Friday, 26 June 2026

Sifat 7 : Mengamati sifat 3 pertama (Sama', Basar dan Kalam) serta manfaatnya


Kita namakan 3 pertama sebab kita lihat tanda-tandanya pada wajah kita apabila memandang ke cermin atau pun memandang orang lain. Apabila kita bercakap dengan orang lain kita memandang ke arah wajahnya dan bukan kepada tangannya, kakinya atau pun bahunya.

Pada satu segi ianya hanyalah berdasarkan konteks perbahasan dan sebagai kaedah rujukan. Kerana boleh juga 3 sifat + 1 (Hidup, Ilmu, Kehendak dan Kuasa) itu dilihat 3 pertama jika dilihat dari sudut yang lain.

Pandangan dari sisi ilmu tadbir atau ilmu pengurusan (manusia/makhluk)

2 Sifat dari 3 ini,  Sama' (Pendengaran) serta Basar (Penglihatan) ini terkait dengan sumber kepada ilmu bagi manusia. Samada dia mengetahui itu dengan mendengar maklumat atau pun dia melihat dengan mata sendiri apa yang boleh menjadi maklumat tersebut. 

Mendengar maklumat

Boleh jadi kita mendengar maklumat tersebut melalui perbualan (kalam) dan belum melihat apa yang digambarkan melalui perbualan tersebut.

Sifat 4 : Melihat sifat Awal, Akhir, Zahir dan Batin


Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir,

dan Yang Zahir serta Yang Batin,

dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 

Surah Al-Hadid (57:3) 

---------------- 

Di dalam dunia ini, anda boleh berselisih pendapat tentang adakah Tuhan itu wujud. Jika Tuhan wujud bagaimanakah rupanya dan hakikatnya.

Zaman ini kita boleh melihat perbincangan itu di internet secara terbuka. Golongan yang mempercayai Tuhan akan membincangkan sifat-sifat Tuhan mengikut agama atau kefahaman mereka. Golongan Atheis yang tidak mempercayai Tuhan juga akan memberikan hujah kenapa Tuhan itu tidak wujud pada pandangan mereka. Maka manusia tidak sepakat untuk mengiktiraf kewujudan Tuhan.

Namun demikian, tiada siapa yang boleh menafikan kewujudan unsur atau sifat awal, akhir, zahir dan batin. Kerana ianya adalah fitrah bahawa manusia itu wujud sebelumnya ia tiada. Setiap sesuatu di dalam dunia akan rosak dan binasa termasuk manusia itu. Manusia juga ada sifat dalaman dan luarannya.

Pada satu segi bermula (awal) dan berakhir (akhir) itu adalah penzahiran kepada apa yang batin. 

Friday, 5 June 2026

Sifat 7 : Mengamati 3 sifat, (ilmu, berkehendak, qudrah) serta manfaatnya




Apabila ulama-ulama termasuklah ulama salafus-soleh telah mengenalpasti 7 sifat utama daripada pembacaan Al-Quran dan kefahaman melalui periwayatan hadis maka sudah tentu ianya bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Dengan mengamati 7 sifat pada diri sendiri yang bermula, berakhir, bersusun-susun mengambil ruang dan memerlukan satu kepada yang lain manusia itu dapat mengenali 7 sifat qadim yang tiada bermula dan berakhir, cukup dengan diri sendiri dan tiada keperluan kepada yang lain.

Dalam kehidupan seharian, kita boleh mengamati 3 sifat iaitu ilmu, irodah (berkehendak) dan qudrah (kuasa) pada diri kita sendiri yang bersifat baharu (lawan kepada sifat qidam) dan mendapati manfaat dan kegunaanya.

Setiap satu daripada 3 sifat itu boleh merujuk kepada beberapa dan banyak variasi makna secara langsung atau tidak langsung.

1. Ilmu : Pengetahuan, pengalaman, fikiran, pandangan, pendapat, kesedaran dan lain-lain.

2. Kehendak : Keinginan, nafsu, motivasi, memutuskan, suka dan benci dan lain-lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...