Saturday 17 November 2018

Menggunakan Google Translation Bahasa Indonesia



Ada pembaca dari Indonesia yang menggunakan Google translation  untuk membaca posting di dalam Blog ini. Translation adalah dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Indonesia. 

Apabila kami melihat kandungan yang diterjemahkan ke Bahasa Indonesia terdapat beberapa kesalahan yang agak signifikan. Malah ada juga ke tahap fatal, jika ia boleh dinamakan begitu.


Fatal di sini bermaksud terjemahan yang dihasilkan oleh Google tidak dapat menggambarkan makna kandungan sebenar. Malah ada kenyataan yang bermaksudkan konsep tauhid gagal diterjemahkan sehingga bermaksudkan sebaliknya.

Saturday 3 November 2018

Ulasan Buku - Origin (Asal-usul) : Dan Brown


Seorang programmer komputer yang genius bakal membuat satu pengumuman mengejutkan seluruh dunia. 

Kenapa ia pengumuman mengejutkan?

Kerana dia akan mengumumkan penemuan saintifik yang bakal merubah persepsi semua orang terhadap agama. Semua orang akan sedar bahawa agama adalah rekaan fantasi manusia semata-mata manakala hakikat sebenar adalah ajaran sains yang menunjukkan kepada semua manusia itu fakta yang sama yang tiada perselisihan mengenainya.

Sebelum membuat pengumuman yang dipancar ke seluruh dunia, programmer yang genius itu memutuskan untuk mendedahkan kepada tiga orang agamawan iaitu seorang Bishop Kristian, Rabbi Yahudi dan Ulama Islam. 

Hasilnya ia menyebabkan kerisauan yang amat sangat kepada ketiga-tiga agamawan tersebut. Maka apakah kandungan pengumuman yang hendak disampaikan oleh programmer komputer itu?

Monday 22 October 2018

Mencari Kegembiraan (Bahagian 2) - Sheikh Hamza Yusuf


Sebahagian Nota daripada syarahan Sheikh Hamzah Yusuf

Apa yang Iblis mahu?

Iblis mahukan supaya kita tidak bersyukur. Itu adalah matlamat Iblis. Iblis mahu mengeluarkan sifat-sifat bersyukur dari hati manusia.

Hati manusia itu samada di dalam keadaan bersyukur atau pun bersabar. Ini kerana syukur adalah atas nikmat manakala sabar adalah menghadapi ujian dugaan.

Syaitan itu telah berkata kepada Tuhan "Engkau akan mendapati ramai mereka tidak bersyukur". Itulah kemahuannya. Kerana Syaitan itu sendiri tidak bersyukur. 

Perkataan kufur itu sendiri bermakna tidak bersyukur. Kufur kepada nikmat. 

Iblis adalah makhluk yang tidak bersyukur. 

Orang Islam pada zaman ini, merungut dan komplen bermacam-macam pada setiap waktu.

Thursday 18 October 2018

Nasyid : Araftuka ( عرفتك ) - Lirik dan Makna

Kredit Youtuber : HidzJ
Singer : Usama Al-Safi

Nasyid yang boleh dijadikan terapi selepas mengharungi hari yang memenatkan badan dan fikiran. 

Ada beberapa penyanyi yang pernah membawa nasyid ini dan antaranya adalah Muhamad Husayn bersama dengan kumpulan Raihan. 

Manakala versi yang dinyanyikan Usama Al-Safi ini adalah versi penuh berbahasa Arab.

Monday 8 October 2018

Mencari Kegembiraan (Bahagian 1) - Sheikh Hamza Yusuf


Sebahagian Nota daripada syarahan Sheikh Hamzah Yusuf

Kegembiraan bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan pada satu-satu masa tertentu dalam kehidupan manusia. Kegembiraan itu sendiri sebenarnya adalah sejumlah nilai daripada satu kehidupan manusia itu.

Oleh itu menjadi bahagia atau merasa susah, bukanlah diputuskan pada satu-satu masa dalam kehidupan kita. 

Sebab salah faham inilah, pemikiran barat suka mencari kegembiraan sebagai matlamat utama. Mereka menggangap kegembiraan adalah satu keadaan yang psikologikal. 

