Sejarah kopi
Dalam buku The Coffee Book,
ditulis bahawa biji kopi pertama kalinya digunakan oleh orang-orang Afrika
zaman dahulukala. Namun demikian penggunaannya bukanlah untuk minuman tetapi
sebagai makanan atau yang lebih tepat sebagai suplemen. Biji kopi diadun
bersama buah berry serta dicampurkan dengan lemak haiwan. Mereka mengambil
suplemen ini sebelum pergi berperang dan ianya menimbulkan rasa yang hebat maka
pahlawan-pahlawan afrika ini semakin bersemangat untuk menewaskan musuh.
