Saturday 21 November 2015

Discovery Channel.. fahaman sains Morgan Freeman dan umat Islam kini.


Apabila menonton Discovery Channel, sekali lagi terlihat Morgan Freeman beraksi di dalam rancangan sains yang memaparkan isu penciptaan alam. Rancangan yang membincangkan tentang teori saintifik dan bidang fizik terkini mengenai asal kejadian penciptaan alam yang kita hidup dalamnya ini.

Rancangan " Through the wormhole " atau dalam bahasa Melayunya "Memasuki atau melalui lubang cacing angkasa" membincangkan teori-teori berkaitan wormhole, teori big bang, kewujudan atom yang tidak dapat ditentukan lokasinya, teori string, teori relativity Einstein, takrif masa, isu bolehkah kita pergi ke masa lepas, fabrik masa dan tempat, adakah graviti satu ilusi dan berbagai-bagai lagi isu saintifik dan fizik masakini.

Apabila melihat rancangan ini dan perbincangannya, penonton boleh merasakan yang manusia kini telah sampai ke tahap satu kemajuan yang seakan-akan dapat memanipulasi sumber alam sehingga ke tahap kembali ke masa lepas. (Isu dibincang artikel Incikposmen di sini dan di sini)

Mungkin sahaja ia hanya satu gimik dan isu yang sengaja dibangkitkan supaya persoalan dan program TV berkenaan mempunyai nilai untuk menarik sejumlah ramai penonton. Sememangnya program TV berkenaan menarik dari segi perbincangannya dan mampu membuatkan penonton terpaku dan menikmatinya sehingga habis rancangan. Setidak-tidaknya bagi mereka yang berfikiran saintifik dan mempunyai inkuirisiti yang tinggi.

Apabila Morgan Freeman menjadi pengacara rancangan ini, ia menjadi satu tarikan yang tersendiri. Bukan calang-calang pelakon yang mampu menjadi hos sebuah program TV yang begitu saintifik seperti ini. Anda mungkin tidak dapat melihat Justin Bieber didalamnya. Mungkin Rajinikand pun tidak mampu. (Ok.. beliau mampu melakukan pelbagai perkara luar biasa yang lain ok?!!)

Apabila baru-baru ini telah viral satu spekulasi yang mengaitkan Morgan Freeman telah memeluk agama Islam, yang berasal daripada satu twitter oleh seorang individu bernama Majid Nawaaz membuatkan menonton rancangan Morgan Freeman di waktu ini menimbulkan fikiran-fikiran tertentu. (Link)


Sudah tentu Morgan Freeman sendiri mempunyai fikiran-fikiran dan persoalan yang bermain dalam minda beliau. Walaupun skrip disediakan, beliau sebagai seorang pengacara yang mampu memahami isu-isu saintifik seperti di dalam skrip ditambah pula dengan pandangan pro dan kontra yang dilontarkan pakar-pakar sains dan fizik, sudah tentu akan tertanya-tanya apa sebenarnya hakikat kejadian alam. Apakah asal mula kejadian. Dimanakah akhirnya?


Maka, apa yang dibicarakan Freeman di dalam rancangan itu tidak semestinya mewakili dirinya sendiri. Mungkin Freeman mempunyai persoalan yang belum terjawab. 

Rancangan seperti Through the Wormhole ini adalah membincangkan popular sains. Maksudnya fahaman sains yang menjadi dominan dan tersebar luas. Kadang-kala ada juga rancangan yang membincangkan sains alternatif walaupun liputan yang diberikan sangat sedikit dan terhad. Sebagai pengacara program TV seperti ini Morgan Freeman sudah tentu sedar wujudnya fahaman saintifik alternatif seperti ini. Kerana beliau sudah tentu mempunyai peluang untuk berbincang mengenai teori-teori saintifik berkenaan dan bertanya pelbagai isu-isu berkaitan. 

Seperti mana isu "Big Bang" atau pun letusan permulaan alam semesta, ia adalah termasuk dalam Popular Science kini. Ini tidak dapat dinafikan walaupun seseorang itu setuju atau tidak. Apabila ia telah popular ia popular. 

Tidak semua popular sains juga adalah betul. Kerana pemikiran manusia itu sendiri boleh jadi silap. Kalau manusia tidak pernah silap, dia tidak tahu pula apa yang betul. Fahaman sains manusia adalah atas usaha para saintifik melakukan kajian ilmiah terhadap sesuatu. Kajian-kajian adalah banyak dan menghasilkan bermacam-macam keputusan. Boleh jadi sama dan boleh jadi berbeza-beza.

Oleh itu, kajian Darwin dan teori beliau dapat pula disemak melalui kajian lain seperti kajian DNA dan penemuan arkeologi. Kajian DNA tidak menunjukkan manusia mempunyai DNA yang sama seperti monyet atau pun binatang yang digelar great ape. Penemuan arkeologi pula membuktikan  atau setidaknya menimbulkan teori manusia sudah wujud lebih 250,000 tahun dahulu. Ada yang menunjukkan sehingga lebih 1 juta tahun dahulu. 250,000 tahun adalah satu tempoh yang ditetapkan oleh teori Darwin dalam teori evolusinya yang mana pada waktu itu manusia masih lagi dalam bentuk great ape.

Tetapi sudah tentu ada di dalam popular science itu teori-teori yang tepat. Tetapi bagaimana seseorang itu mempunyai keyakinan pula yang teori-teori itu tepat?



Umat Islam setelah terkena penyakit "Wahabisme", tidak lagi mampu mengolah ilmu sains dan menjadi rujukan dalam bidang sains sebagaimana suatu ketika dahulu. Walaupun mereka mewarisi wahyu terakhir dari utusan terakhir. Setelah Lawrence of Arabia masuk Arab dan membantu kumpulan "Wahabisme" untuk bertapak kukuh, maka umat Islam menjadi sangat literalisme. Malah mereka yang menentang "Wahabisme" itu pun fahamannya masih lagi literalis. Tetapi literalisme itu sendiri mungkin bukanlah sebab asas masalahnya. Kerana seseorang yang literalis boleh sahaja memegang fahaman itu tanpa mengganggu orang lain.

Tetapi kalau mengganggu itulah yang menjadi punca masalah. Masalah ektrim literalis ini adalah ia akan mematikan ilmu-ilmu yang sebenar. Ilmu-ilmu kefahaman yang sebenar mengenai diri dan alam berpandukan tekstual wahyu. Maka fahaman bukanlah literalis tetapi harus kosmologikal.

Sudah tentu mereka yang memusuhi Islam tidak akan gemar umat Islam sedar perkara ini. Adalah bagus bagi mereka supaya umat Islam terkekang dalam fahaman literalis seperti Wahabisme. Sebab Wahabisme itulah mereka akan menyalahkan umat Islam dan atas sebab itulah umat Islam menjadi mundur dari ilmu dan ketamadunan.

Teks Al-Quran sebagai wahyu dijamin tidak akan berubah sehinggalah kiamat. Oleh itu masih ada peluang bagi mereka yang mempunyai akal fikiran. 

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...