Hasilnya, mereka mengamalkan ubat anti-depresi untuk mencapai keadaan gembira itu. Kerana mereka ingin mencapai matlamat merasa gembira secara psikologinya. 

Monday 1 October 2018

Ya Badra Tim - Melihat Makna dan Terjemahan يا بدر تم

Kredit Youtuber : Asyraf Hazwan
Nasyid oleh Rahmat Ekamatra


Ya Badra Timmin.

Qasidah yang dilantunkan oleh Rahmat, bekas penyanyi kumpulan rock Ekamatra. Rahmat berjaya membawa qasidah ini dengan penghayatan yang baik.

Pembawaan lagu dengan baik oleh beliau turut membuatkan pendengar terkesan dengan qasidah yang disampaikan. 

Selamat menghayati. 

Friday 21 September 2018

Ya Robbi bil Mustofa Balligh Maqosidana - Lirik dan Makna

 
Kredit YouTuber : Aashiq Al Rasul - Topic
Nasyid oleh Aashiq al-Rasul

Nasyid atau lagu ini asalnya adalah daripada bait-bait karangan seorang ahli sufi yang dikenali sebagai Imam Busiri. Karangan bait-bait beliau itu adalah panjang. 

Manakala nasyid ini mengambil beberapa bait yang mana Imam Busiri mengarangnya sebagai doa tawasul melalui Nabi Muhammad SAW agar mendapat syafaat di akhirat kelak atas dosa-dosa yang dilakukan. 

Oleh kerana ia adalah jenis syair Arab, maka maksudnya juga pada tempat tertentu diertikan dengan cara majaz atau kiasan. 

Saturday 15 September 2018

Hubungan Akal dan Jantung (Hati)


Ada dua atau tiga perkataan mempunyai satu makna yang sama. Perkataan akal, otak, hati (jantung) dalam satu konteks, boleh diertikan dengan makna yang sama.


Penggunaan makna hati dalam Bahasa Melayu

Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mementingkan rasa. Mungkin kerana itu bangsa Melayu menggunapakai perkataan hati bagi menggambarkan perasaan. Seperti suka hati, sakit hati, berasa hati, tidak berhati perut, senang hati dan lain-lain.

Tetapi kekeliruan ilmiah boleh berlaku kerana penggunaan perkataan hati ini boleh merujuk kepada dua makna.

Pertama, ia merujuk kepada hati yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai liver. 


Hati atau Liver dalam Bahasa Inggeris.
Kibdun dalam Bahasa Arab.
Seperti organ hati daging lembu. Hati lembu ini boleh menjadi bahan dalam masakan yang sedap seperti Resepi Hati Lembu Masak Kicap. Hati lembu di sini bukanlah jantung lembu. Dalam bahasa arab hati jenis ini dipanggil Kibdun atau Kibdatun.

Friday 14 September 2018

Al-Dajjal bertemu dengan beberapa individu di Israel?


Rabbi yang mendakwa telah bertemu dengan Messiah yang mendedahkan identitinya dalam sebuah nota kertas!!

Rabbi Yitzak Kaduri adalah salah seorang Rabbi yang paling dihormati di Isreal. Beliau adalah seorang pakar ilmu Kabbalah iaitu satu ilmu mistik bagi orang-orang Yahudi.


Rabbi Kaduri lahir di Baghdad dalam tahun 1902 semasa ia masih lagi dalam pemerintahan Uthamaniyah Turki. Sejak remaja lagi beliau dengan penuh dedikasi telah mempelajari dan mengkaji ilmu Kabbalah. Beliau mengkaji ilmu mistik Yahudi tersebut sepanjang hidup beliau. 

Wednesday 1 August 2018

Terjemahan Lirik Lagu 'صلوا على خيرالانام' Sollu ala Khairil Anam



Credit : Youtuber faqeeh2012


Lagu yang mendatangkan ketenangan dan keheningan kepada jiwa. Maknanya menjadi makanan jiwa dan ruh. Satu hidangan yang sedap dan rugilah sesiapa yang tidak menikmati makanan yang sangat sedap. 

Disaat merasai keheningan yang mendalam. Bagi mereka yang mendambakan rasa. 

