Tuesday 30 June 2015

Apakah itu paradigma? Apa dia paradigma yang paling power?


Uploader ini berpandangan bahawa "the most powerful of paradigm is languange". Bahasalah yang menghalang manusia daripada menggarap realiti yang sebenar. Sehingga manusia hanya melihat bayang-bayang daripada objek realiti. Bayang-bayang itulah konsep.

Sunday 28 June 2015

Pencerobohan Tentera China ke dalam Sempadan Malaysia


Sedutan Ucapan Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman pada 24.6.2015 di Dewan Negara, perbahasan RMK-11.

Sumber Hansard Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, isu perebutan wilayah di Laut China Selatan. Ancaman negara China terhadap perebutan kawasan di Laut China Selatan nampaknya semakin tegang. Kalau sebelum ini kita melihat telah berlaku persengketaan di antara negara China dengan Filipina dan Vietnam kerana perebutan wilayah. Nampaknya sekarang keadaan tersebut telah mula menular ke wilayah Malaysia. 

Baru-baru ini pada 3 Jun 2015 dalam info FB nya, Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Shahidan Kassim telah melaporkan bahawa sebuah kapal pengawal pantai dari China didapati telah berlabuh di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia selama dua tahun. Kapal ini dikatakan berada di kedudukan benteng lukoilnya Laut China Selatan yang hanya 156 kilometer sahaja dari pantai Sarawak.

TARBIYAH DAP.


WACAA..!!

BIAR GAMBAR BERBICARA

Saturday 27 June 2015

Puasa untuk Aku, Aku balasnya, perisai neraka

Dari Abu Hurairah, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : Semua amalan bani adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah :Aku sedang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Azza wa Jalla dari pada bau misk, orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya. (Al-Bukhari dan Muslim).
puasa itu untuk-Ku”
Semua amalan kita adalah untuk kita (ganjarannya). Allah sangat permurah dan membayar faedahnya (pahala) kepada kita.
Berbanding ibadat lain, puasa adalah satu ibadat yang tersembunyi. Misalnya kita boleh berpura-pura puasa di hadapan orang dan boleh tinggal puasa waktu bersendirian. Kerana itu dikatakan ibadat puasa itu untuk Allah.

Friday 26 June 2015

Kalau aku terpaksa memilih dosa.. di bulan puasa ini.


Diantara dosa melihat Farah Ann melakukan gimnastik dengan aksi slow motion dan satu lagi memilih berbuka di restoran korea yang tak diketahui halal atau haramnya. 

Nescaya aku memilih dosa melihat Farah Ann dalam aksi sebegitu. Walaupun ramai yang kata pilihan kedua itu bukan dosa.

Itu kata mereka. Nak tau ramai ke tak ramai cuba tengok kat mall masa nak berbuka. 

Thursday 25 June 2015

Kisah Bisnes : Manufacture and Marketing


Sebelum puasa haritu aku sempat singgah ke satu kafetaria ni. Singgah nak makan kejap. Jumpa la mihun sup. Kemudian aku pun cari la air nak minum. Cari pula gerai minumannya sebab dekat situ memang ada beberapa gerai. Kawasannya bersih dan aku memang suka makan di situ.

Makanya berjumpalah aku dengan seorang pengusaha gerai ni. Sebab aku order minum daripada dia. Hot Coklat. Rupanya segala air minuman ni dari 3 in 1. Dia ada macam-macam, mocha, coffee, hot choclate, tea dan macam-macam lagi yang aku tak sempat nak tengok. Yang menariknya ialah bila mak cik ni cakap semua itu adalah produk dari kilang dia.

Mak cik ni manufacture produk dia dan market sendiri !! 

Mohon Al-fadhil Ustaz-ustaz, alim-ulama, pencetus-pencetus ummah dan imam-imam muda..


Tolong jawab soalan atau pertanyaan ini. 

Kesian yang mencari jawapan di google tapi bila masuk ke incikposmen, tak berjumpa jawapannya. Dah berpuluh tahun kami mengaji pun tak tahu apa jawapannya.

Siapa tahu bolehlah tolong jawabkan ye. Ataupun terbaca kat kitab mana-mana ke.

