Sunday 21 January 2018

Top 5 Ustaz Paling Viral di Youtube Suku Pertama 2018

Memasuki suku pertama tahun 2018 terdapat 5 orang Ustaz yang dikesan paling top sebab banyaknya carian di Youtube. Siapakah Ustaz-ustaz ini dan kita lihat sedikit sebab kenapa mereka ini viral.

Susunan Top 5 dari ke-5 sehingga yang pertama.

Nombor 5


Ustaz Mohd Kazim Elias

Seorang tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sentiasa menjadi jemputan di sana sini malah dalam majlis yang melibatkan VIP-VIP dari pihak kerajaan. Popular di program-program TV. 

Seorang yang mahir berpidato dan bijak menarik perhatian samada dengan kisah-kisah lucu, sedih atau pun bersemangat. 

Nombor 4

Ustaz Shamsul Debat


Booming selepas menyampaikan ucapan bagi Usul Agama dan Pendidikan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016. Disifatkan oleh ramai orang sebagai ucapan yang penuh lawak jenaka membuatkan para pendengar ketawa terbahak-bahak tetapi di sebaliknya mempunyai kritikan serta mesej yang pedas. 

Terdapat mereka yang berkomentar beliau berjaya mengubah persepsi ramai orang terhadap ahli-ahli UMNO yang digeneralisasi dengan sifat-sifat tertentu.

Dilihat beliau mempunyai kepintaran psikologi yang tinggi. Membuatkan ceramah dan program beliau sentiasa menarik peserta-peserta yang hadir. Kandungan ceramah beliau banyak berorientasikan hubungan kekeluargaan, suami isteri dan anak-anak. 

Menjadikan ceramah beliau menjadi sesuatu yang high-demand bagi suasana moden yang agak mencabar bagi institusi kekeluargaan umat ketika ini. Dikenali oleh rakan-rakan sekolah beliau dengan nama Acoi. 

Nombor 3


Ustaz Abdullah Khairi

Ceramah beliau yang segar dan bertenaga menyampaikan mesej-mesej penting untuk umat Islam. Pandai menjelaskan sesuatu topik atau subjek dengan cara yang mudah difahami oleh pendengar. Juga pandai membawa contoh-contoh dengan cerita-cerita lucu membuatkan pendengar turut teruja mendengar ceramah beliau. 

Nombor 2

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar digandingkan dengan
Ustaz yang Viral dari Indonesia
iaitu Ustaz Abdul Somad.
Seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Menyampaikan ceramah dalam loghat Terengganu disulami jenaka-jenaka yang menarik perhatian pendengar. Menjadikan ceramah beliau sentiasa mendapat kunjungan ramai. 

Beliau banyak dijadikan rujukan berkenaan hukum hakam dan bagi menjawab pelbagai persoalan dan isu agama oleh orang ramai.

Nombor 1

Ustaz Auni Mohamad


Ustaz Auni Mohamad adalah seorang pendakwah yang keluar daripada sterotype penyampaian kebiasaannya seorang ustaz. Sekurang-kurangnya pada pandangan dan kefahaman orang awam. Ada yang keliru dan tertanya-tanya mengapa Ustaz Auni membincangkan tajuk-tajuk ilmiah yang biasanya bukan disampaikan oleh seorang ustaz. 

Tengok sahajalah antara tajuk-tajuk atau content yang disampaikan dalam ceramah-ceramah beliau ini; 

1. Projek NASA bukan lagi rahsia.
2. The Holocaust.
3. Titanic - Kebetulan Dirancang?
4. Satu nama misteri dalam kitab Kuno.
5. The Legend of Ultraman.
6. Asal Buddha
7. Siapa membina piramid?
8. Imam Mahdi 1.0

Sebenarnya banyak ceramah Ustaz Auni kebiasaannya menyampaikan kandungan menyentuh fitnah akhir zaman. Kebiasaan para ustaz-ustaz yang lain akan memberikan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadith-hadith Nabi SAW yang berkaitan dan mengulas dengan ulasan atau komentar yang agak umum sifatnya. 

Ustaz Auni pula akan pergi lebih mendalam berdasarkan dalil-dalil berkenaan dan seterusnya menafsirkan keadaan zaman sekarang yang menunjukkan penzahiran kepada dalil-dalil fitan akhir zaman ini. 

Sudah tentu untuk melakukan sedemikian memerlukan seseorang yang dapat memahami subjek yang dikaji serta kefahaman yang mendalam lagi halus berkenaan topik-topik yang melibatkan konspirasi, fitnah, tipu daya dan perancangan grand design musuh Islam yang secara umumnya sukar difahami oleh minda orang awam. 

Ada tajuk-tajuk yang disampaikan yang dilihat seolah-olah bukan dari subjek-subjek agama Islam, tetapi sebenarnya ada perkaitan dengan topik fitan akhir zaman ini. Ini untuk membaca sesuatu grand design yang dikaitkan dengan Al-Dajjal bukanlah mudah dan memerlukan kebijaksanaan, kefahaman mendalam, kesabaran serta ketelitian seorang pengkaji. 

Grand design tersebut yang berlaku pada zaman ini pula memerlukan penguasaan dan kefahaman di dalam pelbagai bidang ilmu samada tradisi atau kontemporari/moden.

Selain kajian terhadap zaman masakini yang penuh mencabar, Ustaz Auni sendiri mempunyai ilmu agama yang mantap hasil daripada pembelajaran beliau dengan para ulama. Salah seorang guru beliau adalah ulama Arab terkenal Almarhum Sheikh Mutawalli Sya'rawi. 

Beliau dianugerahkan keupayaan memori yang mantap. Sehingga digelar sebagai Dr Zakir Naik Melayu. Sebenarnya beliau mempunyai tempatnya yang tersendiri, begitu juga Dr Zakir. Apa yang diusahakan oleh beliau ada yang tidak dilakukan oleh Dr Zakir Naik. Masing-masing ada keistimewaan sendiri. Mungkin yang disamakan itu adalah kemampuan memori kedua-dua tokoh yang mengagumkan. 

Sempena tanda-tanda akhir zaman yang semakin terzahir sebagaimana dibawa oleh riwayat hadis-hadis, eloklah orang-orang Melayu serta umat Islam seluruhnya mendengar hasil kajian Ustaz Auni berkenaan fitnah akhir zaman ini supaya dapat diambil kefahaman serta manfaat bagi menghadapi cabaran yang bakal muncul nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...