Thursday 19 July 2018

Kelebihan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmu - Sheikh Hamza Yusuf


Credit Youtuber : Islam Rewards

Kita mendapat satu anugerah yang agung dari Bahasa Arab. Allah telah menganugerahkan umat ini satu kurniaan maka kita perlu mempelajarinya dan menggunakan sebaiknya. Dan akhirnya kita perlu menyedari ia sebenarnya satu jalan keluar dari gejala kegilaan kesan dunia moden yang menghasilkan suasana yang tidak memberikan apa-apa makna.

Ia mengembalikan kepada manusia itu kefahaman yang mendalam, malah saya maksudkan anda boleh membina ilmu kosmologi berdasarkan ilmu bahasa Arab. Sudah ada ilmuwan yang telah pun melakukan perkara itu. Kerana Bahasa Arab itu sememangnya menjelaskan dan mentafsirkan alam. Ia benar-benar menafsirkannya. Dan kita percaya pandangan ilmiah inilah sebenarnya paling muktabar. Sesiapa sahaja yang mengkajinya secara dalam akan menemui kesimpulan yang sama.

Monday 16 July 2018

Memahami Isu UEC - Segelintir Rakyat Malaysia Tak Nak Belajar Bahasa Malaysia dan Sejarah Malaysia



Bermacam-macam pendapatlah berkenaan isu ini. Bagi yang menyokong sudah tentu memberikan pelbagai dalil dan dalih. 

Mari kita ikuti pandangan dari orang keturunan Cina sendiri yang melihat isu ini dari konteks kenegaraan Malaysia dan siasah umat yang sebenar. 

Petikan..

Untuk makluman, pelajar UEC ada mengambil BM, tetapi BM mengikut standard UEC, bukan datang daripada KPM. BM UEC jauh lebih mudah berbanding BM SPM. Malang sungguh negara ini, rakyatnya tidak mahu bersusah sedikit pun untuk menguasai bahasa negara. Tetapi mereka sanggup bersusah payah dan berhabis duit untuk memastikan mereka menjadi secina-cinanya.

Kasihan Melayu pelajar SPM, mereka perlu belajar setengah mati belajar BM, bahasa sendiri, untuk dapat kredit, tiba-tiba pelajar UEC tidak perlu ambil BM standard SPM, tetapi mengikut standard guru-guru Cina mereka.

Sebab itu, ingin saya ingatkan bukan soal 60 tahun atau berapa tahun UEC tidak diiktiraf di bawah BN, ini soal pembinaan negara bangsa. Bandingkan apakah Cina Malaysia setanding dengan Cina Indonesia (Indonesia Tionghua) yang menguasai sepenuhnya Bahasa Indonesia. Jangan pergi jauh, tanyalah Ahok, bekas Gabenor Jakarta yang sedang dipenjarakan hari ini.

Selain itu, syarat mudah KPM untuk sijil ini diiktiraf supaya silibus subjek sejarah hendaklah juga mengikut sibilus SPM. Tetapi persatuan ini berdegil. Mereka menggunakan silibus BM dan Sejarah mengikut citarasa mereka sendiri, tanpa mahu memenuhi piawaian KPM.

Selanjutnya boleh dibaca di..


Sunday 15 July 2018

Kulinari : Nasi Lemak Royale


Dah lama pakcik hidup, baru ni lah pakcik berpeluang menjamah nasi lemak royale. Maafkanlah kelemahan serta kejahilan pakcik yang tak terer ini. Hihi..

Apa die nasi lemak royale. Pakcik rasa benda ni datang dari utara. Asal-usulnya ciptaan peniaga keturunan mamak. Rasa pakciklah. Sebab tu pakcik jumpa dekat restoran pun macam restoran mamak. 

Mungkin dari Pulau Pinang, wallahua'lam. 

Tapi pakcik nak cerita rasa dia.

Saturday 14 July 2018

Punca Parti Mata Satu Marahkan Jim Carrey


Pengacara rancangan : Apakah itu? Adakah itu tanda kumpulan tertentu?

Jim Carrey : Macamlah kau tak tau apa benda tu! Kau betul tak tahu apa benda tu?

Pengacara rancangan : Memang aku tak tahu.

