Showing posts with label Dr Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Dr Mahathir. Show all posts

Tuesday, 1 March 2016

Komen Terbaik - Isu Tun Dr Mahathir Keluar Dari UMNO


Saya bersetuju dengan pendapat blogger Zamkata (DS Zainudin Maidin), seorang yang Pro- Tun. Komen terbaik dari politician setakat ini datang daripada DS Zahid Hamidi. Link Zamkata.

Memetik kata-kata DS TPM dalam Berita Harian seperti link di sini.

"Saya secara peribadi menghormati keputusan dan segala yang telah diputuskan oleh Tun M, namun saya fikir beliau akan mempertimbangkan semula keputusan itu apabila tiba masanya kelak.
"Saya yakin beliau masih sayangkan UMNO, saya yakin...tentunya beliau maklum adanya beliau sebagai Perdana Menteri yang lama memerintah adalah disebabkan sokongan dan dokongan daripada kepemimpinan dan ahli UMNO.
"Beliau pemimpin lama dan tentunya pendirian itu harus kita hormati, namun saya amat yakin satu hari nanti Tun M akan kembali ke pangkuan UMNO," katanya.
Sebagai seorang pemimpin Islam dan melayu, DS Zahid telah memberikan contoh adab yang baik kepada seorang bekas PM, guru dan tokoh kepada rakyat Malaysia dan malah kepada bukan rakyat Malaysia. Walaupun tindakan Tun telah memilih satu keputusan yang khilaf dengan pendirian politik beliau.


Monday, 29 September 2014

NEGARA ISLAM (I.S.) - Tun Dr Mahathir

Gambar dulu-dulu.
1. Di Iraq satu gerakan Sunni sedang melanggar dan menawan sebahagian yang tidak kecil dari negara itu. Kita membaca berita bahawa pasukan ini berjaya merampas wilayah ini dengan menewas tentera Iraq.
2. Pasukan IS ini adalah begitu ganas sehingga sanggup menembak mati askar Iraq yang beragama Islam yang ditawan. Kita dapat lihat dalam media alternatif bagaimana tawanan mereka dipaksa duduk sederet dan satu demi satu ditembak dari belakang dan jatuh tersungkur.

Wednesday, 24 September 2014

Kisah bisnes : The Loaf – Singgah di kedai Roti Tun Dr Mahathir.



Sebelum salah seorang author Incikposmen ni cari pasal dekat blog Che Det baik aku buat courtesy visit kat salah satu bakery Tun Dr Mahathir. Yang ni dekat  Pantai Cenang, Langkawi. 

Nak juga aku rasa makan rasa makan roti-roti bakery Tun ni. Apa kelebihan kedai roti Che Det ni?

Saturday, 6 September 2014

Tarikh 7 September... Mengingati Sejarah “Dawn Raid”

Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London 
pada 1981.



Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.


Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...