Mereka tidak mahu rakyat Malaysia semua berpakaian sopan masuk ke pejabat. Mereka mahu pejabat-pejabat di Malaysia lebih rendah tarafnya berbanding dengan kasino Singapura.
Adakah sebenarnya mereka tidak mahu Malaysia mempunyai ketamadunan dan peradaban yang lebih tinggi daripada Singapura?
Mereka tidak mahu orang Islam mempertikaikan restoran tidak halal. Mereka mahu orang Islam bebas makan benda-benda haram. Restoran tidak perlu dikenakan peraturan untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM. Mereka pertikai kewujudan JAKIM.
Yang kita lihat pula, sebahagian orang PAS yang kononnya hendak menubuhkan parti Islam baru, hanya berdiam diri sahaja dengan karenah DAP ini.
Siapakah Bos sebenar dalam Pakatan baru yang hendak dibentuk itu?
No comments:
Post a Comment