Jim Carrey : Kau tak tahu, Jim Fallen pun kononnya tak tahu, David Letterman pun konon tak tahu. Semua komik dan industri hiburan kononnya tak tahu. Apa bendanya ni (membuatnya sekali lagi). Kann??

Pengacara rancangan : Apa benda tu?

Sunday 1 July 2018

Makna Quantum Mechanics dalam 60 saat - Brian Cox


Baiklah, versi yang paling asas yang saya tahu adalah.. versi Feynment. Versi ini menyatakan partikel-partikel melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan kiraan kemungkinan tertentu. Kemungkinan sesuatu partikel itu berada di satu tempat lain kemudiannya adalah berdasarkan satu kaedah yang mudah. Dan ini dinamakan sebagai reaksi.

Ia adalah berkaitan dengan kemampatan partikel tersebut, masa dan jarak. Jadi, secara mudahnya anda mengira kuantiti kecil ini yang dipanggil reaksi dan anda tambahkan nilai masa. 

Saya berikan contoh, seperti satu duit syiling di dalam sebuah bilik. Apakah kemungkinan dalam masa akan datang ia berada di tempat yang lain?

Dan untuk setiap duit syiling di dalam sebuah bilik itu, anda boleh kenakan pengiraan bagi mengetahui kemungkinan ia akan berada di situ di masa akan datang dengan satu kaedah yang mudah. Itulah dia. Ia dipanggil corak yang mengformulasikan Quantum Mechanic. Itulah asas kepada semua perincian yang lain. Anda boleh dapatkan perkara lain daripada asas itu. Jadinya, itu adalah satu kaedah yang mudah, apa kiraan bagi kemungkinan sesuatu itu beralih tempat dari A ke B. Itu sahaja. 

Terjemahan bebas : Incikposmen

Friday 1 June 2018

Jentera Fitnah, Logik Facebook dan Taici

Pasca Pilihanraya ke-14. 

Setakat hari ini, semua masih lagi semacam terkejut. Samada yang menang atau yang kalah. Segala-galanya tidak menentu dan bila-bila pun boleh berlaku sesuatu yang diluar jangka.

Siapa sangka yang Malaysia akan menerima seorang Perdana Menteri yang berumur 92 tahun. Walaupun penuh pengalaman dan bekas Perdana Menteri tetapi faktor usia dan kesihatan turut mempengaruhi performance seseorang itu. 

Atau adakah sebahagian rakyat yang sebenarnya begitu kejam dan mempunyai persepsi seseorang itu boleh menyelesaikan masalah dengan magic stick. Dalam sekelip mata sahaja masalah boleh diselesaikan dengan sekali hayunan kayu magic. Siapa ada magic stick maka masalah negara perlu diberikan kepadanya. Tai ci?



Bolehkah dikatakan sebahagian rakyat telah men-taici masalah negara kepada seseorang yang dianggap mempunyai magic stick? Adakah perbuatan taici-mentaici masalah ini  akan menjadi budaya atau penyakit kepada masyarakat sehingga jika ada masalah negara sahaja pada masa akan datang, rakyat akan melakukan taici mentaici.

Dimanakah collective responsibility? Tanggungjawab secara berjamaah.

Friday 18 May 2018

Kecenderungan untuk mengikut gerombolan orang ramai - Sheikh Hamzah Yusuf


Di dalam psikologi terdapat kajian yang menunjukkan bahawa manusia cenderung untuk mengikut arus orang yang lebih ramai. Terdapat sifat pada manusiawi itu yang menunjukkan kita adalah mahkluk yang berkumpulan, sebagaimana binatang yang cenderung untuk bergerombolan. Ia dinamakan sebagai "Herd Mentality".

Tidak banyak makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini yang tidak cenderung berkumpulan. Manusia adalah salah satu daripada makhluk itu. Al-Quran banyak mengisahkan cerita-cerita kumpulan yang lebih kecil melawan kumpulan yang lebih besar.

Guru kepada Sheikh Hamzah sendiri iaitu Sheikh Abdullah Ibnu Baiyah apabila memberi ulasan mengenai revolusi rakyat, mengatakan ketika itu berlaku fenomena timbangan kebenaran itu diukur atas sentimen revolusi yang berlaku. Bukannya atas timbangan atau ukuran yang sewajarnya.

