Showing posts with label Macbook Air. Show all posts
Showing posts with label Macbook Air. Show all posts

Tuesday, 17 October 2017

Macbook Air 11" yang memang legend

Gambar Wiki
Kebanyakan kawan aku ni aku tengok kalau nak beli laptop tu mesti ada mentaliti gamers.

1. Skrin nak luas.
2. Storan GB nak besar.
3. RAM nak tinggi.
4. Ada kad game yang powerful supaya dapat gerakkan enjin game yang up to date.

Padahal dia orang ni dah bekerja dan beranak pinak. Entah bila masa pula dia orang ni main game.

Sebenarnya itulah mind set yang telah terbentuk dalam kebanyakan orang kita generasi baru ini apabila membeli sebuah laptop. Ramai yang tidak sedar-sedar akhirnya pilihan laptop yang dibeli tidak praktikal dan akhirnya menjadi alat mainan anak-anak untuk bermain game.

Sedangkan tujuan asal membeli laptop untuk menambah keberkesanan dan produktiviti telah hanyut di laut dalam.

Friday, 18 November 2016

Adakah anak-anak yang tidak score UPSR tak pandai?

UPSR
💡💡💡

Sebenarnya pandangan pakciklah. Kebijaksanaan itu berjenis-jenis. Ukuran kepandaian di sekolah ini hanyalah pada peringkat akademik. Ronaldinho pemain bola sepak Brazil itu seorang yang genius tetapi kegeniusan dia itu tidaklah dalam memilih jawapan yang tepat di antara a) b) c) atau d).

Tetapi Ronaldinho mempunyai tahap skill dan bermain bola yang berada di tahap genius. Tidak semua orang memiliki kepandaian seperti ini. Tak semua orang juga ada duit banyak macam dia yang dibayar tinggi untuk bermain bola.

Ronaldinho adalah pemain bola terbaik dunia (Noktah)
Dalam sejarah politik tanah air pula, ada tokoh terkenal yang diketahui pencapaian akademiknya tidak memberangsangkan tetapi telah menghuru-harakan satu Malaysia dengan tipu helahnya yang sangat berbakat. Sebaliknya yang mendapat CGPA tinggi pun kalau selalu keluar sitcom rajalawak, orang gelar pelawak juga. Macam Mr Bean. Dia ada Master in Engineering.

Kau ado?

Friday, 25 December 2015

Sesuaikah Student Pakai Macbook Air?


Soalan yang bagus. Ada sorang tu tanya google soalan ni.

Ada sekali tu aku duduk kat satu cafe dengan macbook aku ni kan, ada sorang pelayan lelaki ni. Rasanya macam kerja part time waktu cuti sekolah je dia ni. Tanya berapa harga macbook aku pakai ni. Hmm.. aku kecewa sikit nak jawab waktu tu. Sebab masa aku beli, harga bersih dia bawak 3k. Tau tak 3k tu apa. 3 ribu. 

Kira RM2,999lah ketika tu. Mahal atau tidak ia subjektif. Makanya kalau student, tengok bajet masing-masinglah. Kalau Fund International FaMa tu besar, beli 6 - 7k pun ko takde masaelahnye kan.. Kalau student bajet sederhana mungkin bersusah payah sikitlah.

Tapi itu waktu tu. Percaya tak selepas satu artikel dikeluarkan oleh incikposmen pasal macbook ni kan, lepas tu harga dia naik. Hampeh tul.. patut semakin lama semakin turunlah harga. Padahal pesaing dia waktu tu Sony dah turun rege dah. Dia naik pulak..! Adakah sebab artikel tu. 

Sesuaikah student pakai macbook air? Kenapa ko tanya sesuai? Apa yang ko cari selain dari Windows?

Saturday, 16 May 2015

Macbook baru dah masuk Malaysia ( New Macbook 2015 ) Satu Pandangan Awal.

Sekali pandang, memang nipis. Macam bukan laptop. Macam tablet dengan keyboard yang disediakan. Oh my God. Itulah reaksi aku apabila kali pertama melihat Macbook baru ini. 

Yang aku pelik takde pulak announcement dia launch benda ni. Last sekali aku pergi Low Yat baru-baru ni pun, dia orang kata tak tau bila masuknya Macbook baru ni. Bila aku jalan-jalan weekend ni terjumpa pulak.

Macbook baru ni 12". Dia tak masuk kategori Air dan tak masuk pula kategori Pro.

Tengok gambar perbandingan sedikit dengan Macbook Air 11". Nampak skrin dia lebih besar daripada 11" walaupun nampak macam sama kecik. 

Saturday, 27 September 2014

Belajar dari Apple – Keistimewaan Macbook

Aku nak tunjukkan satu benda ja, Macbook Apple. Aku memang pakai Macbook Apple dan aku dapati “laptop” Apple ni sangat praktikal.

Sampai ketika aku bawak Macbook ni dalam satu worksyop dulu, ada seorang rakan business aku menyindir aku dengan perkataan “Apple Fanboy”. Selama memakai Macbook Apple ni itulah pertama kali aku mendengar perkataan “Apple Fanboy”. Sebabnya aku pakai Macbook bukan sebab aku taksub kepada Apple. Aku tak pernah memiliki Iphone pun. Betul.. tak ada. Kalau brand, aku lebih cenderung kepada Toshiba. Laptop aku dulu Toshiba. Water boiler, hardisk dan mesin basuh aku Toshiba.

Tapi kenapa aku pakai Macbook sekarang? Inilah beberapa kelebihannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...