Tuesday 23 June 2015

Kelebihan Ramadhan: Bulan Al-Quran diturunkan

Salah satu dari kelebihan Ramadhan ialah ia adalah bulan dimana Al-Quran diturunkan dari LOH MAHFUZ ke Langit dunia (Baitul Izzah) pada malam Lailatul Qadr 
Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)
Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya. 
Ayat pertama yang diturunkan iaitu IQRA’ tidak diturunkan semasa bulan Ramadhan tapi semasa Nabi berada di Gua Hira’.
Siti Aisyah r.a. menyatakan: “Sesungguhnya permulaan wahyu datang kepada Rasulullah s.a.w. melalui mimpi yang benar di waktu tidur. Mimpi itu jelas dan terang bagaikan terangnya pagi hari. Kemudian dia gemar menyendiri dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah beberapa malam dengan membawa bekal. Sesudah kehabisan bekal, beliau kembali kepada isterinya Khadijah r.a., maka Khadijah pun membekalinya seperti bekal terdahulu sehinggalah beliau didatangi dengan suatu kebenaran (wahyu) di gua Hira’ tersebut, apabila seorang malaikat (Jibril a.s.) datang kepadanya dan mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menceritakan, maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” 
Malaikat tersebut kemudian memeluk-ku sehingga aku merasa sesak nafas, kemudian aku dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Maka aku pun menjawab: “Aku tidak tahu membaca.”Lalu dia memeluk-ku sampai aku rasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” 
Maka dia memeluk-ku buat ketiga kalinya serta berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.Setelah berlaku peristiwa itu kembalilah Rasulullah s.a.w. kepada isterinya Khadijah (membawa ayat-ayat ini) dengan tubuh menggigil………sehinggalah akhir hadith.” (al-Hadith)
Dari 12 bulan, hanya 1 bulan iaitu Ramadhan yang dipilih. Sudah tentu besarnya rahmat dalam bulan ini. Selain itu Quran juga adalah petunjuk dan rahmat. 
Baqarah [185](Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….
Dalam hadith juga disebut sesiapa yang bertadarrus pada bulan Ramadhan akan diberi tawaran pengampunan oleh Allah SWT. Selagi Quran masih ada diampunkan dosa kita kerana pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam.
Sumbernasbunnuraini.wordpress.com

Ilmu Hikam Yang Dilupakan Umat Melayu - No 2.



Kita tiba lagi bagi sesi perkongsian ilmu seterusnya. Sebelum ini saya telah bicarakan berkenaan 3 unsur penting dalam posting yang lepas. 3 unsur ini adalah asas kepada satu perbuatan atau pun dalam menjalankan sesuatu urusan.


Kali ini kita akan lihat salah satu daripada 3 unsur berkenaan dan lihat bagaimana aplikasinya dalam perbincangan secara berkumpulan dalam urusan bisnes.

Monday 22 June 2015

RESIPI MEE REBUS HJ. WAHID




Orang Johor mesti familiar dengan mee rebus Hj. Wahid yang femes and delicious. Kedai asalnya di Plaza Angsana JB memang sering dikunjungi orang ramai dari seluruh pelusuk negeri. Tengok gambar pun dah menyelerakan. Tapi untuk anak-anak Johor di perantauan yang rindukan rasa mee rebus ni bolehlah cuba resipi yang dikongsikan di internet ni. Cuma tak taulah rasanya sama ke tidak sebab x cuba lagi. Sapa dah cuba bolehlah share kat sini verdict nyer. Jom tengok resipi mee rebus Hj. Wahid kat kat bawah ni.

Sunday 21 June 2015

Ore Arab Kecek Kelate dehh..


Oleh kerana berasa kasihan terhadap ramai pelajar melayu di Mesir yang gagal menguasai bahasa arab dengan baik, pemuda arab ini mencari satu jalan untuk membantu pelajar-pelajar melayu berkenaan. Nama beliau ialah Mohamad Abdul Aziz seorang graduan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar.

Salah satu cara ialah belajar kecek Kelate, supaya beliau  dapat berkomunikasi dengan baik dengan pelajar-pelajar melayu dan membantu mereka menguasai bahasa arab dengan baik.

Bagi menguasai kecek Kelate, beliau suka makan budu. Dengan makan budu itu beliau fasih berbahasa melayu dialek Kelantan. Beliau juga berpandangan pelajar-pelajar melayu ini tidak makan makanan arab sebab itulah mereka sukar menguasai bahasa arab.
Klip Video di bawah.

