Tuesday, 15 September 2026

Sifat 7 : Sifat 3 pertama - fungsi mengesahkan makna, perkaitan dengan sifat 3 kedua

 


Apabila seseorang melihat sesuatu atau mendengarnya maka akan terhasil dalam dirinya makna. Sesuatu itu mungkin objek yang dilihat atau perkataan yang didengar. 

Jika sesuatu bunyi itu bukanlah membentuk kalimah yang mempunyai makna ia masih lagi memberikan makna secara tidak langsung iaitu sesuatu telah berlaku dengan satu entiti/objek telah mengeluarkan bunyi.

Sesuatu itu diproses di dalam diri untuk difahaminya. 

Sunday, 13 September 2026

Sifat 4 : Kelebihan mengingati mati

3A

Ada yang takutkan nombor empat kerana dikaitkan dengan perkataan mati. Sehinggakan nombor 4 digantikan dengan 3A, 14 dengan 13A dan seterusnya.

Tidak hairanlah jika itu datangnya dari satu pihak yang tidak beriman dan itu fahaman dan pilihan mereka. Tetapi yang menghairankan ialah jika ada umat Islam pun takutkan nombor 4. Sehinggakan sama perangai menganggap apa-apa yang mengingatkan kepada mati itu suwei, malang, berakhirnya keuntungan dan lain-lain yang negatif. 

Sedangkan Nabi SAW itu menganjurkan sentiasa mengingati mati. Apabila ada anjuran sedemikian maka sudah tentulah ada manfaatnya. 

Maka apakah manfaat dan kelebihan amalan mengingati mati ini?

Saturday, 12 September 2026

Doa anti malas, kelemahan dan dibelenggu hutang dan dikuasai oleh orang lain

 


Sudah tentu kita mahu menjadi seorang yang produktif, tidak kiralah sama ada dalam urusan dunia mahu pun sebagai bekalan di akhirat. Menjadi produktif dengan mengeluarkan hasil kerja yang mendatangkan banyak manfaat kepada diri kita dan orang lain.

Tetapi terdapat halangan kepada sifat produktif ini seperti kekurangan kepada 3 sifat iaitu ilmu, motivasi dan kudrat. 


Kurang ilmu

Kurangnya pengetahuan, maklumat atau bagaimana cara untuk melakukannya. Jika tidak tahu bagaimana hendak buat dan mendatangkan hasil.


Kurangnya motivasi/kehendak

Jika tahu tetapi tiada motivasi atau kehendak dalam diri untuk menggerakkannya tak jadi juga. Kerana perbuatan itu dimulakan dengan niat untuk melakukannya.

Antara sebab lemah atau kurangnya motivasi ialah perasaan kecewa dan sedih. Tidak kiralah ia membabitkan urusan yang terlibat atau tidak. 

Contoh urusan yang terlibat ialah bila seseorang itu ada projek dan apabila melaksanakan langkah pertama yang perlu dibuat kemudian didapati gagal. Kemudian dia jadi sedih kecewa dan berputus asa untuk mencuba buat kali kedua dan seterusnya.

Contoh urusan yang tidak terlibat atau terkait ialah seperti seseorang putus cinta dengan kekasih yang telah bertahun-tahun bercinta. Rasa sakit hatinya itu dalam keadaan sedih dan kecewa menyebabkan semua urusan peribadi atau pun kerja tidak dapat dilakukannya. 

Atau semata-mata rasa malas. Jika hanya tidur atau pasif, sudah tentu tidak produktif. 

Kadang-kadang pula kita takut untuk menyatakan kebenaran atau memberikan pandangan disebabkan takut dipersalahkan oleh rakan sepasukan. Sedangkan kita tahu maklumat itu penting untuk pasukan mencapai matlamat. Jika itu satu sifat yang tetap ia dipanggil pengecut. 


Kurangnya kudrat

Mungkin seseorang itu ada ilmu dan kesedaran. Ada pula rasa dalam dirinya dia perlu melakukan sesuatu urusan yang mendatangkan satu manfaat. 

Tetapi terdapat kurang dari segi kudrat dan kemampuan. Misalnya seseorang yang hendak membuat penulisan zaman ini memerlukan satu laptop bagi melakukan kajian, mencari bahan atas talian dan menyimpan penulisan. Laptop itu perlu dibeli dengan duit. Duit itu pula memerlukan kepada kemampuan kewangan.

Atau rasa lemah badan mungkin sebab kurangnya zat pemakanan yang boleh mendatangkan rasa tidak segar atau kuat untuk melakukan kerja.


Halangan lain

Jika dibelenggu hutang juga menjadikan kemampuan kewangan kita terhad dan terganggu. Sedangkan banyak urusan memerlukan kepada perbelanjaan dan bajet. 

Ada masa dan ketika, kudrat orang lain juga boleh menghalang produktiviti kita. Atas sebab-sebab tertentu orang lain menghalang kita daripada melakukan satu manfaat atau memaksa kita membuat satu pekerjaan yang mendatangkan mudarat. Mungkin ada orang lain melakukan penindasan terhadap kita. 

Untuk kita memaksimumkan produktiviti dan mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan halangan-halangan, kita pun mengamalkan doa khusus sebagaimana yang telah diriwayatkan seperti berikut;

Wednesday, 2 September 2026

Mengamati alam melalui sifat 7 dan lain-lain sifat, kepentingan dan manfaatnya.

 

Perlu diingatkan perbahasan berkaitan sifat-sifat di sini bukanlah ditumpukan kepada sifat-sifat qadim atau sifat Yang Maha Pencipta sebagaimana disyarah dan dibahas dalam modul Sifat 20 atau 13. Tetapi lebih ditumpukan kepada sifat makhluk khususnya sifat insan itu sendiri. 

Namun, sudah tentu ada perkaitan dengan sumbernya sifat-sifat qadim secara langsung atau tidak langsung. Hakikatnya sumber segala sifat baharu adalah dari Yang Maha Pencipta segala-gala. 

Jika diputuskan pertalian antara sifat baharu dan qadim boleh jadi binatang semua. Menyokong teori semua berasal dari kera. Bertepuk tanganlah puak-puak tu.

Ditumpukan kepada sifat-sifat baharu kerana umat Islam itu sendiri melupakan dan mengabaikan sifat-sifat baharu ini walaupun ulama-ulama Islam telah mengkaji dan mengumpulkannya dalam bentuk modul. Sudah tentu ia menjadi satu kepentingan kepada umat.

Mengamati sifat-sifat baharu seperti sifat 7, sifat 5, sifat 4, sifat 2 dan seterusnya bermakna mengamati alam itu sendiri. Bahkan bukanlah pemerhatian yang biasa-biasa kerana sifat-sifat yang diamati itu adalah sifat-sifat induk dan utama. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...