Tuesday 28 June 2016

Iktikaf 10 Akhir Ramadan



Daripada Aishah Radiallahu-Anha ia berkata Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.
Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang.
Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Kelebihan dari iktikaf 10 akhir Ramadhan ialah diampunkan dosa-dosa dengan Allah. Nabi s.a.w. juga menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Amalan ini juga dilakukan oleh ahli tariqat.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

Monday 27 June 2016

Isu dengan Takata Airbag - Berkaitan Kemalangan Kereta Honda


Rupanya kejadian seorang pemandu wanita baru-baru ini yang meninggal dunia akibat terkena sesuatu daripada mekanisma airbag yang teraktif apabila kereta Honda miliknya berlanggar dengan Mercedes Benz bukanlah kes yang baru berlaku setahun dua. Ia ada kaitan dengan defect yang terdapat kepada sistem airbag Takata yang dipasang kepada di strereng kereta itu. Honda bukanlah satu-satunya yang menggunakan sistem airbag Takata ini tetapi banyak kereta lain juga yang guna seperti Toyota, Mazda, Subaru dan Mitsubishi. Takata sendiri telah memanggil (recall) semua pemilik kereta  tertentu yang dipasang dengan airbag Takata untuk pemeriksaan dan penggantian. Sila rujuk artikel Paul Tan di sini. 

Dalam satu kejadian yang dilaporkan di Orlando, USA dalam tahun 2014, seorang pemandu wanita telah disyaki oleh polis telah dibunuh di dalam kereta Honda Accordnya. Ini kerana kecederaan yang dialami oleh wanita berkenaan adalah seperti serangan benda tajam yang memotong lehernya. Tetapi siasatan kemudian mendapati ianya berpunca daripada sistem airbag Takata yang cacat itu. Sumber  berita di sini. Ianya menyamai satu kes di dalam tahun 2013, yang polis juga mulanya mengesyaki mangsa telah ditembak di kepala.


Saturday 18 June 2016

Proton Perdana Baru dan Proton SUV


Aritu aku pegi la ke Proton showroom kan. Tengok kejap kereta baru ni, Proton Perdana Baru. Aku nampak oklah dari segi luarannya. Proton Perdana ni lagi panjang daripada Honda Accord dan Toyota Camry. Panjangnya itu menjadikan boot simpanannya lebih luas dan sangat luas. Pengunjung-pengunjung di situ bagi komen memang kereta mewahlah. Kereta mewah yang dapat dibelikan dengan Harga RM113k bagi 2.0 cc dan RM138K bagi 2.4 cc. 

Enjinnya mengunakan enjin Honda Accord. Base dia pun Honda Accord tetapi Proton dah design kereta Perdana ni dengan design sendiri. Pada pandangan aku cantiklah design tu. Mula-mula aku baca kat Paul Tan orang-orang komen pasal Proton Perdana baru ni. Kebiasaan di Paul Tan tu, akan ada satu puak yang akan mengutuk-ngutuk kereta Proton, mengkeji dan menghina. Dalam bahasa orang putih mereka ni dipanggil Proton Bashers. Kemudian ada pula puak yang akan mempertahankan Proton daripada kejian-kejian makhluk-makhluk tersebut.

Antara kutukan yang aku terbaca ialah ada yang kata nampak cheap materiallah. Patut lagi murah. Tu sebab bila aku nampak kereta tu kat Showroom aku pun pergi tengok. Betul ke dakwaan ni. Dan verdict aku, aku tak nampak pulak macam cheap material. Pada pandangan aku semua material berkualiti dan digarap dengan baik. Sesuai dengan tahap kereta mewah. Biasalah puak-puak tu ada penyakit hati sampai tak suka negara sendiri boleh produce kereta nasional atau apa yang orang Indonesia panggil mobnas.

Friday 10 June 2016

Ramadan Hadiah Allah Kepada Kita

Ramadhan adalah satu bulan yang sangat besar kelebihan dan banyak hadiah istimewa yang diberikan dalam bulan ini. Sesiapa yang berpuasa dengan baik, dengan mengikut peraturan dan pantang larangnya, maka berjayalah puasanya. Sebelum Ramadan pergi meninggalkan kita, Allah SWT akan memberikan satu malam yang istimewa kepada kita umat Muhammad s.a.w., iaitu Malam Qadar. Allah s.w.t menghadiahkan Lailatul Qadar untuk memudahkan kita memasuki syurgaNya. Allah ingin mewariskan syurgaNya kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim) 
Bulan Syaitan Dirantai
Pada bulan Ramadhan, syaitan (jin-jin yang jahat) dirantai bagi membantu mereka yang berpuasa melawan nafsunya. Syaitan berasal dari bangsa jin. 
Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhandiikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah). 
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...