Saturday 20 June 2015

Tetamu Yang Bernama Ramadhan

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” 
Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Tetamu ini datang dengan tawaran pengampunan.
“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Sesiapa yang mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber : nasbunnuraini.wordpress.com

Ilmu hikam yang dilupakan umat Melayu




Tiga Sifat Penting.


Apa yang hendak disampaikan ini adalah melalui pemerhatian dan pengalaman saya menjalankan pekerjaaan atau pun bisnes saya seharian. Kerana apabila kita mengamalkan ilmu yang kita pelajari insyaAllah ilmu kita itu bertambah.


Dalam melakukan bisnes, ada kalanya kita akan membuat penyelesaian masalah. Problem Solution. Kita juga perlu mentakrifkan permasalahan di hadapan mata dengan benar jika kita menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian kita mencari punca masalah. Lantas kita bermuhasabah dengan kudrat yang ada bagi mentadbir sebab dan akibat.

Lainlah, jika budaya kerja seseorang itu adalah mengelat, mengelak, mentaichi, lari daripada masalah, mengkambing hitam, sweep under the carpet dan sebagainya. Maka perbincangan ini tidaklah mendatangkan manfaat kepadanya. 

Pengalaman saya melakukan perbincangan berkumpulan, adakalanya bagi memecahkan sesuatu masalah, saya mendapati satu perkara yang perlu saya ceritakan disini. 

Kebanyakan perbincangan sebenarnya berbunga-bunga dan boleh menjadi retorik, sehingga satu pendekatan yang praktikal menjadi sukar.

Friday 19 June 2015

Meneliti Makna dan Maksud lirik lagu Kun Anta كن انت #Kun Anta



Makna dan maksud lirik lagu Kun Anta كن انت yang dinyanyikan oleh Humood Alkhuder

Kerana tertanya-tanya apakah Kun Anta ini yang trending di google, aku pun mencari sedikit info. Rupanya ia adalah lagu arab yang catchy nyanyian Humood Alkhuder. Sehinggakan sangat popular di Malaysia dan Indonesia. 

Adakah lagu Kun Anta ini jenis lagu dangdut arab atau nasyid arab? Kerana nasyid moden pun ada yang berirama rancak. 


Untuk mengetahui kategori itu, kita kenalah lihat kepada lirik lagu Kun Anta ini. Lirik lagu yang diterjemahkan kepada bahasa melayu supaya kita dapat fahami apa yang nak disampaikan oleh lagu ini.

Wednesday 17 June 2015

Ramadan Advice - Where is Your Heart? by Shaykh Hamza Yusuf

Ramadhan Mubarak To All Muslim Friends And Muslim Readers Of Incikposmen.

Pandangan Dato Dr Amin Khan - Realiti vs Persepsi


SEJAUH MANA KEBENARAN INDEKS JENAYAH?Indeks jenayah di Malaysia telah kurang sebanyak 40% dalam 5 tahun yang lepas,...
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, 16 June 2015

Monday 15 June 2015

134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri

134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri 


1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?

Tak batal

2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?

Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.

3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?

Sunat berhias diri pada hari raya.

4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?

Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.

5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?

Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.

6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?

Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.

7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?

Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.

8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.

Batal puasa.

9.Kalau menangis batal tak puasa?

Tak batal walaupun sebulan menangis.

10.Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?

Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.

Saturday 13 June 2015

Petanda Yang Diramalkan - Perang Ideologi DAP vs PAS


Baru sahaja Incikposmen mengeluarkan satu artikel berkenaan ramalan apa yang berlaku kepada PAS dan berlakunya perang ideologi sebagaimana di sini, Blog Lim Kit Siang telah mengeluarkan satu penulisan berkenaan panggilan kepada DAP untuk melakukan perang saraf itu. 

Salah Kerajaan.... Hahahah....


Hahahah.... boleh tahan... lawak x lawak nilai sendiri. yg penting mesej yg nak disampaikan. Lihat video penuh di sini.


Friday 12 June 2015

ASAP BIRU KELUAR DARIPADA GUNUNG KINABALU SELEPAS GEMPA SKALA 5.1

KLIP VIDEO DI BAWAH

سُبْحَانَ الله



Mengimbau Kenangan - Zaman Sape Ni?


