ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...