Apabila kita membaca berita mengenai kemalangan di jalan raya sudah tentu ia menyedihkan dan tragik. Apatah lagi yang melibatkan kehilangan ibu-bapa, anak kecil menjadi yatim piatu, kehilangan adik beradik akibat kemalangan.
Bermacamlah pula punca kemalangan yang berlaku. Samada kecuaian diri sendiri atau orang lain. Mungkin juga kerosakan teknikal kepada kereta atau keadaan jalan.
Sudah tentu kita tidak mahu ia berlaku kepada diri kita dan keluarga. Kita hanya boleh berikhtiar mencari asbab selamat. Membaca doa adalah ikhtiar yang paling utama diiringi dengan bertawakal.
Bagaimana pun kemampuan kita mengawal kenderaan ia tidak terlepas daripada berlaku kemudaratan jika takdir menghendakinya.
Sebaliknya bagaimana buruk pun keadaan yang berlaku ia tidak mendatangkan kemudaratan jika tidak diizinkan oleh olehNya.
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَٰذَا وَ مَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
Maha Suci yang menggerakkan bagi kami ini (kenderaan) dan tidak adalah kami baginya (sebagai) orang-orang yang mampu mengawalnya
وَ إِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
Dan sesungguhnya kami kepada Tuhan kami pastilah (ل)
(sebagai) orang-orang yang kembali (kepadaNya)
--------
DOA MENGELAK KEJADIAN TIDAK DIDUGA/DISANGKA
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَ قُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَ أُحَاذِرُ
Aku berlindung dengan Allah dan sifat QudratNya dari keburukan/kejahatan apa yang aku dapati dan aku khuatir
Antara kejadian yang tidak diduga dan dikhuatiri ialah gangguan mistik di dalam perjalanan seperti lintasan dan sebagainya. Asalnya adalah ruqyah yang boleh dibacakan kepada anggota badan yang sakit.
--------
BACAAN KETIKA MENEMPUH JALAN BASAH, HUJAN,
AIR BAH, BANJIR DALAM PERJALANAN
بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَ مُرْسَاهَا
Dengan nama Allah, perjalanannya dan perlabuhannya (perhentiannya)
atau boleh juga
Dengan nama Allah, ia belayar/berjalan dan berlabuh/tiba
<>--<>--<>
JAPDGDAI,DKAYHQHSNHBAH

No comments:
Post a Comment