Wednesday 22 November 2023

Terjemahan Qunut Nazilah

 

Bacaan Qunut Nazilah. Doa untuk menghadapi dan untuk musuh ditewaskan. Boleh dibaca dalam setiap solat wajib setiap hari. Sehinggalah musuh ditewaskan. Dibaca pada rakaat akhir dalam solat fardu. Seperti qunut waktu subuh.

Selamat menghadapi tahun 2024 dan tahun-tahun selepas itu.

Sunday 2 July 2023

Apabila kau mengaku sebagai seorang wahabi


Aku terbaca lah komen ni di satu platform sosial media. Yang mana semua komentar dari orang-orang international. Kiranya semua menggunakan bahasa Inggerislah. Tajuknya waktu tu ada kaitan dengan agama. Spesifiknya aku tak ingat.

Yang aku teringat sangat dan sehingga saat ni aku ingat sebab agak shocking kan. Ada seorang ni mengaku dari Malaysia dan dia mengaku dirinya wahabi. Aku dapat merasakan orang lain juga terkejut dengan statement dia yang agak berterus terang itu. Mungkin juga agak “lurus”.

Sebab dia mengaku wahabi? Katanya sebab dia ikut Al-Quran dan As-Sunnah. Dan katanya orang lain memanggil dirinya wahabi. 

Sekali dapat LOL dari seantero dunia.

Saturday 29 April 2023

Adakah Ibnu Sayyad itu Dajjal yang dimaksudkan?


                      

Kisah Ibnu Sayyad

Umumnya, semua orang Islam mengetahui wujudnya Al-Dajjal yang dimaklumkan kedatangannya melalui perkhabaran dari hadis-hadis Nabi SAW. Fitnah terbesar kepada umat manusia semenjak Nabi Adam A.S.

Ramai pula tidak mengetahui tentang wujudnya seorang lelaki pada zaman Nabi SAW yang mana para sahabat Nabi SAW malah umat Islam sehingga hari ini berselisih pandangan sama ada ianya Al-Dajjal yang dimaksudkan atau tidak.

Selepas Nabi SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah, di situ terdapat seorang lelaki muda atau seorang budak dari keturunan orang yahudi. Namanya ialah Sofi ibnu Sayyad. Juga boleh dipanggil Sofin. Orang memanggilnya Ibnu Sayyad (Soyyad). 

Ketika itu masih budak yang belum baligh. Ketika itu telah tersebar berita di kalangan para sahabat yang dia itu adalah Al-Dajjal yang direncanakan akan keluar pada akhir zaman.

Rasululullah SAW sendiri tidak diberikan oleh Allah dengan ilmu tentang hakikat budak lelaki ini, adakah dia Al-Dajjal atau pun bukan.

Para sahabat dan orang Madinah ketika itu takut dan amat khuatir dengan budak ini. Budak aneh yang mempunyai keupayaan luar biasa seolah-olah seorang dukun, penyihir, ahli ramal dan dikatakan mempunyai hubungan serta berinteraksi dengan para syaitan yang membantunya dengan berita-berita tentang masa depan seseorang.

Ahli sejarah pula tidak dapat mengesan secara pasti salasilah keturunan yahudi yang dinisbatkan kepada Ibnu Sayyad ini. Tidak juga nasab Arabnya jika ada. Terdapat dakwaan dari Ibnu Sayyad sendiri yang beliau serta anaknya adalah dari Bani Najaz, tetapi Bani Najaz sendiri bersumpah atas mimbar Nabi SAW yang Ibnu Sayyad bukan dari kalangan mereka. 

Di sini asal usul Ibnu Sayyad itu menjadi misteri.


Perihal Nabi SAW menguji Ibnu Sayyad

Tuesday 7 February 2023

Salamun salamun ka miskil khitam ( سَلَامٌ سَلَامٌ كَمِسْكِ الْخِتَامْ) Nasyid Inteam


Dari lirik nasyid yang disampaikan, bolehlah kita memahami ia disampaikan oleh seorang penuntut, pelajar, murid dan ditujukan kepada sekalian gurunya yang bertempat di Wadi Aqid, Madinah. Lirik nasyid menunjukkan rasa kasih, penghormatan dan terima kasih dari seorang pelajar kepada jasa guru-guru menjadikannya seorang yang berilmu.

Orang-orang yang berilmu (agama) yang dikenali sebagai ulama adalah pewaris para Nabi sebagaimana maksud hadis. Guru-guru atau para ulama pula mengajar dan melahirkan manusia yang berilmu dan menjadi lapisan tenaga pengajar kemudiannya kepada generasi akan datang.

Orang yang berilmu mempunyai darjat yang lebih tinggi dari yang tidak punya ilmu. Oleh yang demikian untuk melahirkan orang yang berilmu adalah jasa yang sangat besar dan mendapat ganjaran yang besar juga khususnya di akhirat kelak.

Secara umumnya nasyid ini boleh ditujukan kepada semua guru-guru tak kira apa jua bidang dan di mana jua mereka berada. Kerana jasa mereka mengangkat darjat murid atau pelajar tak kira di dunia ini mahu pun di akhirat.

Nasyid yang digunapakai bagi lirik ini boleh didapati di sini.


 سَلَامٌ سَلَامٌ كَمِسْكِ الْخِتَامْ

(Ucapan) Salam, Salam sebagai sewangi-wangi penutup


عَلَيْكُمْ اُحَيْبَابَنَا يَا كِرَامْ

Ke atas kalian kekasih-kekasih kami

Wahai yang dimuliakan

3x

Saturday 21 January 2023

Lirik Rahmatun Lil Alamin رحمة للعالمين Rahmat Bagi Sekalian Alam : Maher Zain

 



Perkataan Rahmatun lil alamin ni biasa kita dengar dan ramai yang maklum maknanya adalah Rahmat sekalian alam. Rahmat sekalian alam ini ditujukan kepada Nabi junjungan SAW. 

Ianya bukanlah rahmat biase-biase, untuk memahami itu kita perlu belajar dan mengaji ertinya. Itu adalah perjalanan ilmu masing-masing.

Di dalam nasyid pun sudah kerap ia disampaikan dalam bentuk lirik dan makna yang indah dan mendalam. Apatah lagi disampaikan dalam melodi yang sampai, kena pada makna dan mendapat rasanya.

Maqam Nabi kita adalah hakikat kehambaan. Baginda adalah kekasih Allah dan pada satu tafsiran, alam ini diciptakan atas benchmark baginda. Itulah maksud alam ini diciptakan untuk Nabi Muhammad SAW.

Melalui rasa yang hadir, kita ditarik untuk mencicipi sedikit atau tempias itu. Kerana diantara kita dan benchmark tersangat jauh. Yang paling rugi ialah yang rasa sedikit pun tak dapat.

Bagi mereka yang mengikuti kumpulan tertentu, biasa membidaahkan orang Islam yang lain tu, sila semak balik modul kumpulan anda. Adakah modul Ihsan diajar dalam apa jua bentuk?

Kalau takde, itulah pati ajaran Nabi yang ditinggalkan walaupun kumpulan ini mendakwa mengikut sunnah. Kalau Ihsan sudah tiada, engkau nak pergi mana.

Dalam pada tu untuk video lagu/nasyid ini boleh lihat di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...