Bayangkan, inilah satu tempat idaman para
pengkaji paranormal. Sebabnya anda tak susah-susah dah nak pergi dalam hutan,
belukar, kuburan lama atau rumah banglo kena tinggal. Anda hanya perlu pergi ke
shopping mall yang cukup selesa untuk mencari dan menangkap gambar-gambar
hantu.
Ceritanya shopping mall berhantu ini telah
viral mulanya di kenduri-kenduri diikuti beberapa artikel dari blog serta
posting twitter yang tersebar. Kononnya pembinaan shopping mall ini asalnya
terbengkalai disebabkan kehadiran beberapa makhluk halus yang menggangu kerja-kerja
pembinaan. Ikut cerita yang tersebar dari mulut ke mulut pula, seorang cina
pekerja kontraktor telah melihat 10 makhluk halus ini yang menghalang
pekerja-pekerja pembinaan.
Bahagian shopping mall yang masih
lagi dalam kerja-kerja pembinaan.
Shopping mall ni kalau dari luar nampak
lengang. Sebab aku tak dapat parking sebelah luar, so aku pun terpaksa parking kat
basement.
Keadaan dalam shopping mall pun agak lengang.
Tapi ianya penuhada banyak outlet makanan dan kedai-kedai. Dalamnya agak cantik
juga, maklumlah shopping mall baru.
Senanglah kalau pengkaji-pengkaji paranormal nak beli barang-barang keperluan. Giant ada kat sini. Juga nampak agak lengang.
Male toilet ada cermin |
Ok, setakat ni aku mendapati shopping ni agak lengang, tapi bukanlah tak ada pengunjung langsung. Basement tadi agak 80% juga full. Ada juga keluarga yang berkunjung membeli-belah. Samada mereka tak takut hantu ataupun tak kisah pun dengan hantu zaman ni. Shopping mall tak ramai orang pun relax juga kita nak shopping. Senang sikit nak makan tak beratur panjang kat fast-food outlet tu.
Pengkaji-pengkaji paranormal kalau nak menginap, ada hotel bersebelahan. Aku tengok tempat macam ni lagi best daripada duduk dalam banglo tinggal sebab nak cari hantu. Tempat macam tu kan banyak nyamuk, nak makan pun susah.
Kesimpulannya, setakat ni aku tak jumpalah hantu-hantu ataupun terjadinya kejadian-kejadian pelik semasa aku singgah kat sini.
Oleh kawan incikposmen
No comments:
Post a Comment