Wednesday, 18 February 2015

Bila diberi 3 pilihan.

Soalan:

Jika anda dituduh di mahkamah atas pertuduhan jenayah. Anda mengetahui diri anda tidak bersalah. Anda yakin anda mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk membela diri. Anda mempunyai saksi-saksi yang ramai yang boleh memberikan kenyataan di mahkamah bahawa anda di tempat yang lain ketika jenayah itu berlaku. Anda mempunyai pasukan peguam bela yang handal-handal.

Anda diberikan 3 pilihan... Mana satu pilihan anda?


1) Memberikan kenyataan dalam dock membela diri anda. Anda boleh bercakap apa sahaja dan mendakwa apa sahaja tetapi mahkamah tidak akan mengambil berat nilai dakwaan anda. Anda juga dengan itu tidak akan disoal balas oleh pendakwaraya atas apa-apa yang anda perkatakan.

2) Memberikan kenyataan dalam kandang saksi membela diri anda. Mahkamah akan mengambil berat nilai dakwaan anda. Tetapi dengan itu juga anda perlu menghadapi soal balas daripada pendakwaraya berkenaan apa yang anda perkatakan.

3) Berdiam diri.

Apa masalah sekiranya anda yakin yang anda tidak bersalah? Anda juga tahu bukti-bukti kukuh memihak kepada anda?

Bahkan, peguam-peguam bela anda adalah yang terhebat dalam bidangnya. Mereka sudah tentu mempunyai strategi yang mantap untuk menang kes.

Isu berani atau tidak. Mungkin ada yang mengaitkan ia sebegitu. Berani kerana benar takut kerana salah.

TUDUHAN KONSPIRASI

Kalau setakat memberikan kenyataan menuduh konspirasi tetapi tidak mahu dipertanggungjawabkan iaitu tidak mahu disoal balas oleh lawan, itu dah dikira tidak gentleman.

Perbuatan seperti ini sesiapa pun boleh buat. Sebab tak dipersoalkan. Bebas berkata apa-apa.

Isu berani atau tidak mungkin satu isu. Tetapi isu gentleman atau tidak itu satu isu yang lain.

Kalaulah tertuduh boleh bebas daripada pertuduhan jenayah tanpa membawa sebarang bukti-bukti pun, dunia bakal jadi kucar-kacir. Bermakna mahkamah membebaskan tertuduh atas kenyataan dia menuduh orang itu dan orang ini membuat konspirasi ke atasnya, tetapi bila diminta membawakan bukti-bukti, satu bukti pun tidak dibawa ke mahkamah.

Adakah ini satu jenis kebebasan mutlak yang diperjuangkan oleh penjenayah-penjenayah? Dengan itu sudah tentu ramai penjenayah-penjenayah yang bebas hanya dengan memberikan alasan air liur yang mereka itu dituduh sebab orang dengki. Ada orang fitnah dia. Pendakwaraya ingin memerangkap dia. Perdana Menteri tak mahu dia bertanding dalam pilihanraya dan sebagainya.

Akhirnya, negara akan menjadi syurga kepada penjenayah-penjenayah. Sebab bila kena tangkap atau kena tuduh, adalah amat mudah untuk melepaskan diri. Hanya perlu memberikan alasan atau dakwaan ditangkap atas kepentingan politik pemerintah. Malah tidak perlu mengemukakan sebarang bukti, hanya bermodal air liur menyatakan pembelaan. Pembelaan pun tidak perlu di soal balas oleh pendakwaraya sebab ianya politik.

LOGIK SONGSANG

Inilah logik songsang atau pun persepsi yang ingin diterapkan oleh mereka yang memperjuangkan kebebasan mutlak. Dengan cuba merosakkan pemikiran masyarakat walaupun sudah terang-terang dan nyata ianya bersalahan dengan prinsip keadilan undang-undang. Dalam erti kata yang lain menegakkan benang yang basah.

Yang menghairankan ada pula di antara mereka ini adalah pengamal undang-undang. Walaupun jelas mereka ini adalah bias atau pun berat sebelah kepada parti politik yang mereka dambakan. Setidak-tidaknya, mereka ini perlu bersikap rasional.

Apa yang jelas benar perlulah dikatakan benar. Ini kerana dalam zaman ini, rakyat bukanlah bodoh. Mereka mempunyai akses kepada ilmu pengetahuan. Ramai diantara mereka sendiri mempunyai latarbelakang akademik sekurang-kurangnya diploma dan ijazah. Yang tidak ada pula tak semestinya tidak pintar. Mereka mempunyai pemikiran dan mereka boleh berfikir sendiri.

Pandangan ringkas seorang mat saleh yang
 meneliti kes DS Anwar Ibrahim secara saksama.
Janganlah kita fikir, sebab kepentingan politik atau pun kepentingan bos kita dalam politik kita sanggup menegakkan benang yang basah. Itu ibarat telanjang tetapi mahu mendakwa kita sedang memakai pakaian.

Bila fikiran tak rasional, bagaimana hendak mentadbir negara? Adakah kita mahu diperintah oleh orang-orang sebegini?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...