Apabila ulama-ulama termasuklah ulama salafus-soleh telah mengenalpasti 7 sifat utama daripada pembacaan Al-Quran dan kefahaman melalui periwayatan hadis maka sudah tentu ianya bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Dengan mengamati 7 sifat pada diri sendiri yang bermula, berakhir, bersusun-susun mengambil ruang dan memerlukan satu kepada yang lain manusia itu dapat mengenali 7 sifat qadim yang tiada bermula dan berakhir, cukup dengan diri sendiri dan tiada keperluan kepada yang lain.
Dalam kehidupan seharian, kita boleh mengamati 3 sifat iaitu ilmu, irodah (berkehendak) dan qudrah (kuasa) pada diri kita sendiri yang bersifat baharu (lawan kepada sifat qidam) dan mendapati manfaat dan kegunaanya.
Setiap satu daripada 3 sifat itu boleh merujuk kepada beberapa dan banyak variasi makna secara langsung atau tidak langsung.
1. Ilmu : Pengetahuan, pengalaman, fikiran, pandangan, pendapat, kesedaran dan lain-lain.
2. Kehendak : Keinginan, nafsu, motivasi, memutuskan, suka dan benci dan lain-lain.
3. Qudrah : Kudrat, tenaga, kuasa, kemampuan, keupayaan, kemahiran, kebolehan dan lain-lain.
Satu makna itu mungkin adalah satu sifat sahaja atau pun gabungan 2 atau 3 sifat seperti perbuatan membuat satu keputusan melibatkan pengetahuan, penentuan dan juga bidang kuasa.
| Nasi Kerabu yang sedap dan berkualiti dibuat oleh Chef berpengalaman, mempunyai skill kemahiran serta mempunyai motivasi yang tinggi. |
Satu-satu hasil kerja atau produk yang berkualiti telah melalui tertib ilmu, irodah dan qudrah. Seperti apabila kita makan satu hidangan yang berkualiti seperti Nasi Kerabu di atas, kita memahami Chef atau tukang masak itu telah menghasilkannya menggunakan pengalaman, motivasi serta kemahiran yang tinggi.
Penyediaan bahan-bahan resepi dalam konteks ini bolehlah dimasukkan dalam konteks qudrat, iaitu menetapkan elemen-elemen yang boleh memberikan kesan kepada kesedapan dan kualiti produk yang dihasilkan.
Setiap hari kita menemui 3 sifat ini pada diri kita dan juga orang lain sekeliling kita. Maka mereka menjadi cerminan diri kita dan diri kita menjadi cerminan kepada mereka.
Apabila melihat seseorang sedang melakukan satu urusan maka 3 sifat ini sedang aktif dalam dirinya. Jika ia dilakukan secara tertib maka urusan itu cenderung kepada hasil yang baik. Jika tidak secara tertib seperti buat dulu kemudian baru tahu apa yang dia buat, kemungkinan besar hasilnya tidak baik.
Seseorang pengurus atau pentadbir sentiasa melihat 3 elemen ini jika menyelia atau menguruskan satu-satu kumpulan.
Adakah kumpulannya mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk melakukan tugas?
Adakah kumpulannya mempunyai mindset yang betul?
Apakah tahap motivasi kumpulan dalam satu-satu masa?
Adakah ketua kumpulan membuat keputusan dengan berkesan jika diperlukan?
Adakah ahli kumpulan mempunyai skill kemahiran yang sewajarnya?
Adakah kumpulan mempunyai peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan?
Apabila 3 elemen ini dalam tahap yang tinggi pada satu-satu masa maka secara sunnatullahnya mutu kerja atau produk yang dihasilkan adalah di tahap yang terbaik.
Samada kita sedar atau tidak, 3 sifat dan 7 sifat seluruhnya ini berulang-ulang setiap masa dan setiap hari.
Jika 3 sifat pada wajah manusia (melihat/mata, mendengar/telinga dan berkata-kata/lidah) diambilkira sebagai 3 sifat pertama maka 3 sifat ini pula yang kedua. Begitulah sebaliknya bergantung kepada bagaimana anda memandangnya.
Insya Allah kita akan melihat kepada 3 sifat pertama pula selepas ini.
والله اعلم
Artikel berkaitan
JAPDGDAI,DKAYHQHJALWBSBNDNBAHMOH

No comments:
Post a Comment