Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, 28 June 2016

Iktikaf 10 Akhir Ramadan



Daripada Aishah Radiallahu-Anha ia berkata Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.
Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang.
Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Kelebihan dari iktikaf 10 akhir Ramadhan ialah diampunkan dosa-dosa dengan Allah. Nabi s.a.w. juga menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Amalan ini juga dilakukan oleh ahli tariqat.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

Friday, 10 June 2016

Ramadan Hadiah Allah Kepada Kita

Ramadhan adalah satu bulan yang sangat besar kelebihan dan banyak hadiah istimewa yang diberikan dalam bulan ini. Sesiapa yang berpuasa dengan baik, dengan mengikut peraturan dan pantang larangnya, maka berjayalah puasanya. Sebelum Ramadan pergi meninggalkan kita, Allah SWT akan memberikan satu malam yang istimewa kepada kita umat Muhammad s.a.w., iaitu Malam Qadar. Allah s.w.t menghadiahkan Lailatul Qadar untuk memudahkan kita memasuki syurgaNya. Allah ingin mewariskan syurgaNya kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim) 
Bulan Syaitan Dirantai
Pada bulan Ramadhan, syaitan (jin-jin yang jahat) dirantai bagi membantu mereka yang berpuasa melawan nafsunya. Syaitan berasal dari bangsa jin. 
Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhandiikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah). 
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim) 

Thursday, 9 July 2015

Puasa Yang Berkualiti Sebagai Perisai

“Puasa adalah perisai (yang melindungi pelakunya daripada keburukan).” (Riwayat Tirmidzi). “Puasa itu adalah perisai yang dapat melindungi diri seorang hamba dari api neraka” (Riwayat Ahmad).
Hanya Puasa yang Berkualiti Menjadi Perisai 
Puasa yang berkualiti, mempunyai nilai dan bermutu, ialah puasa yang dijaga dengan berdisiplin dan di jaga pantang larangnya dengan menjaga mata, telinga, kaki, tangan dan seluruh anggota daripada melakukan perkara yang dilarang. 
Puasa yang berkualiti ialah puasa yang dijaga pantang-larang dan disiplinnya. Terdapat dua kategori disiplin (pantang larang) dalam ibadat puasa iaitu disiplin fizikal dan dispiplin spiritual.
1) Disiplin Fizikal – menahan diri dari makan, minum dan melakukan seks disiang hari.
2) Disiplin Spiritual (Rohani) – menahan diri dari perbuatan keji seperti:-

Saturday, 27 June 2015

Puasa untuk Aku, Aku balasnya, perisai neraka

Dari Abu Hurairah, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : Semua amalan bani adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah :Aku sedang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Azza wa Jalla dari pada bau misk, orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya. (Al-Bukhari dan Muslim).
puasa itu untuk-Ku”
Semua amalan kita adalah untuk kita (ganjarannya). Allah sangat permurah dan membayar faedahnya (pahala) kepada kita.
Berbanding ibadat lain, puasa adalah satu ibadat yang tersembunyi. Misalnya kita boleh berpura-pura puasa di hadapan orang dan boleh tinggal puasa waktu bersendirian. Kerana itu dikatakan ibadat puasa itu untuk Allah.

Tuesday, 23 June 2015

Kelebihan Ramadhan: Bulan Al-Quran diturunkan

Salah satu dari kelebihan Ramadhan ialah ia adalah bulan dimana Al-Quran diturunkan dari LOH MAHFUZ ke Langit dunia (Baitul Izzah) pada malam Lailatul Qadr 
Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)
Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya. 
Ayat pertama yang diturunkan iaitu IQRA’ tidak diturunkan semasa bulan Ramadhan tapi semasa Nabi berada di Gua Hira’.
Siti Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” 
Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.”Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” 
Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya serta berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith)
Dari 12 bulan, hanya 1 bulan iaitu Ramadhan yang dipilih. Sudah tentu besarnya rahmat dalam bulan ini. Selain itu Quran juga adalah petunjuk dan rahmat. 
Baqarah [185](Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….
Dalam hadith juga disebut sesiapa yang bertadarrus pada bulan Ramadhan akan diberi tawaran pengampunan oleh Allah SWT. Selagi Quran masih ada diampunkan dosa kita kerana pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam.
Sumbernasbunnuraini.wordpress.com

Saturday, 20 June 2015

Tetamu Yang Bernama Ramadhan

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” 
Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Tetamu ini datang dengan tawaran pengampunan.
“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Sesiapa yang mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber : nasbunnuraini.wordpress.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...