Ado tak kau jumpo kengkawan maso sekolah maghin lam pesbuk ni? Kok ado...cubo tag an gamba ni kek dio
Posted by Ujang on Wednesday, 11 March 2015

Takkan Pejabat Kerajaan Kita Lagi Rendah Taraf Daripada Kasino Singapura


Nak masuk kasino di Singapura pandai pulak dia berpakaian sopan, tapi bila masuk pejabat kerajaan di negara ini sampai macam pakai sependa je.

Janganlah kita menjadi mangsa "tarbiyah" songsang pihak tertentu yang inginkan kesopanan dan kesusilaan rakyat Malaysia yang berbudaya timur ini hilang. 

Lantas digantikan dengan budaya hampir tidak berpakaian atau pun tidak berpakaian langsung macam pelancong-pelancong barat yang mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini. Juga sebagaimana program berbogel yang terjadi di tepi pantai Pulau Pinang oleh sekumpulan rakyat Malaysia sendiri.

Ramalan : Apa Yang Bakal Terjadi Kepada PAS.


Ketika ini banyaklah analisa, komentar, artikel dibuat oleh para blogger yang datang daripada berbagai latarbelakang. Tidak kiralah mereka itu insider kepada PAS atau pun outsider.

Incikposmen sendiri pun ada mengeluarkan beberapa artikel atau pun komentar berkenaan perkara ini. Walaupun Incikposmen bukanlah satu blog politik yang dibayar oleh orang-orang tertentu, blog ini merasakan pentingnya keprihatinan terhadap isu semasa yang melibatkan ummah.

Ini kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara, tujuan kita hidup bukanlah semata-mata bersantai-santai menikmati secret recipe, noodle station, starbucks, kfc dan bersiar-siar dan shopping dalam mall. Atau pun semata-mata menjalankan bisnes yang menguntungkan berlipat kali ganda. Atau berlumba-lumba mendapat pengaruh politik. Bagi yang berkerja kerajaan pula, menerima gaji, naik pangkat dan kuasa.

Kematian itu adalah sesuatu yang pasti dan akhirnya kita ditanya mengenai amalan sewaktu di dunia.

Sedangkan keprihatinan kita terhadap ummah dan agama yang benar ini adalah antara modal kita menghadapi persoalan itu. 

Berbalik kepada persoalan tadi...

Monday 8 June 2015

Penerangan Ringkas Mengenai Gempa Bumi Ranau - Prof. Felix Tongkul, Pensyarah Geologi, UMS.


Gempabumi merupakan gegaran bumi hasil pelepasan tenaga yang sangat cepat. Gelombang seismos bergerak pada semua arah daripada punca yang dikenali sebagai fokus. Titik pada permukaan bumi diatas fokus ini dikenali sebagai pusat gempabumi. Misalnya pusat gempabumi semalam didapati berdekatan puncak Gunung Kinabalu.  Ini bermakna fokus gempabumi terletak dibawah pusat ini. Dalam kes ini, fokus gempa berada sekitar 10 km dibawah. Inilah sebabnya berlaku tanah runtuh besar di gunung.

Gempabumi biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik (elastic rebound). Bayangkan kita ambil pembaris plastik dan kita bengkokkannya. Selepas tahap tertentu ia akan patah dan seterusnya melepaskan tenaga yang disimpan olehnya. Batuan di dalam bumi pun berkelakuan begini.

Ada tiga jenis sesar, iaitu sesar mendatar (pergerakan horizontal), sesar naik dan sesar turun (pergerakan tegak). Dalam kes gempa di Ranau semalam, ia dihasilkan oleh sesar normal bertrend timurlaut-baratdaya.

TANAK DUSUN BUNDULIWAN DAN SI AKI NABALU - REM DAMBUL



i) Tiap kali tragedi berlaku, ramai manusia ingin menjadi Tuhan. Mereka taksub berfirman tentang kemungkaran, pembalasan, dosa dan pahala: dengan nada wahyu yang sangat yakin. Seolah-olah di dada mereka, terletaknya jiwa Tuhan yang maha mengetahui segala-galanya.


