Friday 22 May 2015

Bisnes : Cerita Rebranding Produk #RMK11



Sempena RMK11 ni aku nak tulis tentang rebranding lagi. Dulu aku ada tulis pasal rebranding produk di sini. Aku fikir sebagai rakyat Malaysia mestilah aku nak contribute kepada pembangunan dan kemajuan negara. 

Aku tak nak lah jadi tukang kritik semata-mata. Itu tak betul ini tak betul. Macamlah kalau aku jadi pemimpin semua aku magic kan. Ataupun yang memperjuangkan agenda atau ideologi pelik yang menjahanamkan negara. Makanya, aku harap melalui penulisan inilah aku berikan sumbangan yang tak seberapa ni.
Zaman ni kan kita tengok dalam negara kita ramai bisnesmen gunakan konsep rebranding ni. Ini kita dapat lihat pada produk-produk yang kita nak beli. Contohnya satu kilang keluarkan satu produk yang sama tapi brand lain-lain. 

Satu brand berbeza harga dengan brand yang lain. Berbeza harga tu hanyalah sebab kekuatan pada nama brand itu sahaja. Kat bawah ni kita boleh lihat satu contoh produk macam tu. Dua produk ini adalah dijual oleh outlet yang sama.

Cuba lihat apa perbezaannya. Satu berharga di bawah RM50
manakala satu lagi berharga di atas RM50.
Ada juga kes produk sama tapi sebab diletakkan dalam outlet yang branded harganya dah berbeza. Mungkin ada yang kata itu sebab ada kos sewa kedai. 

Macam sapa pernah pergi Sabah di Pasar Filipin tu, harga produk mutiara yang sama adalah berbeza jika kita beli di dalam premis di tepi pantai tu dan di sebelah belakang hotel tempat pasar malam. Dah tentulah di tempat pasar malam tu lebih murah. Tetapi siapa yang membaca artikel ini dan nak pergi pasar tu kenalah berhati- hati dengan keselamatan diri. 

Pembuka zip daripada mesin kilang yang sama
dengan printing brand yang berbeza.
Apabila aku peratikan kekadang tu bukanlah sebab sewa kedai yang jadi faktor tetapi samada peniaga tu sanggup atau tidak menaikkan harga atau menurunkannya.

Konsep rebranding ni dia tujukan kepada pembeli yang sanggup mengeluarkan duit yang lebih disebabkan kerana nama atau brand. Brand ada kemungkinan seiring dengan kewujudan kualiti. Tapi tak lah semua yang tak branded tu takde kualiti.

Teka mana brand-brand tadi. Aritu aku tanya promoter tu
apasal harga lain-lain padahal keluar dari kilang yang sama dia pun terdiam,
last sekali dia jawab sebab brand bang. Saje nak test kann..
Katakan satu kilang keluarkan satu produk yang bermutu. Contohnya sekarang ni orang cari tempered glass (handphone screen protector) untuk cover handphone. Takde kontrak untuk menjualkannya kepada pihak tertentu so semua boleh borong. Yang beli mungkin ada yang jual semula dalam outlet yang branded dengan branding tertentu tetapi ada juga yang akan jual di kedai-kedai biasa atau pun dekat stand je. Benda sama tapi harga lain-lain.

Design dan moulding yang sama
Kalau harga beza sedikit takpelah kan. Pembeli marhain tak kesah. Tapi kalau mark up tak ingat punya, hanya semata-mata sebab branding produk atau brand kedai dah tentulah harganya mahal dan menghakis jumlah besar pendapatan kita.

Oleh tu bagi rakyat marhain, mungkin nak berhati-hati berbelanja. Perlulah membuat pilihan yang bijak. Pilihlah kedai yang tidak mark-up harga semata-mata kerana brand. Bahagian daripada pendapatan kita itu bolehlah kita belanjakan kepada benda lain yang menjadi keperluan. 

Buat perspektif nasional pula, rebranding produk ni sangat-sangatlah menjana ekonomi jika kita berjaya pasarkan produk ke pasaran antarabangsa. 

Apple.. Apple.. Siapa nak beli Apple.. 
Apple murah bang.. 
(Ada ke jadi macam ni?)

Pak Long

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...