Dalam erti kata yang lain apa yang dianggap betul dan benar adalah berdasarkan persepsi orang ramai yang menjayakan revolusi berkenaan. 

Maka apabila sesuatu revolusi itu bermula, Anda samada dikategorikan sebagai menyokong revolusi atau melawan revolusi berkenaan. Keadaan ketika itu menghalang perdebatan yang sihat berlaku. Kerana ketika itu sedang berlakunya fitnah. Tiba-tiba sahaja tidak ada orang yang boleh bersuara secara terbuka kecualilah orang itu dipancung atau diserang oleh penyokong-penyokong revolusi. 

Inilah yang telah berlaku di Perancis. Apabila berlakunya revolusi, sebahagian orang yang dulunya bersama terpaksa disingkirkan. Sehinggalah proses penyingkiran itu berlaku melibatkan pembunuhan orang-orang yang asalnya menyokong revolusi berkenaan. 

Tuesday 15 May 2018

Kisah Bisnes : Ajaran Sesat Yang Tidak Terdaftar-daftar?


Ada sejenis wirid dan mantra dalam amalan kumpulan, puak, kultus tertentu. Yang dikesan diamalkan oleh mereka yang berada dalam sektor pengurusan organisasi. Asal wirid tersebut dalam bahasa inggeris adalah seperti ini; 

Rule Number 1, Boss is always right.
Rule Number 2, if the Boss is wrong see Rule Number 1.

Peraturan Nombor 1, Ketua adalah sentiasa betul.
Peraturan Nombor 2, jika Ketua tak betul 
sila rujuk Nombor 1. 

Terima kasih. 


Persoalannya, sejauh manakah ini benar? Sejauh manakah Boss is always right?

Isu ini mungkin sangat relevan dalam suasana ketika posting ini dibuat. Terdapat organisasi yang sudah jatuh dan barulah ada yang mengaku selama ini mereka dalam delusional dan tidak memberikan maklumat yang tepat kepada pembuat keputusan (Boss).

Friday 11 May 2018

Apa Yang Bakal Berlaku

Gambar hiasan semata-mata
Saya teringat satu hari almarhum bekas Mufti Negeri Sembilan berkata kepada kariah di sebuah masjid lebih kurang seperti ini "Lepas aku mati nanti kau tengoklah apa yang berlaku". 

Pada ketika itu konteks percakapan beliau tidaklah positif. Tetapi sudah tentu manusia itu sebagai fitrahnya insan tidak mengetahui apa yang berlaku pada masa akan datang. Malah manusia itu bukan sahaja tidak tahu apa yang mendatang tetapi juga tidak mengetahui secara tepat apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku.

Apa yang boleh dilakukan oleh manusia adalah membuat jangkaan untuk masa hadapan. Dengan jangkaan inilah keluar yang dipanggil "projection". Ilmu yang berasaskan matematik dan corak sebab akibat yang pernah berlaku. Dengannya manusia dapat membuat ramalan berkenaan sesuatu pada masa akan datang. 

Itulah yang berlaku pada zaman ini, ada sesetengah akibat sesuatu peristiwa dapat diramalkan dengan tepat atau hampir tepat sebagaimana ada pihak dengan menggunakan kaedah tertentu meramalkan keputusan Pilihanraya Umum dalam negara baru-baru ini.

Tuesday 3 April 2018

Rumah atau tempat kediaman yang bahaya diduduki


Banyak pilihan bagi mereka yang berkemampuan dan ingin memiliki rumah kediaman. Dalam memilih tempat kediaman beberapa faktor hendaklah diberikan perhatian. Ini supaya keselamatan diri dan harta benda terjamin. 

Sudah tentu faktor kewangan juga diambil kira jika membeli rumah mahupun menyewa, tetapi lokasi rumah juga perlu diperhatikan. Sebagai contohnya, adakah lokasi rumah tersebut mudah dimasuki melalui jalan-jalan tertentu.