Setiap malapetaka di alam fana adalah rahsia Tuhan. Sama ada ia hikmah tersembunyi, pembalasan, peringatan, ujian atau dugaan: hanya Tuhan yang tahu motifnya. Manusia cuma perlu menerima dengan redha. Buat refleksi diri, kemudian mengambil iktibar dari segala musibah. Bukan hak manusia untuk saling menghukum sesama sendiri. Sebab itu adalah tugas asasi Tuhan, sang pencipta dan pentadbir dunia semesta ini.

Teori saya begini. Sebenarnya mereka kemaruk sangat mau jadi Tuhan sebab gagal jadi manusia. Tapi ingatlah, menjadi Tuhan bukan senang. Ia menuntut kualiti yang tidak mungkin dapat dicapai oleh insan biasa. Jadi nasihat saya begini. Kalau kamu tak reti jadi manusia, lebih baik pilih jadi binatang atau tumbuhan. Itu lebih mudah. Sebab mahu ikut perangai babi atau kacang lupakan kulit, tidak sesukar mahu meniru-niru keagungan Tuhan.

Sunday 7 June 2015

Penggunaan Perkataan Salam dan InsyaAllah - Satu Ulasan Dari Pak Long.


Ada seorang pensyarah universiti ni dulu, seorang Bangladeshi, mengajar aku sesuatu. Dalam disiplin bahasa, katanya. Kalau sesuatu bahasa bangsa itu dah menetapkan satu perkataan itu bagi makna tertentu maka dalam bahasa itu perkataan itu mewakili makna tersebut. Walaupun asal perkataannya bukanlah begitu. 

Beliau kemudiannya memberikan contoh. Perkataan "ulamak / ulama" dalam bahasa Melayu.

Perkataan ulamak ini asalnya dalam bahasa Arabnya ialah عُلَمَاءٌ yang berasal pula daripada perkataan ٌعَلِيْم

Menggunakan Perkataan Salam dan InsyaAllah - pandangan Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.


Friday 5 June 2015

Pakatan = PKR + DAP + PASMA , Kata Ronnie Liu


Kemenangan geng ulama dalam Parti Pas pada muktamar baru-baru ini menunjukkan kebangkitan kembali kelompok itu dalam era politik masakini. Kumpulan yang dulunya dipandang rendah kerana anggapan mereka ini tidak pandai berpolitik, mengatur strategi dan membina dan melaksanakan propaganda berbanding kumpulan professional dalam PAS.

Pada awalnya, kalangan geng ulama ini tertipu dengan agenda DSAI dan proksi-proksinya dalam PAS, sehingga arwah Tok Guru mereka berjaya disarungkan t-shirt kuning bagi mempromosikan perhimpunan Bersih++ yang diketuai oleh Ambiga dan dimonopoli oleh DAP dan mereka yang memperjuangkan human right ala barat.

Gambar Operasi Menyelamat Pendaki-Pendaki Yang Terperangkap Atas Gunung Kinabalu.


Dengarnya seramai 160 lebih pendaki-pendaki telah dibawa turun oleh pasukan Penyelamat seperti JPAM setakat ini. 

Bersama-samalah kita doakan agar usaha menyelamat ini berakhir dengan berjaya.

Lebih 190 orang terperangkap atas Gunung Kinabalu.


Mengikut cerita yang tersebar di Whatsapp, seramai lebih 190 orang terperangkap di atas Gunung Kinabalu akibat gegaran 6 skala richter dan runtuhan berikutan meletusnya Gunung Sinabung, Indonesia. Ini terdiri daripada pendaki-pendaki yang datang daripada pelbagai negara dan paling ramai adalah Malaysia dengan jumlah 100 lebih. 



Kedua paling ramai ialah dari Singapura. Kira-kira 30 orang lebih. Termasuk Malaysia, jumlah negara yang terlibat adalah 17 buah negara. 

Risiko terhadap pendaki2.

Thursday 4 June 2015

Kisah Sedih Hidup Ujang, Kartunis Lejen Malaya.


TEMPAH BATU NISAN UNTUK KEMATIANOleh Noriah Idirs (Harian Metro, 25/09/2011)IBRAHIM Anon, 46, pemilik nama kartunis...
Posted by Lubuk Kisah Kartunis Ujang on Monday, 1 June 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...