Sunday 8 February 2015

Unsur satanism dalam industri muzik barat.


Aku ingat Macbook aku kena virus sebab aku post pasal komen seseorang tentang Hollywood haritu. Sebab Malware tu datang lepas itu. Ada corelate atau tidak aku tak tahu.

Tapi untuk menyemarakkan lagi keadaan aku post pulak dia punya terjemahan dalam bahasa Melayu. Ini supaya semua orang yang mungkin kurang faham Inggeris boleh baca dan fahamkan.

Sebenarnya isu Hollywood ini dah lama orang bincangkan. Mungkin di Malaysia agak kurang sedikit. Tapi aku berpandangan komen seseorang ni agak bagus dalam menyimpulkan apa sebenarnya berlaku dalam industri muzik dan hiburan daripada Hollywood ini. Dia juga ada ceritakan pengalamannya dengan orang-orang penting dan artis terkemuka dalam industri hiburan.

Kemudian mungkin kita terfikir adakah kita hendak anak-anak kita menonton tv, dengar muzik atau pun filem-filem daripada Hollywood ini dan menerima kesannya. Tetapi komen beliau sebenarnya lebih kepada industri muzik.

Klik dibawah untuk membacanya.



Terjemahan daripada posting asal.

Saya terjumpa artikel ini ketika mencari maklumat berkaitan (di internet), dan ia adalah sangat menarik dan juga digarap dengan baik. Saya dahulunya, adalah seorang yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan pemuzik rock. Walaupun artikel ini telah diterbitkan tahun lalu, (disini) saya ingin menambah cerita (peribadi) saya.

Anda meminta (pandangan) orang lain yang mempunyai pengalaman dengan mana-mana selebriti dan industri hiburan ini. Saya bukanlah seorang yang terkenal, tidak pernah jadi terkenal pun sepanjang pembabitan saya. Tetapi, saya mempunyai peluang untuk melihat dari sudut berbeza (mengenai industri hiburan ini), iaitu sejak seorang kanak-kanak lagi.

Saya ada seorang datuk, yang mengikut sejarah hidupnya beliau adalah seorang yang terkenal, dan dalam pada masa yang sama adalah seorang ahli kepada Pertubuhan Freemason/Masonry (pertubuhan rahasia besar).

Keluarga saya sebelah datuk itu, mempunyai jalinan istimewa dengan kumpulan illuminati tersebut, dan saya dari awal kanak-kanak lagi, berpeluang untuk berkawan dengan bintang-bintang besar dalam aliran muzik Rock. Sekarang ini barulah saya sedar, bahawa saya telah dipersiapkan (sejak dari awal kanak-kanak itu). Saya fikir mereka percaya saya dimiliki ciri-ciri yang selayaknya menjadi seorang selebriti yang besar.

Sejak sebelum remaja lagi, saya telah digalakkan, untuk mengejar populariti dan hampir setiap minggu saya telah menyertai rancangan (hiburan) televisyen tempatan. Saya juga telah mengambil satu kelas nyanyian yang diajar oleh seorang pengajar juga guru kepada selebriti-selebriti terkenal yang berasal dari bandar saya tempat saya tinggal. 

Selain guru kelas itu, ada juga seorang lelaki lain yang memiliki satu perniagaan (dalam industri hiburan). Beliau bekerja untuk kumpulan utama dan label rekod. Beliau sentiasa memeriksa dan memantau perkembangan pelajar-pelajar kepada guru ini dan beliau tidak teragak-agak untuk melamar mana-mana pelajar untuk dijadikan artis. Pada akhirnya beliau menjadi ejen saya atas cadangan guru saya itu.

Saya boleh percayakan guru itu, dan dia adalah seolah-olah rakan kepada keluarga saya, (yang saya anggap juga) seperti bapa saudara. Tetapi (lain pula) kepada lelaki yang menjadi ejen saya itu. (Yang mana) ayah saya sendiri memanggil beliau secara literalnya sebagai “iblis/lucifer”.

Saya pun tidak ingat bagaimana ianya boleh terjadi sedangkan bapa saya sendiri tidak membenarkan ejen itu menelefon saya, atau saya bekerja untuk beliau. (Di tangan ejen itu) saya telah terjebak dengan pengalaman yang hitam dan terlibat dalam kultus misteri. Ejen saya itu berusaha memberikan saya apa juga yang saya mahu. Sehinggalah satu tahap dimana beliau meminta saya untuk tidur dengan beliau dan juga isterinya sendiri, pada ketika itu saya mula berasa takut dan menjauhkan diri. Saya di saat itu masih lagi seorang dara.

