Showing posts with label Diabetic. Show all posts
Showing posts with label Diabetic. Show all posts

Monday, 1 February 2016

Kajian Klinikal : Khasiat dan Kelebihan Gam Arab Untuk Diabetes dll




Ada yang menamakannya sebagai gam arab, gam pokok akasia, manna dan Acacia senegal. Ia adalah getah pokok akasia yang membeku.


Ada yang mengaitkannya dengan makanan yang dipanggil al-manna. Al-manna ialah nama salah satu daripada dua makanan yang diturunkan kepada umat Nabi Musa a.s iaitu Al-manna dan Salwa. Namun demikian, kesahihan perkaitan itu memerlukan kajian lebih lanjut.

Walaubagaimanapun, sudah banyak testimoni yang menunjukkan khasiat makanan gam arab ini. Apa yang lebih menarik ialah beberapa kajian klinikal telah dibuat terhadapnya dan membuktikan secara saintifik mengenai mengenai khasiat gam arab dari segi perubatan. Khususnya bagi penyakit diabetes dan jantung.

Gam Arab juga mempunyai gred tertentu.
Gambar Wiki - By Gixie 
Apakah khasiat dan kelebihan gam arab atau arabic gum ini?

Sunday, 5 April 2015

Adakah gejala penyakit Diabetes boleh diterbalikkan?


Kata Dr Hyman ya, ia boleh diterbalikkan melalui diet yang tertentu, nutrisi dan sedikit ubat-ubatan.

Dr Hyman adalah seorang doktor perubatan moden yang cenderung kepada functional medication atau perubatan berdasarkan fungsi. Pendekatan ini adalah menggunakan perubatan dan ilmu pengetahuan saintifik untuk mencari punca penyakit dan merawat punca tersebut, bukannya simptom.

Ini adalah sesuatu yang menarik, kerana seorang doktor itu seharusnya mampu untuk menganalisa punca penyakit pesakitnya dan mampu memberikan nasihat dan rawatan yang tepat. Bukannya hanya bergantung kepada buku teks yang dipelajari dan terus prescribe ubat kepada pesakit-pesakit kerana mungkin sahaja simptom-simptom itu tidak menunjukkan penyakit sebenar. 

Apabila seorang doktor itu benar-benar faham dengan ilmu perubatan dan yakin seperti Dr Hyman, sudah pasti dia akan berpegang dengan apa yang diyakinkannya tepat walaupun pandangan itu bertentangan dengan pendekatan perubatan moden. Sekiranya pandangan beliau itu tepat maka akan ramailah pesakit yang dapat kesembuhan atau berubah kepada kondisi yang lebih baik.





Wednesday, 13 August 2014

Kajian terkini 2014, kesan produk Diabegard ke atas pesakit Diabetes

Insulin tumbuhan

Kajian klinikal telah dilakukan menggunapakai produk untuk Diabetes yang telah sedia ada di pasaran negara iaitu Diabegard. Produk Diabegard adalah dalam bentuk pil. 

Diabegard adalah satu produk berasaskan peria yang terkenal dengan unsurnya (Polypeptide-K) yang mempunyai manfaat untuk menurukan kadar gula dalam darah. Kaedah ekstrak unsur ini daripada peria telah ditemui oleh Dr Pushpa Khanna daripada India berdasarkan hasil kajian beliau selama 35 tahun. Dr Pushpa Khanna telah menerima hadiah Nobel dari hasil kajian beliau tersebut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...