Sunday 11 March 2018

Perubatan konvensional vs Perubatan berasaskan fungsi


Perubatan konvensional kebiasaannya akan hanya melihat simtom-simtom penyakit dan cuba menghilangkan simtom-simtom berkenaan dengan tanggapan bahawa jika simtom hilang maka penyakit akan hilang. Maka ubat-ubatan diberikan untuk menghilangkan simtom-simtom. Tetapi kebiasaannya penyakit itu muncul kembali kerana punca utama penyakit tidak diselesaikan dari awal lagi.

Berbeza dengan perubatan berasaskan fungsi yang mencari punca penyakit dan memberikan keutamaan kepada punca tersebut dalam mencari kesembuhan. Kaedah perubatan berasaskan fungsi  bukanlah memberikan ubat-ubatan konvensional semata-mata tetapi mengaturkan diet pemakanan yang berkhasiat yang mana individu yang dirawat memperolehi sumber zat yang sangat membantu dalam proses penyembuhan. 

Makanan sebagai ubat

Menurut Dr Mark Hyman, makanan yang baik itu sendiri adalah satu ubat yang sangat mujarab. 

Diet pemakanan yang baik dengan memasukkan sumber makanan yang membina otak dan badan serta mempunyai elemen penyembuhan dan pada masa yang sama mengeluarkan sumber makanan yang tidak baik seperti bahan bergula, karbohidrat yang diproses,  minyak tepu yang tidak sihat, makanan yang diproses secara pengilangan, makanan yang membawa alergi seterusnya menjalani gaya hidup yang sihat adalah memadai bagi merawat mana-mana pesakit walaupun datang dengan senarai penyakit yang bermacam-macam. 

Ada pesakit yang berasa hairan dan bertanya kepada Dr Mark Hyman kerana dalam masa 3 hari menjalani diet yang diberikan oleh Dr Hyman telah merasa sihat dan baginya tidak masuk akal. Kerana sebelum itu menderita pelbagai penyakit dan mengambil bermacam-macam ubat konvensional dan masih merasa tidak sihat dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya. 

Tetapi hakikatnya itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika kaedah pengubatan menumpukan kepada mencari punca penyakit dan menyelesaikannya. Dan kaedah penyembuhan itu lebih mudah dan bukannya sukar seperti ramai orang sangkakan. 

Saturday 24 February 2018

Memilih Makanan Yang Tepat Untuk Membina Otak Anda- Dr Mark Hyman


Kredit : mindbodygreen (Youtube)

Dalam sesi ini akan lihat mengenai makanan yang tepat untuk otak anda. Anda sudah pasti maklum bahawa pemakanan yang optimum adalah faktor paling penting dalam menjaga kesihatan otak anda. Memilih makanan untuk otak bukanlah sesuatu yang kebanyakan dari kita tahu bagaimana untuk melakukannya.

Kita mungkin tahu bagaimana untuk menurunkan berat badan atau bagaimana untuk menjaga jantung kita sihat tetapi kita tidak pernah memikirkan bagaimana diet yang kita pilih dapat mempengaruhi otak kita. 

Setiap nutrisi yang anda masukkan ke dalam mulut anda bakal menjadi bahan mentah yang akan membina struktur sel otak anda seterusnya menjaga semua sistem komunikasi di dalam otak berjalan dengan lancar. Dengan itu anda boleh berfikir, beremosi, belajar dan mengingati.

Saturday 10 February 2018

Adakah Fahaman Wahabi Sesat? - Dari khazanah pondok Pattani


Kredit : Youtuber - alpayaikani24 alraufi

Bagi yang sudah biasa mendengar jawapan kepada soalan ini, tentu sudah maklum berbagai jawapan yang diberikan oleh para alim ulama serta para ustaz ustazah yang berbeza-beza mengikut kefahaman masing-masing. 

Dalam potongan klip Youtube yang didapati ini, kita boleh mendengar jawapan serta dalil yang dikemukakan oleh Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang, seorang ulamak Selatan Thailand yang sangat mahir dengan ilmu-ilmu daripada khazanah tradisional pondok. 

