Tuesday 30 June 2015

Apakah itu paradigma? Apa dia paradigma yang paling power?


Uploader ini berpandangan bahawa "the most powerful of paradigm is languange". Bahasalah yang menghalang manusia daripada menggarap realiti yang sebenar. Sehingga manusia hanya melihat bayang-bayang daripada objek realiti. Bayang-bayang itulah konsep.


Ini ada kaitan dengan dakwaan ramai saintis barat yang menganggap matematik itu adalah ilmu paling tinggi. Kerana ia adalah tepat. Semuanya hendak dikira dengan matematik. Termasuklah mendakwa kesedaran manusia itu boleh dikira dengan matematik.

Tetapi bagi para ulama, sebagaimana yang dinyatakan oleh Sheih Hamza Yusof, bahasa itulah yang menjadi ilmu yang lebih tinggi. Khususnya bahasa Arab. Kerana mengikut pandangan ini bahasa Arab itu telah diaturkan oleh Allah untuk menerima turunnya Al-Quran. Al-Quran pula ada wahyu yang berdasarkan ketepatan dan hakikat sebenar penciptaan. Maka dengan itu bahasa Arab itu juga adalah tepat. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...