Kemudiannya seorang ejen lain telah menemui saya, dan melaluinya saya telah menyertai sebuah band muzik bertaraf dunia. Gig pertama kami adalah untuk bintang-bintang selebriti besar di kawasan bandar. Ejen itu memberitahu saya penyanyi terkenal band itu memilih saya kerana saya adalah comel. Penyanyi itu adalah seorang lesbian dan beritahu saya bahawa saya adalah miliknya. Saya ketika itu baru berusia 15 tahun. Saya telah menarik diri dan akibatnya saya telah dipecat daripada band kerana didakwa melanggar kontrak. (Saya) dibuang kerja, tetapi masih (terlibat dalam industri)…

Ejen saya yang berikutnya saya temui di New York. Beliau langsung tidak berminat dengan muzik saya tetapi telah menyediakan beberapa iklan untuk muzik saya. Namun, saya diingatkan untuk bayar jika mahu buat setiap persembahan. Saya gagal mencapai matlamat dan keluar dari New York terus kembali ke bandar tempat asal saya. Yang juga, sebuah bandar besar bagi industri muzik.

Saya tidak pernah beritahu ibu bapa saya mengenai apa yang terjadi kerana saya tidak mahu mereka meminta saya berhenti.
Dengan menggunakan networking sedia ada, saya berhasil menubuhkan sebuah band. Band itu adalah dianggotai oleh wanita kesemuanya dan mereke sangat profesional dan mempunyai jadual persembahan untuk enam bulan. Malang bagi saya, saya kemudiannya telah diminta (oleh keluarga) untuk menghadiri kelas “Scientology”.

Selepas itu saya kembali berurusan dengan ejen pertama saya dengan bantuan ayah saya. Manusia yang ayah saya dipanggil, “lucifer” itu. Dia terus meletakkan saya dalam sebuah band besar, mendapatkan saya kelas peribadi untuk meningkatkan kebolehan bermain gitar saya yang biasa-biasa ini. 

Saya memang khuatir dengan sikap kelucahan melampau dia, tetapi kali dia berjaya menjebakkan saya dalam pengambilan dadah dan menonton filem lucah. Namun demikian saya tidak pernah mempunyai hubungan seks dengannya.

Dalam musim panas, saya telah pergi ke London. Di sana saya telah ditemui oleh seorang seorang ahli industri muzik yang sangat terkenal, yang ada kaitan dengan The Beatles. Sejak itulah saya mula terjebak secara serius dalam dadah, seks, dan rock dan roll. 
Saya telah terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini, dan lebih jauh lagi saya telah terlibat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Freemason dan Illuminati. Walaupun saya tahu ia adalah urusan iblis, ia seperti permainan mistik kepada saya seperti mengalami pengembaraan Tour Misteri Magical secara realistik.

Saya telah berjumpa dengan seseorang bernama Faul. Walaupun saya faham dia ni bukanlah ahli yang asli, tetapi dia mempunyai satu kuasa atau kebolehan yang pelik. Sukar untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada saya apabila berada di hadapannya. Saya merasakan hati saya benar-benar berhenti untuk beberapa saat, dan kemudian sesuatu yang menakutkan yang berlaku. Tidak kepada saya, tetapi dia. Jika dia meletakkan tangannya ke atas tangan saya tiba-tiba dia akan mengeletar dan terus menjauhi diri saya.
Sejak itu dia akan memaki hamun saya sekiranya berjumpa. Saya hanya berumur 17 tahun pada ketika itu, saya fikir tidak ada sebab untuk dia untuk takut atau membenci saya.

Jika saya menulis apa yang berlaku dalam musim panas itu pasti ceritanya penuh sebuah buku. Tetapi di sini saya hanya ingin meringkaskan mengenai perkara penting yang saya nak ceritakan.
Saya juga telah terlibat secara lebih serius. Saya telah digelar dengan nama samaran “alice” oleh orang-orang ini. Mereka adalah dari satu kumpulan yang saya gelarkan sebagai “kelab”. Urusan Freemason/Illuminati yang mereka lakukan saya namakannya sebagai “permainan”.