Loghat bahasa yang digunakan oleh Tuan Guru telah dialihkan serta diubahsuai kepada Bahasa Melayu standard bagi  lebih difahami pembaca Bahasa Melayu zaman urbanisasi ini. (Ditambah atau dikurangkan sedikit perkataan sebagai kaedah menjelaskan)

Pertanyaan : Adakah Wahabi itu keluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Kita kena tengok setakat mana? Sebagai contoh manusia yang sakit pun tidak serupa, adakah orang demam itu orang sihat?  Jawabnya sudah tentu tidak sihat. 

Tapi setakat mana tak sihat, kita kena tengok betul-betul. Yang ini ada berapa persen dan yang ini ada berapa persen? Kita nak pukul rata tak boleh.

Wahabi atau tak Wahabi ni adalah satu cara (aliran) baru. Sebenarnya sebutan itu bukan Wahabi tetapi Al-Wahhabi (dua H). Kalau sebut Wahabi itu boleh jadi keliru. Kerana orang yang mengaji Tasawwuf pun ada ilmu Wahabi. 

Thursday 25 January 2018

Teknologi Dajjal - Project Blue Beam

Teknologi fitnah Dajjal di akhir zaman.
Kisah fitnah Al-Dajjal

Pertama sekali, incikposmen mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Auni Mohamad kerana menimbulkan tajuk Projek Blue Beam ini dalam salah satu ceramah beliau. Dengan berbuat demikian, mudahlah kami untuk memperincikan lagi tajuk Projek Blue Beam ini supaya ia lebih jelas dan dapat difahami oleh umum.

Sememangnya tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Eskatalogi Islam dan fitan akhir zaman ini adalah sesuatu yang amat luas. Apatah lagi ianya berkaitan dengan keadaan penduduk bumi kini yang melalui zaman moden serba canggih dengan teknologi yang semakin berkembang. 

Pendek kata, untuk memahami topik-topik dari satu bidang yang amat luas dan rumit ini memerlukan keutamaan pemilihan tajuk-tajuk dan pencernaan tertentu bagi memudahkan kefahaman umum.

Dengan memilih tajuk Project Blue Beam dari berbanyak tajuk yang lain, mudah-mudahan dapat menjadi pemangkin kepada kefahaman pembaca-pembaca sekalian dalam memahami satu bidang yang banyak berkaitan dengan konspirasi dan agenda raksasa / grand design ini (Ustaz Auni juga ada membicarakan tajuk-tajuk yang lain). 

Setiap tajuk berkaitan fitan akhir zaman ada perkaitan dengan tajuk-tajuk yang lain. Memahami satu tajuk adalah membantu kefahaman secara keseluruhannya.

Apakah Itu Project Blue Beam?


Gambaran semata-mata. Kejadian sebenar mungkin berbeza dari paparan.
Sila Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas.

Sunday 21 January 2018

Top 5 Ustaz Paling Viral di Youtube Suku Pertama 2018

Memasuki suku pertama tahun 2018 terdapat 5 orang Ustaz yang dikesan paling top sebab banyaknya carian di Youtube. Siapakah Ustaz-ustaz ini dan kita lihat sedikit sebab kenapa mereka ini viral.

Susunan Top 5 dari ke-5 sehingga yang pertama.

Nombor 5


Ustaz Mohd Kazim Elias

Seorang tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa menjadi jemputan di sana sini malah dalam majlis yang melibatkan VIP-VIP dari pihak kerajaan. Popular di program-program TV. 

Seorang yang mahir berpidato dan bijak menarik perhatian samada dengan kisah-kisah lucu, sedih atau pun bersemangat. 

Thursday 18 January 2018

Mat Salleh ingin mencuba guru silat tapi terperanjat kerana berakhir terlentang di atas lantai

Kredit : Youtuber Maul565

Kemudian kerana tidak berpuashati dia menyerang sekali lagi...!!

Pengalaman mat salleh ini yang bernama Marcel Horstman diceritakan oleh beliau sendiri di dalam Liputan oleh Brunei  Daily Coverage - Bruneian Silat going global. 

Marcel Horstman adalah seorang Jurulatih Martial Art. Beliau menyatakan "Saya mempunyai pengalaman berlatih dalam Martial Art selama 21 tahun."


