Anda ingin merakam aksi selfie di Menara Berkembar Petronas. Dengan gaya selfie tersebut anda ingin dilihat berlatarbelakangkan KLCC. Inilah caranya.
Anda pergi sebelah Menara yang menghadap jalan besar (Bukan sebelah Suria KLCC).
Air pancut ini menunjukkan garisan lurus bagi tujuan selfie anda. Kalau anda masuk ke dalam air tersebut di tengah-tengah kolam, anda berada di tengah-tengah garisan selfie paling ngetop. Tapi sebab anda tak mahu carik pasal, anda terpaksa memilih lokasi di sebelah hujung sana. Nampak tak?
Anda pun berjalan ke hujung kolam air pancut itu. Kelihatan makcik pelancong tengah berdiri di tengah-tengah garisan selfie yang ngetop seperti di dalam gambar. Ini dinamakan selfie berdiri.
Jadilah seorang yang bijak mengatur stategi, maksudnya di sini berada di tempat selfie paling strategik. Dengan bijaknya, makcik pelancong tadi membuat aksi selfie kedua dengan berada tepat ditengah-tengah garisan untuk berada seimbang di antara dua menara. Aksi kedua ini dinamakan selfie duduk.
Selamat berselfie di Menara Berkembar Petronas @ Petronas Twin Tower.
No comments:
Post a Comment