Sunday, 7 June 2015

Penggunaan Perkataan Salam dan InsyaAllah - Satu Ulasan Dari Pak Long.


Ada seorang pensyarah universiti ni dulu, seorang Bangladeshi, mengajar aku sesuatu. Dalam disiplin bahasa, katanya. Kalau sesuatu bahasa bangsa itu dah menetapkan satu perkataan itu bagi makna tertentu maka dalam bahasa itu perkataan itu mewakili makna tersebut. Walaupun asal perkataannya bukanlah begitu. 

Beliau kemudiannya memberikan contoh. Perkataan "ulamak / ulama" dalam bahasa Melayu.

Perkataan ulamak ini asalnya dalam bahasa Arabnya ialah عُلَمَاءٌ yang berasal pula daripada perkataan ٌعَلِيْم

Cuma asal عُلَمَاءٌ itu plural, ertinya menunjukkan kepada lebih dua orang. Maknanya tiga orang atau lebih. Sebab bahasa Arab ada format perkataan tertentu untuk dua orang.

Sedangkan عَلِيْم itu menunjukkan kepada seorang. عَلِيْم ini bermakna orang yang memiliki ilmu.

عُلَمَاءٌ itu maknanya عَلِيْم yang lebih daripada dua orang!!

Tapi orang melayu panggil seorang alim sebagai ulamak. Kan sekarang kecoh puak-puak tu isu geng ulamak ke tak geng ulamak. Ok..Ok.. kita konsenteret.

Pensyarah ni kata kalau bahasa melayu dah tentukan perkataan ulamak ini maksudnya seorang alim maka itulah maksudnya dalam bahasa melayu!! Faham tak.

Contoh ayat "Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Mahfodz Mohamed adalah seorang ulama PAS". 

Contoh lagi "Almarhum Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki adalah seorang ulama yang disegani". 

So takde masalah nak gelarkan seorang yang faqih lagi berilmu dalam agama sebagai ulama. Tak payahlah nak berkempen menukar perkataan dalam kamus dewan bahasa.

Tapi kalau insyaAllah pula macamana?


Kalau aku menerima apa yang pensyarah Bangladesh itu katakan, maka samalah juga prinsip yang digunakan. InsyaAllah dalam bahasa melayu itu maksudnya اِنْ شٓاءَ اللهُ yang membawa maksud jika Allah kehendaki.


Yang mendakwa tak boleh tu sebab dia cakap insyaAllah ni dah macam dua perkataan iaitu اِنْشٓاءَ اللهُ. Sedangkan dalam asalnya bahasa arab adalah tiga perkataan iaitu اِنْ  شٓاءَ  اللهُ.

Nak pula dia ni mendakwa اِنْشٓاءَ اللهُ ni maksudnya penciptaan Allah (Allah itu dicipta). Ada juga aku terbaca benda ni dinisbatkan kepada seorang tokoh pendebat Islam antarabangsa yang kemudiannya dinafikan pula penisbatan tu. Orang kita ni pulak cepat benar percaya. 

Kalau tak macamana propaganda2 murahan nak laku kan.. mesti ada market.

Oleh kerana aku bukanlah pakar dalam bahasa arab, mungkin ada ustaz-ustaz yang pakar atau pun alim ulama yang boleh menjelaskan perkara ini. Cuma yang setahu aku perkataan اِنْشٓاءَ اللهُ itu tak boleh jadi "penciptaan Allah" macam dia dakwa. Sebab  اللهُ itu ada dommah ( ُ  ) kat hujung. Itu dah menjadikan Allah itu Pembuat bukan dibuat. 

Kalau penyebut tu tak sebut dommah ( ُ  ) kat hujung tu pun, maknanya mengikut apa yang diniatkannya.

Satu lagi kena tengoklah tatabahasa penciptaan Allah itu sebenarnya macamana dalam bahasa arab. Mungkin اِنْشٓاءُ اللهِ. Bukan yang macam dia dakwa. 

Bukan apa. Sebab aku ada terbaca yang benda ni nak dimasukkan dalam kamus. Dah jadi satu hal pulak. Mungkin jadi In Syaa Allah. Lepas ni satu-satu kalimah melayu yang berasal daripada kalimah arab kena ikut tatabahasa arab. 

Malanglah kalau betul. Kita jadi terburu-buru mengubah sedangkan kita tak tahu pucuk pangkal.

Sedangkan memanglah berbeza arab dan rumi. Disiplin bahasa itu sendiri ada kaedahnya. 


BAB SALAM 

Bila dia bagitau perkataan "salam" ni tak boleh digunakan bagi menyapa.

Ni malaslah nak cerita panjang lebar. Bab macam ni puun. Bila aku baca dia nisbat dengan Dato Dr Harun Din aku dah tau benda ni auta semata.

Takkanlah Dr Harun Din tak tau yang inilah perkataan yang digunakan oleh ahli-ahli syurga nanti kann..

Seterusnya bolehlah rujuk kepada penerangan Ustaz Shamsuri di sini.

Tapi orang kita kan mudah terpedaya. Baguslah, timbalah ilmu agama banyak-banyak lagi dari blog-blog yang DAP support tu. Tak lama lagi mungkin ada ustaz-ustaz yang masuk DAP pulak. Bukan tak pernah ada pun. 

Wallahua'lam. Yang baik itu daripada Allah yang buruk itu dari aku sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...