"Dalam 10 tahun lepas saya bertemu dengan (Maul Mornie). Sebenarnya saya berasal daripada Martial Art jenis FMA. Dan saya pada ketika itu sedang mencari sesuatu yang lebih dari itu. Saya kemudian bertemu dengan Maul Mornie".

"Saya melihat beliau bersilat dan merasa bingung. Seolah-olah pergerakannya tidak logik. Seolah-olah dalam video game. Minda saya mengatakan itu bukan sesuatu yang benar"

Wednesday 17 January 2018

Takde Sivik Langsung


I memang geram bila baca berita ni kan. Bila ada orang kata biasalah barang-barang dibuang dari tingkat atas flat setiap hari. Tapi bila dah kena kepala orang. Orang tu pun mati barulah jadi isu kann..

Nampak sangat ada orang kita ni takde sivik kan. Padahal, ni dah tahun 2018, dua tahun lagi 2020. Asalnya 2020 ni kita negara maju tau. Tapi dengan tahap sivik secorot ini takde harapanlah.

Buat apalah nak dipanggil negara maju tapi tahap sivik ke lautan luas lagi dalam hendaknya. Eloklah segala jelata yang tak sivic ni belajar dari Papua New Guinea mahupun puak-puak Solomon Islands di penjuru dunia tu. Walaupun mereka ni jadi makanan reksasa dekat pulau tu tapi mereka taklah membuang sampah merata-rata.

Kalau mentaliti tak maju macamana nak jadi generasi maju kan.. Buat malu opah je.

Nampak tak betapa reaktif orang kita ni. Macamlah kerusi, besi dan katil-katil tu baru dicampakkan minggu lepas. Dah lama dah budaya campak-campak barang ni. Itu namanya quick solution to problem. Kekadang orang panggil macam menyapu sampah ke dalam karpet rumah sendiri.

Monday 1 January 2018

Apakah maksud Zionis / Zionism di Israel ? - Pandangan Christopher Bollyn




Rahsia Israel menguasai Baitul Muqaddis.

Lagi maklumat yang penting bagi memahami apa yang berlaku kepada Baitul Muqaddis khususnya dan juga Palestin amnya. Juga perkaitan kejadian 9/11 sebagai pencetus utama kepada usaha merampas Baitul Muqaddis daripada Palestin. 

Seterusnya melihat apakah perancangan Israel seterusnya untuk mencengkam Baitul Muqaddis yang diisytiharkan oleh Amerika Syarikat sebagai milik mutlak Israel.

Berikut adalah sebahagian petikan sesi temubual yang dijalankan oleh Derrick Broze dengan Christopher Bollyn. (Terjemahan Bebas)

Boleh anda memberikan takrif Zionisme untuk kami? 

Negara Israel itu dipanggil sebagai negara zionis. Ia satu negara yang dibina atas matlamat zionisme iaitu satu ideologi politik. Bukan ideologi agama, bukan ideologi bangsa, ia adalah satu ideologi politik.

Jadinya sesiapa sahaja boleh jadi zionis?

Ya, sudah tentu. Ada orang Islam zionis, ada Kristian zionis. Apa yang saya temui daripada hasil kajian yang telah saya lakukan mereka yang terlibat dalam perancangan 9/11 bukan calang-calang zionis. Mereka ini adalah ahli zionis dari peringkat tertinggi. Yakni pada hierarki tertinggi dalam pertubuhan organisasi zionis. Seperti yang saya katakan tadi ia adalah satu ideologi politik.

Pada hari ini ideologi zionisme dizahirkan dalam bentuk parti politik Likud. Ia kini menguasai politik di Israel sejak 1977. Yakni semenjak doktrin (idea) kempen memerangi keganasan dan kejadian 9/11 mula dirancang. Yang penting ialah plot 9/11 ini serta kempen memerangi keganasan boleh diibaratkan sebagai 2 sisi daripada satu duit syiling yang sama. Inilah "duit syiling" yang dihasilkan oleh parti Likud.

Parti Likud atau L.I.K.U.D di Israel adalah satu kumpulan pengganas lama di Israel. Ia diasaskan oleh Menachem Begin. Dan dalam tahun 1977,  Menachem Begin mendapat tampuk kekuasaan di Israel. Disinilah bola mereka mula bergolek (rancangan bermula).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...