Saturday, 12 September 2026

Doa anti malas, kelemahan dan dibelenggu hutang dan dikuasai oleh orang lain

 


Sudah tentu kita mahu menjadi seorang yang produktif, tidak kiralah sama ada dalam urusan dunia mahu pun sebagai bekalan di akhirat. Menjadi produktif dengan mengeluarkan hasil kerja yang mendatangkan banyak manfaat kepada diri kita dan orang lain.

Tetapi terdapat halangan kepada sifat produktif ini seperti kekurangan kepada 3 sifat iaitu ilmu, motivasi dan kudrat. 


Kurang ilmu

Kurangnya pengetahuan, maklumat atau bagaimana cara untuk melakukannya. Jika tidak tahu bagaimana hendak buat dan mendatangkan hasil.


Kurangnya motivasi/kehendak

Jika tahu tetapi tiada motivasi atau kehendak dalam diri untuk menggerakkannya tak jadi juga. Kerana perbuatan itu dimulakan dengan niat untuk melakukannya.

Antara sebab lemah atau kurangnya motivasi ialah perasaan kecewa dan sedih. Tidak kiralah ia membabitkan urusan yang terlibat atau tidak. 

Contoh urusan yang terlibat ialah bila seseorang itu ada projek dan apabila melaksanakan langkah pertama yang perlu dibuat kemudian didapati gagal. Kemudian dia jadi sedih kecewa dan berputus asa untuk mencuba buat kali kedua dan seterusnya.

Contoh urusan yang tidak terlibat atau terkait ialah seperti seseorang putus cinta dengan kekasih yang telah bertahun-tahun bercinta. Rasa sakit hatinya itu dalam keadaan sedih dan kecewa menyebabkan semua urusan peribadi atau pun kerja tidak dapat dilakukannya. 

Atau semata-mata rasa malas. Jika hanya tidur atau pasif, sudah tentu tidak produktif. 

Kadang-kadang pula kita takut untuk menyatakan kebenaran atau memberikan pandangan disebabkan takut dipersalahkan oleh rakan sepasukan. Sedangkan kita tahu maklumat itu penting untuk pasukan mencapai matlamat. Jika itu satu sifat yang tetap ia dipanggil pengecut. 


Kurangnya kudrat

Mungkin seseorang itu ada ilmu dan kesedaran. Ada pula rasa dalam dirinya dia perlu melakukan sesuatu urusan yang mendatangkan satu manfaat. 

Tetapi terdapat kurang dari segi kudrat dan kemampuan. Misalnya seseorang yang hendak membuat penulisan zaman ini memerlukan satu laptop bagi melakukan kajian, mencari bahan atas talian dan menyimpan penulisan. Laptop itu perlu dibeli dengan duit. Duit itu pula memerlukan kepada kemampuan kewangan.

Atau rasa lemah badan mungkin sebab kurangnya zat pemakanan yang boleh mendatangkan rasa tidak segar atau kuat untuk melakukan kerja.


Halangan lain

Jika dibelenggu hutang juga menjadikan kemampuan kewangan kita terhad dan terganggu. Sedangkan banyak urusan memerlukan kepada perbelanjaan dan bajet. 

Ada masa dan ketika, kudrat orang lain juga boleh menghalang produktiviti kita. Atas sebab-sebab tertentu orang lain menghalang kita daripada melakukan satu manfaat atau memaksa kita membuat satu pekerjaan yang mendatangkan mudarat. Mungkin ada orang lain melakukan penindasan terhadap kita. 

Untuk kita memaksimumkan produktiviti dan mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan halangan-halangan, kita pun mengamalkan doa khusus sebagaimana yang telah diriwayatkan seperti berikut;


اللَّهُمَّ  إِنِّي  أَعُوذُ  بِكَ  مِنَ  الْهَمِّ  وَ الْحَزَنِ

Ya Allah sesungguhnya aku, aku berlindung dengan Engkau 

dari keresahan dan kesedihan


وَ أَعُوذُ  بِكَ  مِنَ  الْعَجْزِ  وَ الْكَسَلِ 

Dan aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan dan kemalasan


وَ أَعُوذُ  بِكَ  مِنَ  الْجُبْنِ  وَ الْبُخْلِ

Dan aku berlindung dengan Engkau dari sifat pengecut dan kedekut


 وَ أَعُوذُ  بِكَ  مِنْ  غَلَبَةِ  الدَّيْنِ  وَ قَهْرِ  الرِّجَالِ

Dan aku berlindung dengan Engkau dari beban hutang 

dan penindasan lelaki/ manusia


Riwayat al-Bukhari daripada Anas bin Malik رضي الله عنه.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...