Wednesday, 27 August 2014

Cerita Rebranding Produk

Yang aku faham rebranding ni nak jadikan satu benda tu ada nilai-nilai brand. Kenapa nak ada nilai-nilai brand?
Kita tengok brand-brand yang siap ada di pasaran. Brand untuk outlet makanan macam KFC, Mc Donald, Secret Recipe, Kenny Rogers, Sushi King, Coffee Bean dan lain-lain.

Kalau macam hand phone pulak, Iphone Apple, Samsung, Nokia, Motorola dan sebagainya.

Apa ada pada brand?

Jenama Jam

Ada orang taksub kepada brand tertentu. Dia rasa bangga dengan brand tertentu. Sanggup mengeluarkan kos yang besar untuk memiliki satu produk dari brand yang diminatinya. Fikirkan, kenapa orang pakai jam? Sebab nak tengok waktu kan!

Tapi kenapa ada orang hanya bayar RM100.00 untuk jam yang dipakainya tetapi ada pula orang lain membayar sehingga RM5,000.00 malah ada yang lebih untuk sebuah jam? Itulah penangan branding! Sedangkan akhirnya semua yang pakai jam tu dapat melihat waktu yang sama!

Aku ni tak banyak duit, jam pun jenis murah je. Tapi member-member yang loaded ni, pakai jam branded yang mahal-mahal. Jam yang mahal-mahal ni banyak dari Switzerland.  Dalam kelompok jam Swiss pula ada kasta-kasta lagi. Senang cerita dia ada kasta agak murah (murah dia ni mahal sangat dah bagi aku), sederhana dan mahal mengikut brand tertentu. Sekali kita tengok seolah-olah satu brand tu jadi mahal sebab lebih berkualiti berbanding brand lain. Tahukah anda jam-jam yang mempunyai fungsi sama, tetapi berbeza brand dan harga dikeluarkan oleh kilang yang sama?

Food Outlet

Satu lagi, tahukah anda tentang kos sebenar makanan fast food yang anda makan dan minum? Seorang penggemar kopi yang tulen sanggup menghabiskan wang minimum RM10.00 untuk secawan kopi yang memang kaw di sebuah outlet franchise.. Sedangkan total kos pembuatannya hanyalah RM1.00 lebih sahaja.

Dengan brand orang jadi bangga, minat, excited, puas hati, sedap dan seronok. Dengan brand juga orang mengaitkannya dengan kualiti. (Macam aku ni suka beg Camel, asal beg Camel je aku sangka beg tu kualiti).



Adik member aku pernah tunjukkan satu topi Timberland. Abang dia yang lain hadiahkan bila balik dari US. Kata abang dia kat US, dia orang bagi sales maka dapatlah beli dengan harga USD 5 dollar sebijik. USD 5 dolar tu kali 4 (rate anggaran waktu tu) jadilah RM20.00 satu topi. Bayangkan dengan harga itu outlet boleh dapat untung  lagi.

Aku pun pergilah tengok topi Timberland kat outlet dalam Negara ni, aku tengok kualitinya agak kurang sedikit berbanding topi dari US tu. Tapi harga??? Tak perlulah aku cerita kat sini, anda bolehlah pergi ke outlet tu dan tengok sendiri. 

Topi lain kan ada. RM20.00 atau kurang boleh kita beli, tapi kenapa orang sanggup beli topi Timberland? Sebab nama Timberland tu..

Rebranding-kan produk kita

So apa yang aku faham, untuk jadikan business kita ada kelas, kita kena buat rebranding atau penjenamaan semula. Rebranding adalah bagi tujuan mengangkat martabat produk atau servis yang kita berikan.

Pertama sekali produk dan servis yang kita berikan mestilah berkualiti betul. Janganlah bila customer datang ke outlet kita, barang-barang takde kualiti. Kalau jual jagung rebus, janganlah jual jagung yang direbus semalam, dah dua kali rebus. Tak sedap dah walaupun aku suka jagung rebus.(waaaaaaa.. semalam aku terbeli jagung tu. Padanlah gerai kau tak ade customer)


Jagung yang dua kali rebus.

Kedua, bila dah ada kualiti, kita bagi marketing baik punya. Sebab kualiti sahaja orang tak tahu pun tak laris juga. Marketing ni seni. Kita kena belajar daripada brand-brand yang dah establish. Tengok macamana Coca-cola buat advertisement. Tahap psiko punya.

Kalau produk kita dah ada brand, tak payahlah kita berteriak panggil customer kan? Ada ke orang KFC berteriak KFC.. KFC.. sapa nak beli? Tapi customer sentiasa datang je sebab dah famous.

Ok.. Semuanya Usaha, Doa dan Tawakal. Kalau buat habis baik tapi tak dapat izin Yang Maha Menjadikan tak jadi juga kan.


Tips

Untuk pembaca artikel ni, aku bagi tips. Berdasarkan kefahaman rebranding ni, kita dah faham barang-barang kualiti kadangkala tak famous. Ada manufacturer kasut yang ambik kontrak buat produk-produk berjenama dan mereka terikat dengan perjanjian tertentu.

So tak lehlah nak jual kasut-kasut tu kat kedai sendiri. Tapi manufacturer ni ada kedai-kedai sendiri. Tak banyak. Satu tempat tu aku ada jumpa dua kedai. Corok dan low profile. Ada satu kedai tu, sekali tu terjual juga satu dua kasut brand Ca***. Bila aku datang berbulan lepas tu dia orang tak nak jual dah. Untuk company yang order saja katanya.

Satu lagi kedai tu pakai jenama sendiri. Yang pakai jenama sendiri ni sebenarnya kualiti dia sama macam brand terkenal di pasaran. Malah kalau dia tukar nama dengan brand terkenal tertentu, orang pasti nak beli.

Ok fikirkan. Satu kasut yang branded di pasaran berharga RM300.00 tanpa sales. Selepas sales 50%, jadilah RM150.00.

Tetapi anda boleh dapat harga yang lebih rendah daripada harga diskaun itu di kedai-kedai ini untuk kasut dengan kualiti yang sama!! Kasut kulit, hand-made lagi.


 Nampak tak jenamanya tu..hahaha..

Artikel oleh kawan incikposmen.

(Sapa nak tau lagi tentang kedai-kedai kasut ni sila tanya incikposmen di facebook)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...