Sunday 5 April 2015

Misteri Gerhana Bulan Darah


Fenomena Gerhana Bulan Darah atau pun dinamakan oleh bidang astronomi sebagai "Tetrad Red Moon" ialah satu fenomena gerhana bulan yang menyebabkan bulan menjadi seolah-olah berwarna darah. 

Perkataan Tetrad itu sendiri bermakna satu kumpulan atau satu set yang terdiri daripada empat bilangan.

Berdasarkan perkiraan NASA, fenomena "Tetrad" akan berlaku pada;
  1. 15 April 2014 
  2. 8 Oktober 2014
  3. 14 April 2015
  4. 28 September 2015
Beberapa fakta menarik berkaitan gerhana bulan darah ini;
  1. Berlaku tiga kali dalam tempoh 500 tahun. Dikatakan setiap kali berlakunya fenomena ini akan berlaku pula sesuatu peristiwa yang besar.
  2. Kejadian kali ini berlaku berturutan dalam tempoh 2 tahun.
  3. Tetrad yang berlaku pada 14 April 2014 jatuh bertepatan dengan hari kebesaran kaum Yahudi.
  4. John Hagee menulis buku bertajuk "Four Blood Moons, Something About To Change" yang mengaitkannya dengan kepercayaan Yahudi dan Kristian.
  5. Seorang Rabbi Yahudi yang mistik, Amram Vaknim baru-baru ini menyeru orang-orang Yahudi agar melakukan taubat serta berdoa ketika saat-saat ini. Beliau mendakwa fenomena ini membawa malang kepada orang-orang Yahudi.
  6. Ada juga pendapat daripada kumpulan Kristian yang mendakwa Jesus iaitu panggilan mereka kepada Nabi Isa a.s bakal dikembalikan ke bumi selepas berlakunya fenomena Tetrad. 
Kita lihat mereka yang obses dengan kejadian ini kebanyakannya adalah orang-orang Yahudi dan Kristian. Selain itu juga adalah mereka yang terlibat dalam projek One World Government atau pun Satu Pemerintahan Dunia termasuklah mereka yang mengikuti perkembangan isu ini.

Sedari atau tidak, manusia di atas muka bumi ini sedang hidup dalam suasana dimana pelbagai pihak sedang meramalkan tanda-tanda akhir zaman. Setidaknya pun, jika ada di antara mereka yang tidak mempercayai berlakunya akhir zaman atau pun kiamat, mereka sedang berhitung untuk terjadinya suatu peristiwa yang besar.

Perkiraan mereka adalah berdasarkan ilmu kosmologikal yang mereka warisi dan bangunkan dari satu generasi ke satu generasi. Di dalam Islam mereka ini digelar ahli kitab. Ada juga tafsiran yang menyatakan ahlu zikri atau pun ahli ilmu dalam Al-Quran itu merujuk kepada ahli kitab juga. Iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani yang memiliki kitab terdahulu dan memiliki ilmu pengetahuan.

Sedang kita hidup bersantai-santai, menghabiskan masa berehat bersama keluarga dan sanak saudara di rumah, berhibur, berkelah atau sedang berbual-bual bersama rakan-rakan di kedai mamak, seluruh dunia sedang diprogramkan untuk menuju ke suatu arah. Ini bukanlah sesuatu yang aneh atau karut jika kita menggunakan fikiran dan membuka mata hati melihat apa yang berlaku disekitar kita. Sudah pasti kita dapat mengesan sesuatu sedang berlaku.

Dalam Islam, fenomena gerhana bulan ini adalah kejadian alam yang biasa. Ianya menunjukkan kekuasaan Yang Menciptakan alam itu. Ianya tidak terkait dengan kematian seseorang manusia diatas muka bumi ini. 

Dari Abu Mas’ud RA berkata: Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana disebabkan kematian seorang dari kalangan manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah, apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan keadaan kamu oleh Allah” 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...