Monday 2 November 2015

Penahanan Anwar Ibrahim Tidak Sah!


Pandangan oleh apa yang dikatakan satu badan dalam UN yang mengatakan penahanan Anwar Ibrahim di dalam penjara adalah tidak sah, zalim dan arbitrari adalah membingungkan. Pandangan itu sendiri adalah arbitari. 

Pandangan ini arbitrari kerana ianya mengeluarkan pandangan yang bias dan tidak berasas. Jika ia berasas sudah tentu apa yang dikatakan oleh badan misteri dalam UN ini akan menyatakan sebab-musabab yang jelas kenapa ia mengatakan penahanan itu tidak sah. 

Secara logiknya juga, jika Anwar Ibrahim, seorang bekas ketua pembangkang yang mempunyai ramai peguam dan sekutu-sekutu beliau dalam politik serta berpengaruh tidak mendapat layan yang baik dalam tahanan, maka sudah tentu ramai banduan sebenarnya tidak dilayan dengan baik dan juga penahanan mereka adalah tidak sah. 

Jika begitu, badan misteri dalam UN ini perlulah juga menyeru kepada pembebasan beratus-ratus malah beribu-ribu banduan di dalam penjara Malaysia yang ditahan secara arbitrari dan zalim serta tidak mendapat layanan sewajarnya. Badan misteri dalam UN ini jika ia wujud sepatutnya tidak tertumpu kepada seorang banduan semata-mata. 

Ini bagi mengelakkan tuduhan kepada badan misteri ini yang ia sebenarnya berniat politik dan mencampuri dalam urusan dalam negara Malaysia. Dengan menyeru kepada pembebasan banduan-banduan lain yang sudah tentu lebih teruk dilayan berbanding dengan Anwar Ibrahim yang diberikan bilik khas tetapi dikhabarkan digigit lipas. 

Jika Anwar Ibrahim digigit lipas, banduan-banduan lain sudah tentu digigit oleh bermacam-macam serangga dan binatang contohnya seperti tikus dan lipan. Ini sudah dapat dijangka kerana banduan-banduan lain tidak mendapat layanan yang baik seperti Anwar Ibrahim. Banduan-banduan yang lain juga mungkin ingin mendakwa penahanan mereka adalah tidak sah dan bersifat politikal juga. 

Diharap ahli-ahli badan misteri dalam UN ini, yang dengarnya datang daripada pelbagai negara memberi perhatian kepada perkara ini dan tidak bias dalam menyelamatkan banduan-banduan dalam penjara Malaysia. Janganlah sebab ada kepentingan politik atau pun kroni mereka menyelamatkan banduan yang terpilih sahaja tanpa memberikan alasan yang logik pun kenapa banduan tu perlu dibebaskan. 

Janganlah sebab ada agenda tertentu terhadap Malaysia, mereka menuduh bermacam-macam memburukkan sistem kehakiman negara tanpa mengemukakan satu bukti pun, sedangkan jika ia betul begitu sudah tentu dah tentu beratus-ratus malah beribu banduan sebenarnya layak dibebaskan kerana ketidakadilan sistem ini. 

Banduan-banduan ini juga sudah tentu hendakkan layanan human right semacam itu dari badan misteri dalam UN ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...