Apabila saya pulang dari London, ejen saya mendapatkan saya satu band baru. Juga dia telah menemukan saya dengan seorang gitaris yang hebat walaupun tidak popular. Saya juga diberitahu, olehnya, bahawa dia telah diupah untuk melakukan hubungan sulit dengan saya.

Saya amat mencintai "ejen” baru saya itu dan sekarang ini barulah saya sedar inilah individu yang dinamakan sebagai handler (pengendali). Saya bersedia untuk berbuat apa-apa untuknya. Namun demikian ia berakhir dengan begitu menyakitkan sebab dia mengupah seorang lelaki untuk mempunyai hubungan sulit dengan saya kerana isterinya cemburu (jika dia sendiri membuat hubungan). Ini dia lakukan untuk menjaga kepentingan dia dalam industri hiburan. Saya telah terjebak dalam seks dan dadah sehingga merosakkan kehidupan saya.

Dia ada banyak hubungan dengan band-band muzik terkenal dan juga orang besar dalam industri hiburan. Saya tidak mahu mendedahkan namanya atau bagaimana dia terkait dengan industri bagi melindunginya dan keluarga. Apa yang saya hendak ceritakan ialah melaluinya saya dapat mengenali sifat syaitan industri muzik. Bagi saya ini bukanlah cerita dongeng.

Waktu itulah saya bertemu dengan John Lennon dalam satu keramaian. Walaupun orang mengatakan dia sedikit sombong dan sukar untuk bersosial dengannya, ketika itu dia telah berbual dengan saya. Saya melihat dia seorang yang sedikit pemalu tetapi nakal. 

Lantas saya menulis kepada dia satu nota yang mengandungi sajak, bahan-bahan dan simbol-simbol kultus Freemason. Kerana saya tahu itu (dapat menarik perhatian dia dan) membuka pintu. Saya juga masukkan nombor telefon saya dan diakhiri dengan pernyataan cinta saya kepadanya. Saya masukkan nota itu dalam poketnya.

Tak lama kemudian dia menelefon saya, tetapi ketika itu dia sangat mabuk dan perkataannya begitu kesat. Tetapi dalam pukul 4:00 pagi dia telefon balik dan dia menjadi seorang yang berbeza, dia jadi sangat baik.

Saya ketika itu menyedari yang saya sedang dilatih dan dipersiapkan oleh ejen saya dan juga mereka yang terlibat dalam industri (untuk menjadi seorang superstar). Tetapi anehnya, Lennon mendorong saya kepada jalan yang berbeza. Dia seolah-olah sangat kecewa dan khuatir dengan apa yang berlaku dalam industri muzik.

Dia menyukai saya tetapi tidak pernah meniduri saya. Dia menghubungi saya beberapa kali dalam seminggu semata-mata untuk berbincang mengenai perkara-perkara pelik (yang ditemuinya dalam industri muzik). Dia bercakap seolah-olah dia telah merasakan satu kebebasan dan menjadi insan yang sebenar, walaupun secara dalaman dirinya telah rosak. Dia merasakan dengan mendekati saya dia mendapat satu kekuatan, yang alasannya dia tidak dedahkan. Dia selalu menyifatkan dirinya seolah-olah askar veteran perang Vietnam. Dan dia sememangnya berkelakuan sebegitu setiap kali dia menelefon saya. Selalunya apabila dalam keadaan mabuk.

Dia benar-benar merayu kepada saya untuk tidak meneruskan aktiviti muzik. Dia tidak pernah membantu saya dalam aktiviti muzik saya dan sangat marah jika dia tahu saya membuat persembahan muzik.

Dialah yang mendedahkan mengenai kejahatan industri muzik. Apa yang diceritakan itu sekarang ini telah ramai yang tahu tetapi pada zaman itu orang ramai akan beranggapan ia adalah cerita rekaan semata.

Saya selalu beranggapan dia (Lennon) menjadi mangsa trauma akibat penyalahgunaan dadah yang berlebihan dan juga akibat menjadi terlalu terkenal. Dia mempunyai dual personaliti. Apabila dia sedang waras, dia adalah seorang yang sangat baik terhadap saya. Iaitu seorang yang tidak pernah cuba untuk mengajak saya berbuat perkara yang tidak bermoral apatah lagi cuba meniduri seorang remaja bawah umur seperti saya. 

Dia tidak pernah bercerita mengenai Paul (anggota The Beetle) kepada saya malah apa jua yang berkaitan dengan The Beetle. Jika dia menghubungi saya, saya dipinta untuk memperlakukannya seperti orang biasa (dan bukannya seorang superstar).

Dia memperlakukan saya seperti rakan remajanya di luar industri muzik, walaupun saya sendiri dilatih dan dipersiapkan untuk menjadi seorang artis. Saya sedar ianya agak tidak realistik, tetapi mungkin itulah percubaan dia untuk menyelamatkan saya. 

Mungkin juga dia cuba menebus dosa besar yang dia dah lakukan.
Saya juga sedar yang ramai orang mengatakan Michael Jackson itu seorang yang jahat dan tidak bermoral (terhadap remaja). Tapi saya berpandangan apa yang Michael buat dengan mendekati kanak-kanak remaja samalah seperti John Lennon buat terhadap saya. Saya juga ada rakan yang pernah menjadi salah seorang remaja yang pernah mendekati Michael Jackson. Saya tak fikir rakan saya itu dicabul atau diapa-apakan olehnya. Michael Jackson sanggup menempah penerbangan untuk membawanya daripada Los Angeles dan ketika sampai di bandar, satu limousine akan dihantar menjemput rakan saya itu.

Rakan saya itu mengatakan Michael seorang yang sangat baik. Dia juga menasihatkan supaya jangan menyertai industri muzik. Sedangkan rakan saya itu adalah seorang yang sedang dilatih dan dipersiapkan untuk menjadi pemuzik terkenal. Malah dia dilatih oleh mereka yang terhebat dalam industri.

Saya rasa Michael sendiri yang menjadi mangsa, pernah dicabul/dirogol atau diapa-apakan kemudian akhirnya dibunuh (apabila dewasa). Reputasi beliau juga telah dirosakkan. Pada pandangan saya, dia mungkin telah melalui pengalaman yang teruk sehingga telah rosak (jiwanya), sampai satu tahap dia sendiri tidak tahu apa batasan yang perlu dijaga ketika bersama kanak-kanak remaja ini. Mungkin sahaja dia pernah membuat perlakuan seksual dengan sebahagian remaja walau pun bukan dengan rakan saya itu.
Saya dan rakan saya itu mempunyai persamaan iaitu kami berpeluang berkawan dengan superstar terkenal dunia, yang menjadi impian kanak-kanak remaja.

Bagaimana Michael Jackson kemudiannya terbunuh, sama macam John Lennon pada waktu itu, setahun selepas saya mengenalinya. Peristiwa itu telah mengakibatkan saya mengalami tekanan perasaan yang teruk. Saya terpaksa dimasukkan ke dalam hospital selepas seseorang memberikan saya ubat psikiatrik. Kesan ubat itu saya mengalami pengalaman berada luar jasad, merasa berada 22 kaki tinggi di udara, halunisasi seolah-olah berada di planet lain dan juga pengembaraan masa.

Setelah pulih, saya kembali menyambung penglibatan saya dengan band muzik yang lain. Tetapi saya masih mengalami halunisasi yang dahsyat atau boleh juga ianya satu realisasi alam lain. Dahsyatnya sehingga tidak sanggup saya perkatakan disini. Atas sebab itu jugalah saya dimasukkan kembali ke hospital. 

Hospital menyangka saya mengalami schizophrenia. Ianya adalah sebab yang munasabah dan mungkin saya menghidapinya. Tetapi akhirnya mereka merumuskan yang ia adalah schizophrenia yang berlaku berpunca daripada dadah. Saya kemudiannya menjalani rawatan detox dan rehabilitasi bagi membebaskan dari semua pengaruh dadah dan akhirnya kembali ke dunia realiti.

Semasa dalam pengaruh schizophrenia, saya dapat melihat dari segi lain, hakikat unsur keiblisan iaitu semasa dirasuk (ketika aktiviti seni muzik). Saya juga dapat melihat apa yang dilakukan oleh mereka yang memegang kuasa dalam industri muzik. Saya kemudiannya tidak memperdulikan pengalaman yang seperti mimpi ngeri ini. Walaupun mungkin itulah hakikat sebenar apa yang dikejar oleh mereka yang berada dalam indusri ini.

Saya membuat keputusan untuk sambung belajar, seterusnya mendapatkan ijazah dan menjadi seorang profesional. Sebelum saya menamatkan pengajian, saya kembali ke mentor yang juga bekas ejen saya. Yang ayah saya panggil “lucifer’ itu. Ini kerana, saya masih menyayangi dia sebagai individu dan rakan. Hubungan kami ketika itu hanyalah sebagai kawan-kawan lama, kerana pada usia 20-an, saya bukan lagi seorang yang di bawah pengurusannya.

Dia masih cuba memujuk saya dengan band baru, sehingga sanggup meletakkan saya dalam band yang dia tengah usahakan dengan bantuan orang-orang besar dalam industri. Satu resepi yang diformulasikan untuk berjaya. Saya menolak permintaannya.
Saya cuba menjadi seorang pengganut Kristian yang taat, dan terlibat dalam aktiviti keagamaan, jadi antara pertemuan terakhir kami berlaku apabila dia jatuh sakit, dan saya berada di sana menemani dia.

Satu hari, saya datang untuk melawat dan ketika itu dia menonton Madonna membuat persembahan di televisyen. Secara di luar jangka, dia melemparkan sesuatu pada saya, menjerit bahawa yang membuat persembahan itu sepatutnya saya, tetapi, saya adalah malas, dan tidak bersyukur, dan 'f-kup "… 
Dia suruh saya meninggalkannya, dan saya tidak pernah melawat lagi …

Saya kini boleh memahami bagaimana segelintir anak muda dilatih dan dipersiapkan (untuk menjadi artis) sehingga menjadi rosak akhlak, terdedah kepada lunsur ucah, dadah dan aktiviti menyembah syaitan tetapi semua itu dilihat sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Ianya dilihat seperti sesuatu yang boleh diterima apatah lagi melibatkan motivasi untuk mendapatkan pengaruh dan populariti itu sangat menyeronokkan.

Saya berharap (pembaca) tidak beranggap saya hanyalah semata-mata bercakap besar apabila menyebut nama-nama artis terkenal seperti Paul-Faul Macca dan John Lennon. Nama mereka memanglah berada di tahap yang tinggi dalam industri hiburan tetapi hakikatnya mereka hanyalah catur-catur kepada pihak yang lebih atasi.

Saya rasa Paul itulah asal yang menjadi asas adunannya. Sebab artis-artis lain macam JayZ dan Kanye menggelarkannya dengan “G” yang asal dan mereka sangat menyanjunginya.

Berdasarkan pengalaman saya tadi, bolehlah saya simpulkan Paul sememangnya berperanan sangat besar (dalam industri ini). Saya tidak tahu siapakah yang berjaya menggantikannya. Jika ada saya tidaklah berasa terkejut. Saya rasa peristiwa kemalangan kereta adalah satu eksperimen yang disengajakan bagi orang ramai yang menyanjunginya. Ia adalah upacara Freemason. Malah peristiwa yang melibatkan kematian seperti ini adalah upacara yang mereka lakukan di peringkat antarabangsa. 

Mereka melakukan sesuatu yang sangat memberikan kesan kepada orang ramai bagi meruntuhkan akhlak mereka, tetapi pada masa yang sama mereka bersembunyi di balik tadbir.
Saya telah dibesarkan dalam suasana illuminati-MKULTRA atau apa jua gejala dalam industri muzik. Saya sendiri berasa sangat pelik  kerana terselamat dan berada dalam bidang berbeza.
Dari posisi saya sekarang, saya bersyukur kerana saya melihat bukan saya yang berada di atas pentas persembahan itu.

Saya tidak pernah menyanyi lagi sejak 20 tahun lampau. Dengan pengalaman saya itu saya kini langsung tidak dapat menikmati muzik moden kerana dapat melihat terlalu banyak manipulasi dan unsur keiblisan terkandung di dalamnya. Ini juga kerana ia memberikan kesan ketakutan PTSD dan menghilangkan mood saya.

Banyak yang saya telah pelajari, dan juga melalui pengalaman orang lain seperti dalam blog ini.

Baguslah beban itu telah diangkat daripada dada saya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...